Monday, March 09, 2009

Jangan jadi wartawan celaka !!!

Penulis yang celaka... begitulah ungkapan yang sesuai dilontarkan kepada pemberita dan pengamal media yang kaki penjilat para penguasa. Walaupun kita diberi hak dan kebebasan menulis janganlah jadikan tulisan kita itu sebagai pemecahbelah perpaduan umat di negara kita.

Lagu, nyayian siang malam, kita adalah negara demokrasi, sesiapa sahaja ada hak dan diberi hak kebebasan. Janganlah kerana sedikit ketidaksukaan kita terhadap sekumpulan manusia yang berbeda pandangan dengan kita , kita mudah melabelkan mereka sebagai penderhaka.

Dalam disiplin pengajian ilmu Islam, siapa, mengapa, apakah syarat-syarat yang boleh kita cirikan sebagai penderhaka. Jika diambil kira keengganan mematuhi kehendak sultan/penguasa yang tidak berhemah itu dah dikira sebagai penderhaka. Biarlah kita sebagai penulis ada tata etika kewartawanan. Jadilah kita sebagai wartawan Islam yang hatinya cinta Islam dan gerunkan kekuasaan ALlah. Apalah ada dengan kekuasaan atas mukabumi ini yang sememangnya tidak menjanjikan apa-apa kelebihan dan keuntungan bila kita mati kelak.


Isnin, Mac 09, 2009

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok "sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi

No comments: