Tuesday, March 10, 2009

Sepakat lah sesama manusia selagi ada jalan ?

Kebimbangan Ku Li terhadap masa depan negara sememangnya ada asas. Saranan dan ingatan beliau kepada semua ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya, haruslah diberi sedikit perhatian. Setidak-tidak pandangan tokoh veteran UMNO ini dapat mencuit hati Pak Lah yang kini masih lagi sebagai PM.

Setidak-tidak zaman Pak Lah boleh lah dijadikan bandingan Habibi Malaysia, jika Habibi ada di Indonesia. Ini bukan lagi reformasi tetapi tranformasi yang mana Ibrahim Ali pun sukar menerimanya. Tetapi kalau BN berjuang atas kepentingan rakyat dan kepentingan negara yang diutamakan , maka itu adalah satu bentuk 'perubahan' yang rakyat tunggu dan nanti-nantikan. Bagaimana UMNO....

Sifirnya... jika dapat bersepakat degan PAS payah, maka bersepakatlah sesama puak-puak demo je...!!!!

Razaleigh: Ubah ubah format pilih PM bagi kukuhkan BN
Razaleigh: Ubah ubah format pilih PM bagi kukuhkan BN

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan dua langkah penting semalam, antara lain membolehkan keahlian secara langsung bagi mengembalikan keyakinan orang ramai dan kekuatan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, BN perlu mengambil langkah seumpama itu untuk membuka keahlian kepada orang ramai tanpa perlu menyertai perikatan ini melalui mana-mana parti komponen.

Malah, kata beliau, ia penting bagi mencerminkan bahawa BN merupakan sebuah pakatan politik yang benar-benar demokratik.

"Pada masa ini, anggota Barisan Nasional terdiri dari parti-parti komponen, tetapi kita boleh ubah kita buka BN kepada orang ramai. Supaya boleh menjadi ahli secara langsung dalam BN.

"Ini mencerminkan bahawasanya parti BN adalah parti yang demokratik yang membuka keahliannya kepada semua pihak... baik orang Melayu, Cina, India dan suku kaum yang lain.

"Tetapi syaratnya saya rasa, untuk merasa kesan tindakan ini ialah supaya undang-undang dipinda. Terutamanya perlembagaan, supaya setiap parti yang menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya mesti mengubah kedudukan parti masing-masing untuk membuka partinya kepada seluruh rakyat untuk menyertai parti," kata beliau dalam temu bual dengan saluran Astro Awani malam tadi,

Razaleigh yang juga Ketua Umno Gua Musang dan bekas Menteri Kewangan memperincikkan dua cadangan itu untuk merealisasikan reformasi BN.

Syor kedua ialah mengadakan proses pemilihan BN melalui Parlimen, sekali gus penyandang jawatan Perdana Menteri.

"Pendapat saya, tidak semestinya pemimpin parti komponen perlu menjadi Perdana Menteri kerana menurut perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong akan melantik seseorang menjadi Perdana Menteri sekiranya dia menguasai sokongan majoriti, ahli-ahli parlimen atau ahli-ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen.

"Ini bererti tidak semestinya pemimpin parti dipilih, sesiapa sahaja yang dapat sokongan majoriti dalam Parlimen boleh menjadi Perdana Menteri.

"Jadi kalaulah individu itu menjadi presiden parti komponen, berada dalam dewan rakyat tidak semestinya dia dipilih sebagai ketua parti dalam dewan rakyat," katanya.

Sebaliknya kata beliau, jika individu itu menjadi ketua parti dalam Dewan Rakyat, maka dia layak ditimbang menjadi Perdana Menteri.

"Ini kerana individu itu memimpin golongan majoriti dalam Dewan Rakyat," katanya.

No comments: