Saturday, March 07, 2009

Islam adalah jalan penyelesian masalah !!

Raja kembali diseret dalam kancah politik, bilamana UMNO tersepit. Soal kedaulatan raja-raja cuba dibangkitkan. Istana cuba dipengaruhi dan memberi pandangan, semalam dan yang terbaru Istana Selangor diajak dalam hal ini.

Titah ucapan Sultan Selangor, diberi sorotan meluas terutama oleh TV3, Baginda berucap semasa merasmikan satu majlis di Petaling Jaya. Baginda menyedarkan rakyat jangan biadap terhadap raja-raja Melayu.

Maknanya, raja pun kita mahu sebaliknya. Ini kerana kita sudah terlalu lama memberi , sesekali rakyat juga perlu meminta hak-hak mereka. Raja adalah raja berperlembagaan, maka wajarlah raja mengikut sama perlembagaan yang dilembagakan.

Hasil permainan ini, kita tidak mahu raja diperangkap dan terperangkap sekali lagi, ini kerana UMNO memainkan politiknya dengan licik.

Jika kita mahu persoalkan , apakah hak kita yang kita bawa ke muka pengadilan setelah semua jalan menemui kebuntuan itu dinamakan biadap. Nilaian biadap bagaimana yang dimaksudkan ? Orang yang teranaiya dan dianayiai wajar mendapat apa yang perlu didapatkan. Kita wajar berfikiran rasional.

Isu ini tidak berbangkit, jika perkara ini tidak dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu yang gila kuasa, dan tidak dapat menerima apa yang sewajarnya mereka terima. Sesudah 52 tahun merdeka sewajarnya kita matang dalam berpolitik. Kita mentadbir dan urusnegara kita mesti bersertakan dengan agama, kerana tanggungjawab kita bukan sahaja setakat negara dan bangsa tetapi juga agama. Allah tetap akan persoalkan atas apa yang kita gembalakan.

Justeru, jika kita semua kembali kepada Islam, semua akan selamat. Kembalilah... sebab ini adalah pesan Nabi Muhammad SAW. Dalam wasiat akhirnya ..aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara nescaya kamu tidak akan sesat , akan jumpa jalan penyelesiannya iaitu al Quran dan Hadis. Sebagai panduan hidup kita, maka rujuklah ..sebab kita mengaku orang-orang yang beriman. Apalah sangat kita dengan hal-hal dunia ini, kembalilah kepada fitrah manusia.


1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!