Friday, March 06, 2009

Masihkah ada jalan penyelesaian Isu Perak ?

Kemelut di Perak masuki Fasa III yang lebih rumit dan rencam. Bermula daripada kejatuhan kerajaan PR yang sah, dirampas dengan menculik 3 ADUN PR menyeberangi ke pangkuan BN . Keenggan Sultan memperkenankan pembubaran DUN, terus melantik dan terima sumpah Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak Baru. Ir Nizar Jamaluddin memfailkan saman , speaker Perak menggantung MB dan ADUN Bn bertaraf exco yang dilantik secara tidak sah tanpa perkenan DUN.

Kemudian Speaker memanggil sidang tetapi dihalang oleh Penasihat Undang-Undang Negeri yang sepatutnya sebagai SU DUN. Di atas keengkaran Penasihat Undang-Undang Negeri beliau pula disaman oleh speaker. Semuanya dibawa ke meja pengadilan hakim, di mana prosesnya adalah tidaklah singkat masa untuk diselesaikan.

UMNO BN yang baling batu sembunyi tangan, 3 ADUN yang merasa diri mereka tidak bersalah langsung. Kemelut politik Perak sukar diselesaikan, kerana proses mahkamah sedang berjalan dan dijalankan.

Cuma pilihan yang terbaik adalah Sultan wajar kembali mengeruhkan suasana, dan bubarkan sahaja DUN Perak. Itulah jalan terbaik. Jika tidak yang menderita dan susah adalah rakyat , banyak benda yang berkait dengan rakyat tidak terurus. Mohon sultan campurtangan atas kemelut ini. Selesaikan segara !!!!

No comments: