Ini pula laporan yang ditulis oleh Berita Harian. Sila baca dan bandingkan dengan laporan wartawan UTusan Malaysia atas isu yang sama......
BACHOK: Tindakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membuat dakwaan rambang mengenai beban tugas guru yang didakwa terlalu berat boleh menjejaskan imej perkhidmatan perguruan di kalangan masyarakat.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semua guru juga tidak boleh lemah semangat bertugas mendidik anak bangsa, selepas melalui suatu tempoh perkhidmatan.Katanya, kerajaan sentiasa berusaha meringankan beban tugas guru menerusi pelbagai pendekatan termasuk menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji permasalahan yang dihadapi."Dalam memberi gambaran beban tugas guru, NUTP perlu menjalankan kajian lebih terperinci bagi memudahkan tindakan diambil berbanding dakwaan umum menggambarkan seolah-olah semua guru terbabit."Saya bimbang persepsi masyarakat terhadap guru akan menjadi serong, seolah-olah guru kita tidak bersedia memikul tanggungjawab berat kerana tidak habis-habis dengan dakwaan beban tugas tanpa melihat majoriti guru sebenarnya."Kementerian juga tidak pernah mengeluarkan arahan yang membenarkan tugas pengetua atau guru besar digantikan oleh guru biasa ketika persekolahan atau cuti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Dikir Barat Pemuda Umno 2006 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dekat sini, petang semalam.Program itu anjuran bersama Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pemuda Umno dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.Beliau mengulas kenyataan NUTP yang mendakwa hak bercuti guru kini dinafikan oleh Kementerian Pelajaran apabila dibebankan dengan tugas yang harus dipukul oleh pengetua atau guru besar.Hishammuddin berkata, tindakan kerajaan membatalkan yuran peperiksaan juga selain menguntungkan ibu bapa, turut membantu meringankan bebas guru dalam menguruskan dokumen peperiksaan itu selama ini.Katanya, keputusan menjadi guru sebenarnya mengikat seorang guru terbabit dengan tanggungjawab berat sebagai pendidik anak bangsanya sepanjang hayat."Semua yang memilih kerjaya guru menyedari keputusan itu mengikat mereka sepanjang hayat. Kepuasan kerjaya perguruan bukan dari segi kewangan semata-mata tetapi juga produk dan anak yang kita lahirkan daripada sekolah, yang lebih baik dari kita sendiri,” katanya."Kalau itu menjadi pegangan kita, saya percaya tidak timbul soal masa, tempoh atau kewangan kerana kepuasan dalam kerjaya ini. Guru beginilah akan kita letakkan pada tahap yang diiktiraf masyarakat menerusi anugerah Guru Cemerlang," katanya.Beliau berkata, ketika ini, 320,000 guru berkhidmat di seluruh negara dan dakwaan beban tugas mereka tidak pernah menjejaskan pengambilan guru setiap tahun.Katanya, kementerian akan mengadakan kursus bina semangat untuk membantu guru yang dikenal pasti lemah atau hilang minat bertugas sebagai pendidik."Kalau tidak, mereka mesti mengaku yang keputusan menjadi guru itu adalah satu kesilapan memilih kerjaya. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita di sekolah," katanya.
Abah.... alahi pemberitaan media meanstreamku
No comments:
Post a Comment