Thursday, March 12, 2009

Benarlah tu UMNO jaga kepentingan Melayu ?

Benar dan tepatlah tu, memang UMNO diubuhkan dan memang benar dalam perlembagaan nya sendiri UMNO adalah parti TERAS menjaga Melayu, pada asalnya. Maka itulah perjuangan yang menjadikan UMNO itu hidup. Tetapi bilamana Melayu semua sudah Islam dan fahamkan Islam, maka janganlah terkejut Melayu memilih PAS sebagai gantinya.

Maka yang lebih besar bagi kita adalah PAS itu menjaga Islam, secara tidak langsung semua Melayu, semua Cina , semua India terlangsung PAS perlu jaga kepentingan mereka. Itulah konsep keadilan Islam bawaan PAS. Maka betullah tu, UMNo perlu jaga kepentingan Melayu kerana itulah hidupnya UMNO itu dari dulu dan kini. Hujah ini tiada siapa yang mahu sangkal.


UMNO perlu jaga kepentingan Melayu


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan UMNO perlu berperanan sebagai parti yang boleh mengetengahkan kepentingan Melayu terutama dari segi penguasaan ekonomi.

Beliau yang juga calon jawatan Naib Presiden UMNO berkata, peranan itu penting kerana ia adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan nasib Melayu.

“Jika UMNO atau BN memperjuangkan Melayu, ia akan menyebabkan parti ini bertambah kuat dan mampu diterima rakyat,” katanya dalam rancangan Hujah TV9 di sini.

Menurutnya, kegagalan UMNO berbuat demikian menyebabkan golongan itu akan mencari parti alternatif, meski yang dipilih (parti) mereka belum diketahui kekuatannya.

“Kita semua ketahui jumlah orang Melayu di negara ini hampir 60 peratus. Disebabkan itu, UMNO perlu pastikan penguasaan ekonomi dalam kalangan Melayu sekurang-kurangnya mencapai 50 peratus,” katanya.

Mengenai sistem pemilihan, Dr Rais Yatim berkata, ia harus dilakukan oleh setiap ahli parti, bukan hanya diserahkan kepada perwakilan semata-mata.

“Biar 3.4 juta ahli UMNO memilih pemimpin yang mereka mahu, bukan menyerahkannya kepada 2,500 perwakilan menentukan pucuk pemerintahan parti.

“Cara ini mampu mengelakkan politik wang dan rasuah politik,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, kerenah yang ditunjukkan pembangkang di Perak seperti cuba mengalih tumpuan rakyat dengan mengetengahkan kes tidak relevan bagi mencetuskan isu.

No comments: