Monday, March 09, 2009

UMNO JOHOR: Perihatin dengan nasib rakyat

Tidur bawah rumah akibat daif .....PERIHATIN LAH WAHAI PIMPINAN


MOHD. SULAIMAN bersama tiga anaknya menunjukkan keadaan struktur rumah mereka yang uzur di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi baru-baru ini.


KOTA TINGGI - Hidup dalam kedaifan.
Akibat tidak mempunyai bilik yang mencukupi, tiga anaknya terpaksa tidur di bawah rumah.

Begitulah kepayahan yang dilalui oleh seorang bapa, Mohd. Sulaiman Abd. Rahman, 56, dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini dalam menjalani kehidupan membesarkan lapan anaknya.

Menurutnya yang bekerja kampung, biarpun pahit, namun keadaan itu terpaksa dilalui demi membesarkan anak-anaknya yang ramai.

Katanya, meskipun seorang anak perempuannya yang sulung telah berkahwin tetapi dia masih menanggung tujuh lagi anak termasuk dua yang masih bersekolah.

Mohd. Sulaiman yang menetap di rumah itu sejak 40 tahun lalu berkata, lima anaknya yang sudah tidak lagi bersekolah iaitu yang berusia 18, 20, 23, 25, dan 27 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi membantu meringankan beban keluarga.

"Mereka kadang-kadang kerja kadang-kadang tidak kerana bekerja kampung.

"Mereka jugalah (anak berumur 23, 25 dan 27 tahun) yang menjadi 'penghuni' tetap di bawah rumah setiap malam," ujarnya.

No comments: