Thursday, March 12, 2009

UMNO; Mahu Melayu ikut skrip karya pengarahnya UMNO?

Masa yang lain UMNO kata di jaga kepentingan Melayu, tetapi kita tahu jawapannya. Melayu UMNo sahaja yang dijaga dan diakui sebagai Melayunya sahaja.Jika Melayu itu berada dalam PAS, PKR atau DAP ia bukan Melayu . Itulah sifir politik Melayu bagi UMNO.

Hari ini, selepas Sultan Selangor mohon supaya harta ahli MMK Selangor isytihar harta. Maka UMNO dengan medianya 'mula' gunakan peluru ini bagi menembak mana-mana Melayu yang bukan menyokong dan mendokong UMNO. MB Selangor yang dulunya Melayu UMNO kini berpindah ke Melayu PKR menjadi sasaran peluru tersebut.

Bagi UMNO orang yang kaya dan banyak harta mereka akan pastikan ia datang daripada Melayu UMNO sahaja. Justeru kita tidak pelik selepas ini Khalid Ibrahim yang dah keluar daripada Melayu UMNO akan diserang, dicaci, dan dikorek dan akan didedahkan daripada mana anugrah harta Khalid dapat. Kesimpulannya mesti skripnya nanti adalah hasilnya daripada UMNO. Maka UMNo mahu Khalid nanti berterima kasih kerana ada UMNO dan UMNO sahaja yang dapat memberikan kemewahan dan kesenangan manusia namanya di mukabumi Malaysia ini. Itulah gambaran wajah sebenar UMNO.


Sebanyak manakah harta Khalid Ibrahim?


KHALID IBRAHIM



ELIZABETH WONG


SHAH ALAM - Berapa banyakkah kekayaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri termasuk Elizabeth Wong yang dilanda kontroversi ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya baru-baru ini?

Orang ramai boleh mengetahuinya esok dengan melayari laman web www.selangor.gov.my yang akan memaparkan nilai aset para pemimpin Pakatan Rakyat itu sejak dilantik menyertai kepimpinan negeri pada 24 Mac tahun lalu.

Ia meliputi semua jenis aset termasuk hartanah, saham dan wang yang mereka miliki, kata Abdul Khalid.

"Ia juga termasuk transaksi sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa Abdul Khalid dan Exco Selangor membuat pengisytiharan tersebut sebagai usaha meletakkan Selangor di hadapan dari segi aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

No comments: