Saturday, March 07, 2009

SPRM: Lembu, Kereta ....!!!

Orang ramai masih lagi tertunggu-tunggu reaksi Pesuruhjaya SPRM Dato Ahmad Said, untuk tampil dan memberi sidang media, bahawa kes permohonan injuksi mahkamah oleh dua ahli UMNO iaitu Dato Mazlan Harun (Subang Jaya) dan Kadar Ninam Shah (Muar) terhadap 1000 aduan salahlaku dan rasuah bagi pemilihan agung UMNO Mac ini.

Jika sebelum ini, Pesuruhajaya SPRM gegarkan negara , kerana buat sidang media kes lembu 52 ekor oleh MB Selangor dan salahguna selenggaran kereta Lexus milik sendiri (Khalid) guna duit kerajaan ada bukti kukuh. Beliau teramat yakin dan komit dengan tanggungjawabnya. Masakan 1000 aduan rasuah melibat pimpinan politik UMNO besar , sedang dan kecil itu tidak diambil bekas dan perhatian langsung.

Seandainya, Pesuruhjaya SPRM itu gagal tidak bercakap dan tiada sidang media, jelaslah bahawa dia adalah sebahagian daripada 'kakasan UMNO' . Yang amalkan sikap talam bermuka-muka atau double standard dalam sesuatu situasi. Wajarlah Persuruhjaya SPRM itu dilabelkan sebagai Ketua Cawangan UMNO yang baru dalam UMNO. Maka wajarlah juga jdia jangan berasa hati, beliau jangan marah kerana dengan 'kemurahan' hati bekerja untuk menangkap perasuah lembu dan pencuri duit rakyat ditempelak.

Kita, amat ternanti-nanti akan sidang media bagi ditatap oleh sekalian rakyat. Beliau kini berada rating tertinggi penjawat awam yang popular selepas bekas Pengerusi SPR Tan Sri Rashid semasa bertugas dulu mengampu tuannya. Popularnya melangkaui Gani Patail dan ketua IGP yang kini senyap sesenyapnya.



Justeru, kalu senyap dan tidak berbunyi langsung dalam kes terbaru ini. Beliau sahlah sebagai kakasan UMNO dan ketua cawangan UMNO.

No comments: