Thursday, March 12, 2009

Semuanya bermula dari UMNO ?

UMNo belum puas lagi selama 52 tahun menjadi ketua. Dan Ketuanan UMNO mahu terus dikekalkan, dimemorialkan , dibukukan dan disejarahkan. UMNO sedaya upaya selama hari ini mahu mendokumenkan menjadi satu silibus wajib legasi UMNO dengan Malaysia. Itulah gambaran yang cuba dipasak dalam fikiran dan minda rakyat.

Minda kelas pertama, berfikiran glokal itu adalah menghasratkan benda itulah, gambaran legasi pimpinan yang dilahirkan oleh UM NO adalah jenis-jenis manusia yang mempunyai karisma, wawasan hebat, semuanya bermula dengan UMNO.

Keluarnya, seorang guru , lahirnya seorang ulama dan munculnya seorang PM semuanya kerana UMNO. Maka seluruh gerak nadi negara adalah bermula dari UMNO.

Kini, hasrat kerajaan campuran itu mula daripada PAS, maka janganlah nak harap semudah mendarab 2x2. Maka penulis minta hentikan saranan yang kurang relevan, walaupun kita berjiwa besar. Menolak semua kepentingan. UMNO tetap UMNO. Israel tetap Israel ?


No comments: