Friday, March 06, 2009

Najimudin Elias kaki pengampu ?

Berita Utusan Malaysia , masih lagi nak mengitar kepala dan minda para pembaca Melayu. Mengikut pelaporan UM bahawa orang Melayu sudah serik dengan gabungan Parti Pakatan Rakyat. Mudahnya analisis si mangkuk hayun ni. Realiti saya sebagai rakyat Melayu baru sahaja hendak memberi peluang kepada PR memerintah Perak , tetapi puak-puak yang membawa perkataan serik itulah yang membeli tiga orang wakil rakyat jahanam menyeberang dan menumbangkan PR di Perak.

tunggulalah sekali lagi pilihanraya umum di Perak, tahulah rakyat mengajar anda dan puak-puak anda. Najimudin Elias



'Melayu serik PR berkuasa di Perak'


Perubahan di Perak yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tumbang boleh berlaku di Selangor dan negeri lain dikuasai pembangkang kerana orang Melayu semakin sedar bahawa hak mereka semakin terhimpit.

Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Najmuddin Elias, berkata rakyat negeri itu, terutama orang Melayu sudah serik selepas 11 bulan PR memerintah negeri itu dan tidak mahu lagi mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum lalu.

Bercakap ketika menyampaikan ceramah pada di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini kelmarin, beliau berkata, dua bekas Exco, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membantah tindakan kerajaan negeri melulus tanah di Kampung Baru.

"Bagi saya, kedua-dua bekas Exco ini bukan pengkhianat tetapi mereka adalah penyelamat bangsa Melayu di Perak.

"Dalam kejadian di hadapan istana baru-baru ini, orang Melayu diperalat apabila lelaki Melayu berjubah dan berserban berbaring di atas jalan menghalang kereta dinaiki Raja Muda Perak," katanya.

Najmuddin juga kesal dengan sikap angkuh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terus berkeras tidak meletak jawatan walaupun atas perintah Sultan Perak.

No comments: