Monday, March 09, 2009

Rais Oh Rais !!!

Dato oh Dato.... gunalah kecerdikan Dato sejajar dengan 'kebijaksanaan' Dato. Janganlah Dato merasakan kumpulan Dato dapat advantage maka jadilah dato dengan kumpulan Dato sebagai pembela No 1 terhadap sultan.

Semua orang kampung dah tahu.. sejarah dah mencatatkan siapakah kumpulan dato, bagaimana perangai mereka. Justeru tidak payahlah Dato jadi juara. Dato memang akan menang dalam pemilihan UMNO akan datang ni.




Datuk Seri Dr Rais Yatim

Rancangan pembangkang hapus institusi Raja: Rais

BACHOK: Pencabulan berterusan terhadap institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah, didakwa sengaja dicetuskan pembangkang sebagai rancangan besar untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tindakan pembangkang kebelakangan ini menggambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993.


"Sekarang ini semacam ada 'grand design' untuk melumpuhkan kuasa tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Pembangkang dengan cara politik, menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa tradisi tidak lagi berkesan... itu yang saya nampak," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra di kediaman Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Illias Hussin di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, dalam ucapannya pada perjumpaan itu, Rais menegaskan Umno perlu berani mengambil langkah drastik bagi mengubah situasi membimbangkan itu, termasuk mengembalikan imuniti Raja-Raja Melayu.

No comments: