Saturday, March 15, 2008



Abdullah Hj Ahmad masih keliru.
PUTRAJAYA 12 Mac 2008
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mecetuskan ketegangan kaum.
Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Utusan Malaysia 13hb Mac 2008

Tidaklah diketahui bahawa memperkatakan DEB-Dasar Ekonomi Baru sudah menjadi perkara hasutan dalam Akta Hasutan, bila mana Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng akan tidak melaksanakan DEB dalam pentadbirannya.Bila masanya DEB akan merujuk soal Melayu atau kepentingan adat istiadat Melayu atau pun Kedaulatan Raja Melayu. DEB hanya sekadar sebuah dasar atau garis panduan BN-Barisan Nasional bagi melaksanakan usaha-usaha supaya tidak berulang lagi apa yang dikatakan Peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca soal ekonomi yang melibatkan semua kaum, baik dia berketurunan Melayu, China atau India dan termasuk etnik dan peribumi Sabah dan Serawak.Bila bentara guru Abdullah Hj Ahmad yang bernama Musa Hitam dengan berani nya memperkatakan bahawa perlaksanaan WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar tidak melibatkan kepentingan orang Melayu yang bersesuaian dengan DEB, kenapa pula Abdullah Hj Ahmad tidak membuat kenyataan seperti yang dibuat untuknya kepada Lim Guan Eng. Hanya kerana Musa Hitam seorang penyokongnya atau kerana Lim Guan Eng seorang Cina? Apakah Abdullah Hj Ahmad menjerit setiap kali menutup perhimpunan agung UMNO dengan perkataan Hidup Melayu itu tidak perkauman? Apa pandangan seorang bukan Melayu terhadap seorang yang mendakwa seorang Perdana Menteri berbagai kaum.Semua orang tahu bahawa DEB zaman Abdullah Hj Ahmad ialah merujuk kepentingan perniagaan anaknya Kamalludin Bin Ahmad yang membolot dan merompak di siang hari melalui syarikatnya Scommi. Perniagaan anak menantunya yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar yang menghapuskan nama Bank Bumiputra dan Kalilimullah Meor Hassan yang pernah disahkan oleh SBM-Special Branch Malaysia sebagai seorang agen SIS-Singapore Intelligent Service yang menyapu bersih Avenue Berhad di mana Post Malaysia bernaung di bawahnya dalam konsep penswastaan. Belum termasuk lagi adiknya Ibrahim Hj Ahmad yang mengambil katering Mas dengan harga yang tinggi dan Katering Kementerian Pertahanan tanpa tender.Ini memberi pengertian Dasar Ekonomi Baru tidak memberi makna kepada orang Melayu khasnya Melayu Pulau Pinang, di mana pernah ditulis kalau hendak kaya cepat pergilah mencari ibu-ibu tunggal walau pun bertaraf nenek di Kepala Batas kerana sudah pasti Abdulah Hj Ahmad akan memberi tender jutaan ringgit seperti yang diberikan kepada Syarif Udang yang kerja hanya mencium tangan Abdullah Hj Ahmad.Abdullah Hj Ahmad memang diketahui umum banyak urusan negara ini di atur dan diputuskan oleh anak dan menantu. Itu sebab sehingga sekarang Abdullah Hj Ahmad tidak pernah menafikan bahawa surat-surat yang dihantar kepadanya kemungkinan juga surat-surat dalam fail merah yang berpangkah dan tertulis Rahsia Besar dibaca oleh anak dan menantu.

Tetapi yang tidak terelak untuk dinafikan ialah keputusan memberi tender-tender terutama dalam Kementerian Keselamatan Dalam Negeri banyak mengikut telunjuk dari Khairy Jamalludin. Itu sebab pembantu peribadi kepada menantu nya juga mempunyai banyak harta hasil daripada tumbuk rusuk yang dibagi oleh mereka yang berurus dengan boss-nya.

Setelah tidak mahu membaca kesemua kertas-kertas khasnya kertas kebinet maka banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan “Invisible Government” tidak diketahui oleh Saya Perdana Menteri, Abdullah Hj Ahmad. Itu sebab kadang kala hanya untuk mengetahui keputusan untuk melantik seseorang sebagai Pengerusi badan berkanun sahaja yang dicadangkan oleh Menteri yang mana berkenaan memakan masa berbulan lamanya untuk mendapat semula keputusan Abdullah Hj Ahmad.

Satu tabiat Abdullah Hj Ahmad yang tidak diketahui orang ialah jarang datang ke pejabat sama ada di pejabat Perdana Menteri atau di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Dia hanya nampak bekerja bila mana merasmikan atur cara rasminya atau setiap bulan dilihat menghadiri perhimpunan bulanan di Pejabat Perdana Menteri atau di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, selain itu kakitangan di Perdana Putra memang mengakui jarang nampaknya dia berada dalam pejabatnya.
Maka keputusan rakyat menolaknya parti yang bernama UMNO dan Barisan Nasional, adalah satu keputusan yang mulia lagi berani bagi mengelakkan negara ini lagi jahanam kerana ditadbirkan oleh seorang Perdana Menteri yang pemalas, banyak tidur dari jaga. Sudahlah mempunyai sikap yang sedemikian, bodoh tetapi sombong, cerdiknya yang tak boleh di ikut, kebodohan tidak boleh di ajar.
Hari ini UMNO/Barisan Nasional kehilangan kuasa di lima negeri atau ayat penuh enam setengah kerana kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan hanya diperintah majoriti mudah. Dengan keputusan itu pun Abdullah Hj Ahmad masih tidak insaf. Dan sudah pasti baki pemerintahannya sebagai Saya Perdana Menteri dia akan memperalatkan UMNO/Barisan Nasional untuk mencari harta bertimbun-timbun seperti mana dengan sajak Mencari Damai Abadi termasuk hidup berfoya-foya kerana yang dikatakan tidak, itulah yang sebenarnya yang dilakukan.
Sang Kelembai: Rakyat mesti menghalalkan rasuah yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad jika dia meletakan jawatan dalam masa yang terdekat, biarlah dia hidup mewah dengan harta rompakan dari air mata rakyat di Australia dengan rumah, Jet dan kapal mewahnya dan isteri cantiknya. Kalau tidak kita tunggu empat tahun lagi, kita tumbangkan kerajaan BN dan minta diwujudkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih untuk menyiasat penyelewengan yang dilakukan semenjak Oktober 2003 dan mendakwa sehingga dia menamatkan hidupnya dalam penjara.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 7:11 PM 5 comments Links to this post
Wednesday, March 12, 2008

Melayu Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 11 Mac “ Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR. Petikan dalam Utusan Malaysia 12hb Mac 2008.

Bagi orang Melayu yang waras fikiran dan tidak terikut budaya UMNO yang lapuk itu, memang mereka akan bertanggung jawab dengan apa yang mereka lakukan dalam PRU Ke 12 dengan memberikan sokongan kepada Parti-Parti Pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan Kerajaan Tiga Beranak yang memperalatkan UMNO dan Barisan Nasional oleh Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Perdana Menteri meraba yang pantang melihat perempuan licin untuk diraba dan di peluknya.

Tetapi orang yang bercakap itu tidak tahu dan mungkin jarang membaca sama seperti Abdullah Hj Ahmad. Sedar tidak akan dia bahawa dalam manifesto “Selamat Aman Makmur” yang mengandungi 23 muka itu tidak ada satu ayat dan perkataan pun yang menyebut akan perihal Barisan Nasional akan meneruskan Dasar Ekonomi Baru malah dalam ikrarnya di muka 5 yang mengandungi 7 perkara tidak langsung menyebut akan usaha untuk mengekalkan 30% kepentingan orang Melayu dalam Ekonomi bukan sahaja meneruskan DEB tetapi rancangan-rancangan pembangunan yang ditaja akan memastikan kepentingan Melayu seperti kelima-lima pembangunan koridor yang bakal menyaksikan orang Melayu hanya sekadar berada di kaki lima.

Maka salah ke orang Melayu mengundi pembangkang jika UMNO/Barisan Nasional sendiri dalam manifesto tidak memberi jaminan akan meneruskan DEB kerana dalam komponen Barisan Nasional jika perkara itu disebut akan ditentang sendiri oleh MCA, MIC dan Gerakan, bukan untuk sekian lama semenjak “Saya Perdana Menteri” mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya, desakan penghapusan DEB dibuat oleh parti-parti campuran dalam Barisan Nasional sendiri?

Dan orang Melayu sendiri tahu, bahawa semenjak DEB mula dilaksanakan dengan persetujuan berbagai Parti Perkauman bukan Melayu, peratus kepentingan orang Melayu hanya 30% walau pun dia mendakwa bahawa Malaysia ini sebuah negara asalnya milik peribumi Melayu, yang sepatut dilakukan masa itu orang Melayu mesti mempunyai kepentingan sekurang 51% dalam sebarang kegiatan ekonomi selaras dengan ukuran yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang bakal di iktiraf syarikat Melayu atau bumiputera.

Mungkin Nazri Aziz ini yang suka berbini banyak dan menghabiskan masa di sebuah Pub di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur kurang memikirkan kepentingan Melayu telah terlupa bahawa bila dia beri kesempatan melaksanakan usaha-usaha DEB di Kementerian Pembangunan Usahawan, apa yang dilakukan nya untuk kepentingan Melayu?
DEB atau kepentingan Melayu dari perspektif Nazri Aziz ialah membantu kroninya. Bukankah semua orang tahu yang dia telah memberikan permit teksi, bas dan sebagainya kepada kawan-kawan dan penyokongnya sahaja dan sehingga wang PNS-Perbadanan Nasional-Pernas digunakan oleh proksi beliau bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang melibatkan berpuluh juta ringgit di Hong Kong dan kes rasuah Nazri Aziz di diamkan oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia adalah satu-satu orang yang sanggup menjadi “pencacai” Abdullah Hj Ahmad.
Keputusan DAP menolak DEB sebagai dasar perlaksanaannya bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di mana negeri DAP menjadi kerajaan campuran adalah satu langkah yang selaras dengan kehendak beberapa pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk melahirkan negara bangsa.
Sebuah negara bangsa tidak boleh dilahirkan dengan satu-satu kaum mendapat keistimewaan yang tersendiri. Malah dengan ada DAP sebagai pemain politik yang berkuasa dalam beberapa negeri dan pembangkang yang terkuat dalam Parlimen, kehendak Khairy Jamalludin dan Kalimullah Meor Hassan yang berusaha untuk menjual Malaysia kepada Singapura akan hanya tinggal angan-angan.
Mungkin dipihak UMNO akan mengatakan DAP adalah satu alat politik Singapura kerana memang diakui DAP adalah percaturan politik selepas PAP-People Action Party dari Singapura dan UDP-United Demoraktik Party tidak dibenarkan bergerak di Malaysia selepas pemisahan Malaysia. Orang yang tahu akan tahu bahawa dari segi Cinanya mungkin ada persamaan antara PAP dan DAP tetapi segi hubungan perjuangan Parti banyak orang tidak mengetahui bahawa PAP bukanlah satu ahli dalam Sosialis Antarabangsa sebaliknya hanya DAP mewakili Malaysia .
Sebagai satu parti yang memegang ideologi Sosialis Demokrat tindakan DAP tidak menggunakan pakai DEB bukan satu isu perkauman tetapi perjuangannya. Jika orang Melayu mengundi DAP dalam PRU ke 12 baru-baru ini, ini memberikan erti bahawa orang Melayu sudah tidak menerima satu dasar ekonomi terbuka yang bernama kapitalis yang didukung oleh UMNO yang menguntungkan beberapa orang elit politik UMNO seperti Mohd Azim Zabidi yang kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bendahari UMNO yang menggunakan kedudukan membeli kepentingan dalam Sungai Wang dengan harga 200 juta melalui pinjaman peribadinya.

Persoalannya bolehkah orang-orang Melayu yang ahli UMNO dan bukan UMNO mendapat pinjaman sejumlah itu untuk membeli harta tanah? Untuk mendapatkan pinjaman tekun pun yang berjumlah lima ribu ringgit pun belum pasti lulus, ini pula berjuta.Sang Kelembai: Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia menghantar sms berbunyi “Akhirnya DAP dapat melaksanakan impian mereka dengan terlaksananya Malaysia Malaysian di Pulau Pinang”. DEB hanya tinggal sejarah. Bangun Melayu! Fight Your Right! Jawapan Sang Kelembai: Sudah berapa tahun Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan UMNO/Barisan Nasional, UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang dan kalau UMNO buat sesuatu untuk Melayu seperti di Kepala Batas tentu Melayu tidak mengundi pembangkang berketuakan Gerakan lebih baik berketuakan DAP bersesuaian dengan kata-kata lebih baik kenal syaitan yang kita kenal dari kita tahu ada malaikat tapi kita tidak kenal.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 10:43 AM 19 comments Links to this post
Tuesday, March 11, 2008

Abdullah Hj Ahmad masih tidak berubah
Kami tidak kata bahawa saya di sana dan saya hanya bercakap untuk orang Melayu (dan) saya tidak mahu bercakap untuk orang lain. Saya telah katakan bahawa saya Perdana Menteri untuk semua dan saya tetap dengan pendirian itu,katanya. Petikan : Utusan Malaysia 11hb Mac 2008.Berdasarkan kenyataan itu "Saya Perdana Menteri" oleh Abdullah Hj Ahmad maka jelaslah bahawa sebaik sahaja beliau di lantik semula sebagai Perdana Menteri dan mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya dia masih tidak berubah, malah masih angkuh dan sombong yang berterusan dan menunjukkan kebingungannya walhal semua tahu bahawa dalam Perhimpunan Agung UMNO di selalu menyebut slogan “Hidup Melayu”. Bukankah itu satu bentuk perjuangan untuk Melayu atau mungkin memperalatkan Melayu tetapi yang untung adalah Patrick Lim serta kuncu-kuncu anak dan menantunya yang sebilangan besar bukan Melayu dan sebenarnya perkataan Hidup Melayu tidak pernah disebut oleh mana-mana Perdana Menterinya sebelumnya.Rakyat hari ini telah menyaksikan bagaimana gilanya dia hendak dilantik menjadi Perdana Menteri dengan mengetepikan satu peraturan melantik seorang Perdana Menteri bila dia sendiri menyampaikan kepada Yang Di Pertuan Agong sehingga KSN - Ketua Setiausaha Negara tidak berperanan sebagai pegawai yang sepatutnya menjadi perantaraan bagi melantik Perdana Menteri dan mengumumkan perkenan Yang Di Pertuan Agung mengenai pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan majlis menghadap bagi tujuan mengangkat sumpah.Persoalan besar kenapa BN-Barisan Nasional kalah begitu teruk sehingga terlepas bukan lima negeri malah enam negeri jika di ikut konsep majoriti bila Wilayah Persekutuan dikuasai oleh pembangkang 10 dari 13 kerusi yang di pertandingkan.Rakyat nampaknya mengikut fenomena yang pernah wujud dalam tahun 1969. Bila rakyat yang baru 12 tahun mengecap udara kemerdekaan dan yang memperjuangkan itu adalah UMNO tetapi apabila menyentuh soal kepentingan rakyat, pemilih atau pengundi mengetepikan jasa dan sumbangan UMNO dan Perikatan tetapi sungguhpun tidak menafikan sumbangannya.
Apakah sebab para pengundi bertindak sehingga menafikan 2/3 kekuatan Perikatan jika tidak dia bantu oleh ahli Parlimen Sabah dan Sarawak? Sebabnya ialah, selepas beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahman dalam beberapa isu semasa yang melibatkan orang Melayu dan keputusan mengeluarkan Singapura dari Malaysia serta dari segi orang bukan Melayu ialah soal kedudukan tanah yang diduduki dan gaji kaum buruh termasuk pekerja ladang.Dan yang terpenting ialah persetujuan Tunku Abd Rahman meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Tun Abd Razak setelah didesak oleh MKT - Majlis Kerja Tertinggi UMNO (sebutan masa itu) menjelang PRU ke 3 itu.Tetapi apabila tibanya masanya, Tunku bertukar pendirian bila bertanding semula di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Dan soal Tunku sudah bersetuju berhenti menjadi Perdana Menteri itu telah tersebar dikalangkan orang-orang awam. Di sini segalanya bermula kekalahan teruk Perikatan di tahun 1969.Hari ini isunya sama, walau pun MT- Majlis Tertinggi UMNO menyokong penuh dan tidak pernah menyebut atau mendesak meletakan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah Hj Ahmad walau pun semua orang UMNO tahu dan sudah menjadi tidak rahsia lagi bagaimana garang Annuar Musa dari Kelantan meminta Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan Perdana Menteri selepas prestasi BN merosot selepas PRU ke 10 dan menikus di zaman Abdullah Hj Ahmad kerana melindungi beberapa kes rasuahnya yang ditahan pendakwaan oleh Abdullah Hj Ahmad.Begitu juga isu pembatalan jambatan baru ke Singapura, kenaikan harga barang walau rakyat ditipu dengan kenaikan gaji tetapi terdapat berjuta kaum buruh dalam sektor swasta masih gaji di tahap lama dan Abdulah Hj Ahmad tidak melayan gaji minima yang diperjuangkan kaum buruh dan banyak wang negara untuk dibelanjakan dicurah kepentingan perniagaan anak, menantu dan kroni. Maknanya isu tahun 2008 sama dengan tahun 1969 kenapa UMNO tidak belajar darinya, atau semua orang UMNO tidur sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dengan tidurnya.Dan adalah tidak benar bahawa apa yang dikatakan oleh Johari Baharom seorang bekas guru jasmani yang dilantik menjadi Timbalan Menteri kerana jasa mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perwakilan UMNO di Kubang Pasu dalam TV 3 bahawa selepas PRU Ke 10, UMNO tidak mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan yang berbeza dahulu gesaan peletakan jawatan itu dibuat oleh Menteri-menteri atau Menteri Besar yang bermasalah yang di Ketuai oleh Shahidan Kassim dan Khalil Yaakob tetapi hari ini oleh akar umbi.Kekalahan BN banyak faktornya dan jika hendak mengkaji sebab-sebabnya, Abdullah Hj Ahmad yang suka memecahkan masalah dengan menyerahkan orang lain menyelesaikan dan yang dia tahu hanya membuat Suruhanjaya Diraja, elok benar diwujudkan satu Suruhanjaya Di Raja membuat siasatan dalam ketelusan SPR-Suruhanjaya Pilihan Raya atau Suruhanjaya Bebas menyiasat kekalahan BN dan di mana akan sendirinya akan menjelaskan kenapa.Bagi mereka yang ada asas sains politik, mereka tidak ada apa-apa yang menghairankan akan kekalahan BN dan UMNO itu kerana dengan keputusan yang ada membuktikan bahawa BN sudah gagal dalam manifestonya yang bertemakan Cemerlang Gemilang dan Terbilang yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad dalam PRU ke 11 dan ditukarkan ke slogan yang pernah digunakan dalam tahun PRU ke 5 yang berbunyi “Keselamatan Keamanan Dan Kemakmuran, ini memberi pengertian bahawa pemikir yang berdamping dengan Abdullah Hj Ahmad seorang yang ketandusan ide dan pemikiran basi seperti ide Pembangunan Koridor yang menjadi ejekan yang dikenali dengan nama Pembangunan Kaki lima.Dari malam kekalahan BN hingga ke Mesyuarat MT UMNO dan BN jelaslah bahawa Abdullah Hj Ahmad masih bersikap sombong, angkuh dan mental “disorder”. Kesimpulannya bahawa Malaysia walau mempunyai ramai intelek yang dikira cerdik pandai tetapi berada di dalam gua dan tidak pernah melihat cahaya seperti yang berlaku dalam siri ISU terbitan RTM, di mana seorang ahli panel mempertikaikan kemampuan Parti Pembangkang untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya.Nak kata bodoh kepada ahli panel keterlaluan, bukankah dengan kemenangan Parti Pembangkang menafikan 2/3 di Parlimen dan enam negeri akan menyukarkan kenaikan harga barang kerana akan mengakibatkan BN akan tidak popular dan hilang dari peta parti politik di PRU mendatang. Bukan itu satu cara berjayanya Parti Pembangkang kalau tidak dapat menurunkan harga minyak melalui kuasa politik terhadnya sekurangnya menahan kenaikan harga melampau untuk kepentingan kapitalis yang didukung oleh UMNO dan BN.Bagaimana pun Abdullah Hj Ahmad tidak akan berubah, walau pun dia mendapat sokongan tidak melebihi 100 orang pemimpin UMNO dan BN tetapi ada 26 juta menolaknya, Jom kita bungkus UMNO dan BN dengan kertas belacan sama seperti Tajul Rosli Ghazali yang takut bini itu bagi duit dengan pemimpin UMNO Perak yang dibungkus dengan surat khabar yang dikenali dengan nama duit belacan pada PRU yang ke 13 yang akan menjadi nombor sial kepada Abdullah Hj Ahmad dan UMNO.Sang Kelembai: Kebangkitan kolum kelima (fifth colum) yang tidak ter-organisasi tetapi bertindak seperti aliran anak sungai yang menurun bukit akhirnya bertemu dalam satu muara atau kuala sehingga menjadikan satu gelombang. Dan gelombang ini yang menyebabkan Zainuddin Maidin, Shahrizat Jalil dan beberapa orang pemimpin UMNO/BN lagi sudah mati lemas. Dan hanya Abdullah Hj Ahmad sahaja yang masih berkapal mewah tapi ahli UMNO tetap terkapai-kapai meminta pertolongan. Masih lagi ahli UMNO bersedia jadi lembu kepada Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya?
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 3:07 PM 4 comments Links to this post
Friday, February 29, 2008

Salam berpelukan IMAN HADHARI

ISLAM ADA HAD DAN ADA HARI

Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 10:41 AM 9 comments Links to this post
Sunday, February 17, 2008

Pilihan raya atau Referendum 2
Dewan Rakyat dibubarkan dalam keadaan tidak ada keperluan apa-apa yang mendesak selain kepentingan politik Abdullah Hj Ahmad untuk terus berkuasa dalam kerajaan tiga beranaknya, walau dia sebenarnya beliau masih boleh mengekal kuasa sehingga bulan September 2009.Di sini kelemahan sistem demokrasi melalui sistem Parlimen yang di anuti sebagai sistem mengujudkan kerajaan Parlimen Monarki di Malaysia. Dengan kelemahan Yang di Pertuan Agung yang tidak memahami kuasa-kuasanya yang ditulis oleh Perlembagaan Persekutuan terus menambah senak sistem yang wujudPihak British dan Suruhanjaya Reid yang memandu draf Perlembagaan Malaysia untuk sebuah negara yang bakal Merdeka dahulu dengan menelusuri sejarah dan riwayat Tanah Melayu mungkin terlalu futuristik bila memasukan kuasa-kuasa Yang Di Pertuan Agong adalah muktamad bagi membubarkan Dewan Rakyat dan bukan seperti kata pelajar oxford yang tidak memahami Perlembagaan bahawa pembubaran Dewan Rakyat adalah kuasa mutlak Perdana Menteri yang juga bapa mentuanya.Tujuan kuasa mutlak Yang Di Pertuan Agong dalam bidang kuasa pembubaran diberikan kepadanya mungkin bertujuan supaya jangan seperti yang berlaku hari ini, belum lagi mencukupi hayat lima tahun atau lagi enam bulan habis tempohnya dengan tiba-tiba di adakan Pilihan raya Umum atas kehendak seorang individu Politik yang bernama “Saya Perdana Menteri” dan bukannya desakan rakyat yang menuntutnya supaya kuasa “Saya Perdana Menteri” dalam Kerajaan Tiga Beranak di serahkan semula kepada rakyat. Ini disebabkan kita terikut dengan apa yang selalu dikatakan bahawa Yang Di Pertuan Agung hendaklah bertindak di atas nasihat walau pun Perlembagaan Persekutuan telah meletakan beberapa perkara yang memberi kuasanya sepenuh Pemerintahan Persekutuan ditanganinya.Dan SPR akan berbelanja sejumlah RM200juta untuk mengendalikan sejumlah 222 kawasan Parlimen, dan memberi makna setiap kawasan Dewan Rakyat termasuk yang ada Dewan Negeri, SPR berbelanja hampir RM1 juta atau puratanya dalam kos sejumlah RM700 ribu. Ini memberi pengertian bahawa kos menghantar seorang wakil rakyat sudah terlalu mahal sama dengan kos kehidupan sekarang. Rakyat perlu berfikir panjang dengan wang sebanyak itu dibelanjakan oleh SPR, adakah dia hendak mensia-siakan hak memilih yang diberikan kepadanya kerana wang itu sendiri datangnya dari pembayaran perbagai cukai atau sekurang-kurang cukai rokok yang dihisapnya.Abdullah Hj Ahmad dari segi hukum akal dan pandangan orang yang siuman tidak perlu untuk mengadakan PRU yang mengejut dan setahun lebih awal. Tetapi jika melihat repot kad "Saya Perdana Menteri" selama empat tahun ini dan sudah diketahui satu Malaya bahawa dia bergantung kepada anak dan menantu mentadbirkan negara ini yang sekarang lebih dikenali "The Invibsible Government" dalam Kerajaan Tiga Beranak, maka tindakan takut kehilangan kuasa jika semua tindakan ke hadapan ini akan menyebabkan rakyat menolaknya dalam PRU yang akan datang.Apakah tindakan masa depannya? Ialah dengan tidak lagi menggunakan wang ringgit dalam nilai juta sebaliknya menggunakan perkataan bilion dalam setiap projek pembangunan yang diumumkan. Dan bilion yang menjadi hasil bukanya dari usaha hasil yang dicari tetapi sebilangan besar dari sumber alam dan khasnya minyak. Dan harga minyak yang ada sekarang mengurangkan hasil kepada Kerajaan kerana hasil yang tak masuk ke dalam Perbendaharaan itu dipanggil subsidi, maka ada keperluan untuk menaikkan harga minyak bagi menampung hidup yang bergaya Abdullah Hj Ahmad sebagai “Saya Perdana Menteri”.Maka PRU ini boleh dikira sebagai satu PRU Referendum, walau pun kebiasaan Referendum dibuat untuk tujuan satu-satu cadangan Kerajaan khasnya dalam isu cadangan Perlembagaan yang meminta kelulusan rakyat atau warga negara bersetuju atau tidak.Referendum yang meminta kelulusan yang terutama sekali adalah sistem “check and balance” yang menjadi tunggak pemerintahan ini sudah boleh dirogol oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia hendak menjadi seorang yang tidak punya kuasa terbatas sebalik tanpa batas, maka dia juga mahu dikira sebagai Perdana Menteri yang memecah sistem itu di Malaysia.Ini telah dibuktikan bahawa menahan pihak Polis khasnya di Bahagian Jenayah perdagangan mengambil tindakan kepada anak menantu yang bernama Khairy Jamalludin yang dilihat dari undang-undangnya sudah melanggar akta Bank yang dikenali Bafia bila menerima saham-saham ECM Libra dalam perancangan hendak disenaraikan.Begitu juga campur tangannya dalam beberapa kes undang-undang termasuk menahan BPR dari mengambil tindakan kepada Menteri-menteri yang didapati rasuah dan anehnya kes itu telah dipersetujui oleh pendahulunya supaya diambil tindakan dan akhirnya menjadi kelakar bila BPR lebih laju pergi berjumpa Nik Aziz Nik Mat yang bercakap masalah dia pernah ditawarkan rasuah daripada dia pergi jumpa Dr Mahathir Mohamad supaya membuktikan bahawa dia pernah meluluskan tindakan kepada Menteri nya.Itu belum termasuk lagi campur tangan sebagai eksekutif yang meminta “judiciary” menarik balik tuduhan kepada penunjuk perasaan di bawah tuduhan cubaan membunuh penjawat awam. Dan juga penghinaan kepada legislatif bila menghina keputusan Parlimen tidak bersetuju ladang Tabung Haji disenaraikan sebaliknya dia mengambil keputusan meluluskan juga atas sifat “Saya Perdana Menteri” dan satu agak serius undang-undang Islam wilayah persekutuan sudah diluluskan oleh kedua dewan legislatif dan sudah di tanda tangan oleh Yang Di Pertuan Agung tapi tidak boleh diguna pakai.Maka Referendum yang pertama dalam PRU yang diminta oleh Abdullah Hj Ahmad kepada Rakyat ialah setuju atau tidak bahawa sistem pengasingan kuasa di Malaysia ini kalau tidak dihapuskan tetapi segi amalan kesemuanya adalah kepada saya dan anak dan menantu sahaja. Kalau setuju sokong Barisan Nasional kalau tidak sokong parti pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR.Bersambung lagi
Sang Kelembai: Selepas hakim mahkamah syariah di Perak boleh terima rasuah, orang yang tahu hukum agama, kemudian Mokhtar Sidin seorang Hakim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam juga boleh menerima rasuah. Siapa Abdullah Hj Ahmad yang di anggap cucu ulama dan anak tokoh agama itu yang tangannya sambil berjalan meraba perempuan.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 11:47 PM 5 comments Links to this post

Pilihan Pilihan raya Umum atau Referendum
Maka dengan lagak pandai sebenarnya tidak, Abdullah Hj Ahmad selaku “Saya Perdana Menteri” pun memaklumkan bahawa Dewan Rakyat dibubarkan pada 13hb Februari 2008 selepas mesyuarat kabinetnya. Yang tidak pandai sebaliknya menunjukkan kebodohannya, dia sendiri tidak faham bahawa yang dibubarkan ialah Dewan Rakyat yang mengandungi 222 ahli yang dipilih oleh rakyat melalui satu pilihan raya yang bebas tetapi sebaliknya dia mengatakan bahawa Parlimen dibubarkan.Jika dia sendiri selaku ketua eksekutif dalam tiga elemen “Check and Balance dalam sistem Parlimen Monarki yang disebut pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia yang mengandungi eksekutif (kerajaan), legislative (Parlimen di peringkat kerajaan pusat dan Dewan Undangan Negari di peringkat negeri) dan judicative (undang-undang dan pengadilan) sendiri tak faham mungkin kerana terlalu banyak tidur, menyebut Parlimen dibubarkan, soalannya apa yang ada lagi di institusi Parlimen.Betapa pun Abdullah Hj Ahmad di damping banyak Menteri kabinet yang berkelulusan undang-undang seperti Nazri Aziz, Hishamuddin Hussein, Syed Hamid, Radhi Sheikh Ahmad dan pakar perlembagaan yang mendapat anugerah Doctor Phd Dr Rais Yatim, bila Abdullah Hj Ahmad menyebut pembubaran Parlimen, ini memberi pengertian anggota kabinet itu tidak menghalusi setiap ayat yang di keluarkan oleh “Saya Perdana Menteri” dan mungkin mereka berdiam kerana biar terserlah kebodohan seorang Perdana Menteri yang pernah dimiliki oleh MalaysiaSebab apa Abdullah Hj Ahmad dikatakan kurang cerdik, ini adalah kerana perkataan bodoh keterlaluan yang disebut oleh Pak Lah. Ia adalah berdasarkan perkataan Parlimen dibubarkan. Mana boleh Parlimen dibubarkan? Bukankah masa belajar di Pelajaran Tata Negera, bagi pelajar generasi pasca kemerdekaan dan kemudian dipanggil “Pelajaran Sivik dan sekarang tidak diketahui pembelajaran seperti ilmu sains politik peringkat rendah masih di ajar di sekolah kebangsaan masih ada di hari ini kerana sudah diberi tahu oleh guru yang mengajar bahawa panggilan Parlimen akan kepada tiga elemen atau tiang anggotanya yang terdiri Yang Di Pertuan Agung sendiri dikira Parlimen, Dewan Negara yang mengandungi Senator yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agung atau dua wakil Dewan Negeri yang dipilih oleh Dewan Negeri dan Dewan Rakyat yang anggotanya mestilah dipilih dalam satu pilihan raya yang bebas di mana rakyat atau pemilih yang berdaftar memilih seorang wakilnya untuk dihantar ke Dewan Rakyat atau di Dewan Negeri.Maka jika “Saya Perdana Menteri” yang berkelulusan pengajian Islam di Universiti Malaya itu menyebut perkataan Parlimen dibubarkan maka dengan sendiri akan ada pertanyaan, adakah Yang Di Pertuan Agong juga sudah tidak lagi boleh menjadi Yang Di Pertuan Agung, walau pun Perlembagaan meletakan Yang Di Pertuan Agung dipilih oleh Majlis Raja-Raja, bagaimana kedudukannya sekarang jika Yang Di Pertuan Agung sendiri sudah menandatangani satu dokumen menyebut bahawa dia bersetuju Parlimen dibubarkan dan perkataan Dewan Rakyat di dalam surat itu tidak ada.Begitu juga kedudukan ahli-ahli Dewan Negara yang dipanggil Senator, bagaimana kedudukannya sekarang walau pun semua orang tahu bahawa Senator dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan persidangan Dewan Negeri. Adakah dia sudah gugur menjadi ahli Dewan Negara? Dan aneh banyak orang tidak tahu bahawa dalam Perlembagaan Malaysia ada disebut bahawa Senator juga ada pemilihan yang terbuka, yang memberi maksud seorang Senator boleh dicalonkan dan di undi oleh rakyat.Dan terakhirnya, bila ditanya kenapa dia mengatakan semalam ia itu sehari sebelum pengumuman Dewan Rakyat dibubarkan bahawa Dewan Rakyat tidak dibubarkan hari ini? Maka dijawabnya bahawa Yang Di Pertuan Agung tidak diberi tahu.Jawapan itu menunjukkan kebodohan ketara “Saya Perdana Menteri” kerana boleh mengundang kepada kontroversi bila mana kenapa dia hendak memberi tahu kepada Yang Di Pertuan Agong akan pembubaran Dewan Rakyat. Siapa yang di Pertuan Agong? Jika dia cerdik sikit, tentu dia berkata bahawa semalam belum ada perkenan Yang di Pertuan Agong tetapi pagi ini sebelum mesyuarat kabinet dan bila menghadap Yang D iPertuan Agung baru dapat perkenan.Ini fakta bahawa Malaysia sebenarnya dalam Kerajaan Tiga Beranak yang mengandungi anak dan menantunya, main suka-suka yang dia hendak suka buat tanpa memikirkan bahawa setiap gerak geri nya baik kelakuan dan sebagainya dinilai oleh rakyat.Mengulas peliharanya kali ke 12 pada 8hb Mac 2008. ini PRU-Pilihanraya Umum yang paling pelik sekali dalam sejarah PRU di Malaysia. Kenapa pelik ialah dalam keadaan mengatakan bahawa Kerajaan Tiga Beranak ini satu urusan yang terbaik, liberal dan demokrasi, ekonomi yang meningkat, Islam had hari yang diterima oleh dunia termasuk Amerika kenapaperlu nak mengadakan PRU?Eloklah wajarnya diperbetulkan Perlembagaan Malaysia ini supaya setiap pembubaran di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri bahawa setiap pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Negeri di bawah jangka 4tahun 6bulan atau 40bulan tidak ada kuasa Perdana Menteri atau Menteri Besar termasuk Ketua Menteri untuk menasihatkan pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melainkan atas kehendak Yang Di Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Di Pertua Negeri bahawa ada keperluan satu pilihan raya diadakan mengikut kondisi masa itu. Dengan cara ini akan berlaku adil kepada semua Parti Politik yang bertanding kalau pun tidak seperti negara lain yang mengumumkan PRU pada tarikh-tarikh tertentu bagi berlaku adil.Kesimpulan keperluan pindaan supaya diadakan tersebut supaya demokrasi yang kita amalkan dimainkan atau rakyat diperbodohkan oleh seorang Perdana Menteri seperti yang ada sekarang. Kerana semasa rakyat keluar mengundi pada bulan Mac 2004, mereka semuanya memilih untuk satu kerajaan yang menjangka masa lima tahun dan bukanya dengan memberi mandat dengan suka-suka hati membubarkan Dewan Rakyat seperti yang dia dilakukan menangguhkan Persidangan UMNO diperingkat Cawangan dan Bahagian demi kepentingan politiknya. Memilih dari peringkat bawah Ketua UMNO Cawangan sehingga ke peringkat Presiden hanya semata kepentingan kedudukannya sebagai Presiden UMNO yang kali ini mana-mana orang tidak sehaluan akan digugurkan dari dialunkan wakil UMNO.BersambungSang Kelembai: Kawan-kawan bukan Islam kata bahawa nombor 1313 di tempat perjudian tikam ekor tidak dijual sekarang sehingga 8hb Mac 2008, khabarnya nombor yang unsur 13 juga laris dijual tetapi no 10 ia itu nombor anak menantu masih banyak lagi. Harap-harap kalau Abdullah Hj Ahmad mati nanti kuburan menjadi keramat untuk minta penerang hati atau juga tempat menurun nombor. Maka eloklah kuburan Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari di pagar atau dibuat tembok tinggi supaya amalan khurafat tak berlaku. Kalau dia tanam di Masjid Negara, susah kita nak melawat pusara bekas Perdana Menteri yang ada di sana.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 5:54 PM 4 comments Links to this post
Wednesday, February 13, 2008

Empat tahun yang "black out"
Dalam jangka dua bulan ini kita merayakan tiga kali tahun baru, di awal dengan tahun baru 2008, tahun hijrah 1429 dan minggu yang lalu tahun baru Cina. Maka mungkin ada banyak orang yang bertanya-tanya apakah di tahun 2008 ini dan menjelang PRU-Pilihan Raya Umum yang akan diadakan bila-bila masa sekarang boleh mendatangkan perubahan-perubahan besar yang menguntungkan negara dan bangsa khasnya orang Melayu?Jika meneliti empat tahun yang berlalu di bawah pentadbiran "The Invisible Government" yang dikuasai oleh tiga beranak yang sedang memerintah Malaysia iaitu Abdullah Hj Ahmad sebagai “Saya Perdana Menteri”, anaknya Kamaludin Abdullah yang memunggah semua perniagaan kerajaan atas nama Scomi yang di darat, lautan dan di langit dan menantunya Khairy Jamaludin anak muda yang punya wang tak kurang RM100 juta tunai kerana menjual kepentingannya dalam ECM-Libra dengan tidak bersusah payah kecuali mendapat komisen menjual Bank Bumiputra yang bertukar nama kepada CIMB.Rakyat/pemilih berbagai kaum di Malaysia telah dikecewaka bila mereka ini yang lari dalam PRU 1999 menyokong semangat reformasi kemudian kembali memberi sokongan kepada UMNO/Barisan apabila Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan Perdana Menteri dan diganti oleh seorang dengan kononnya imej anak Ulama besar yang Arifbillah, Mr Clean yang tidak mencari harta bertimbun-timbun atau mencari kawan untuk berfoya-foya.Bila menjelang PRU ini beberapa sogokan politik wang sudah bermula. Bermula dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tahun lalu, yang akhirnya “break even” bila barang-barang keperluan perut ikut sama naik. Itu sebab pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan RM 2 ribu sebulan hanya sekadar wal hasil balik asal. Kemudian dihebohkan satu Malaysia akan pendidikan percuma tetapi sebaliknya ibu bapa pelajar terpaksa menanggung kos lain yang tidak ditanggung oleh kerajaan yang lebih tinggi dari yuran yang dihapuskan.Di samping demi kepentingan hampir 72 kawasan Parlimen yang bergantung dengan undi peneroka Felda, beberapa habuan sama ada projek dan bantuan diberikan. Tetapi dalam keadaan yang sama peneroka Felcra yang tidak mengikut sistem Felda seperti dilupakan dan begitu juga para pekebun kecil yang terlibat di bawah program RISDA. Maka akan disahkan bodoh kepada semua peserta Felcra dan Risda jika terus memberikan undi kepada calon-calon Barisan Nasional kerana dalam pada itu mereka dipinggirkan dari pemberian beberapa geran Politik Wang. Kenapa masih mahu menyokong calon ini?Dan yang terakhirnya ialah pemberian dividen kepada pencarum LUTH-Lembaga Urusan Tabung Haji sebanyak 7%. Dalam keadaan hebat membelanjakan wang maka mereka tidak menggunakan perkataan juta sebaliknya bilion sungguhpun rakyat miskin terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga memaksa Abdullah Hj Ahmad terjerit di mana-mana dalam pasca kempen PRU menerangkan kerajaan tiga beranaknya akan membuat sesuatu untuk menghapuskan kemiskinan termasuk kepada rakyat keturunan India.Jika didengar dengan baik atau dibaca apa yang dilaporkan akan ucapan Imam Besar Islam Hadhari “ada had dan ada hari itu” dan bagi setengah orang yang tak faham buah butir yang dia cakap, maka terpaksa menunggu apa yang ditulis dalam surat khabar seperti Utusan Malaysia, sebenarnya ucapan Saya Perdana Menteri itu sama tarafnya dengan menuntun filem di tahun-tahun 60an dan 70an yang dipanggil Cheap Matinee sebuah filem lama yang tiketnya sudah berharga 20 sen sahaja jika duduk di First Class yang tiket asalnya berharga RM1.40.Di samping penipuan dan pemalsuan karakter Abdullah Hj Ahmad yang kononnya hendak mencari Imam Ghazali dan membuka surah nabi tetapi sebenarnya dia mengotorkan segala-galanya sistem yang di asaskan oleh pendahulunya.Dengan isu rasuah bukan dapat dibendung tetapi di zaman Kerajaan Tiga Beranak ini malah terus maharajalela dan mana yang boleh dibuktikan dengan faktanya dipertahankan bila BPR dan Peguam Negara, sehingga agensi seperti ada kekebalan atau menjadi kuasa veto bagi menentukan seseorang itu tidak terlibat rasuah. Sungguhpun begitu jika ada kemarahan dan kehendak Kerajaan Tiga Beranak, rasuah orang itu akan dicari sampai memasukan jari ke lubang duburnya walau pun sewaktu dia melepaskan hajat dan telah membersihkan segala baki najis yang terpalit dan sepatunya sekadar itu sahaja yang patut dibersihkan seperti mana berlaku kepada seorang pegawai kanan polis yang sudah pun dituduh rasuah dengan berbagai tuduhan.Dan rasuah yang dahulunya dipanggil bahasa sopan nya "tumbuk rusuk" sudah menjalar bermula di kalangan atas, membawalah ke kalangan menengah mahu pun kalangan bawahan. Budaya makan suap ini dikembangkan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad dan kroninya. Ini termasuklah penyalahgunaan kuasa dan amalan batil seperti memberi kontrak yang berjuta ringgit dengan tidak mengikut prosedur perbendaharaan sebaliknya dengan satu catatan Saya Perdana Menteri yang menulis perkataan lebih kurang "Saya luluskan dan segera ambil tindakan" tidak ada lagi perkataan “Dikemukakan untuk tindakan tuan dan diproses.Perkataan proses itu yang akan melaksanakan kehendak-kehendak pekeliling perbendaharaan sama ada orang itu layak atau tidak. Tindakan dengan hanya berunding dengan anak beranak menjadikan kebatilan terus terjadi di berbagai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman.Itu sebab isu video Lingam mendedahkan segalanya akan sikap mereka yang terdiri dari hakim, pegawai kerajaan dan polis yang semuanya Melayu yang pasti beragama Islam, akan rakyat mempunyai prasangka bahawa ketidakjujuran dan ketidakadilan mereka itu dalam menjalankan tugasnya bertambah pula dibuktikan dengan fakta bila kes 31 orang peserta demonstrasi Hindraf ditarik balik atas arahan Saya Perdana Menteri yang mana semua orang tahu bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa melangkau Perdana Menteri dalam soal perundangan dan pendakwaan.Masalahnya di ketika sebahagian terbesar rakyat tanpa mengira kaumnya mengalami penderitaan berat akibat kehidupan sehari-hari yang sulit seperti kenaikan harga bahan bakar, minyak makan, beras, kenaikan takrif air dan elektrik maka rakyat juga menyaksikan juga bahawa sebahagian kecil bangsa ini khasnya orang Melayu dan pemimpin UMNO hidup dengan kemewahan yang berlebih-lebihan.Setengahnya boleh membuat rumah mewah di kawasan lembah rakyat yang miskin dan yang hendak dikutuk oleh rakyat bahawa banyak kehidupan bermewah-mewah dan berfoya-foya itu adalah hasil curian atau amalan rasuah yang merugikan negara tetapi menguntungkan mereka dan dilakukan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad sebagai suri teladan yang bercuti di rumah mewahnya di Austaralia yang rumah itu atas nama Patrick Badawi.Sebenarnya apa yang di saksikan dan di lihat sekarang atau di alami oleh rakyat hari ini akan kebobrokan (pinjam ayat Dato Kamal Amir) moral dan kebusukan mental sudah berakar dan berpokok sejak UMNO Baru ditubuhkan yang menghilang identiti asal UMNO itu sendiri.“De-Umnoisasi” semua orang Melayu semenjak puluhan tahun ini adalah pada dasarnya pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu untuk mencipta masyarakat adil dan makmur. Dengan “De-umnoisasi” semua orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai alat kepentingan pemodal dan imperialisme asing sehingga Abdullah Hj Ahmad dan ahli-ahli UMNO di Johor tidak nampak bahawa WPI - Wilayah Pembangunan Iskandar akan menjadi ladang pemilikan kekayaan bagi kepentingan modal asing dan akhir menjadi sengketa Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku antara Palestin dan Israel di suatu masa nanti.Sang Kelembai: UMNO yang memiliki pemimpin bermoral rendah, sudah pasti tidak menginginkan perubahan-perubahan besar atau perbaikan fundamental dalam mentadbir negara kerana yang penting adalah mereka seperti Abdullah Hj Ahmad dan yang terpenting kepadanya ialah "Saya Perdana Menteri" dan pergi jahanam Melayu. Maka untuk mengekal identiti Melayu di mata orang asing sebagai bangsa termiskin di Malaysia.. undilah Barisan Nasional dengan calonnya macam ramuan rojak itu.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 1:01 AM 7 comments Links to this post
Monday, February 11, 2008

Baik Mati Dalam Ketawa Dari Mati...
SUNGAI PETANI 10 Feb. Nasib 286 orang pekerja sebuah kilang plastik di sini yang diberhentikan tanpa notis mendapat perhatian Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin yang berjanji membawa kes mereka kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.Setelah mendengar aduan mereka, saya kecewa dengan sikap pengurusan kilang yang mengabaikan hak pekerja yang sebahagian daripada mereka telah bekerja lebih 10 tahun, kata Zainuddin-Utusan Malaysia .Jika baca berita yang tersiar itu, tidak ada apa-apa yang menarik kerana cerita atau kisah kilang-kilang yang membuang pekerja sudah menjadi berita biasa semenjak kebelakangan ini. Dan kebiasaannya terserah kepada pekerja itu berjuang secara sendirian atau melalui kesatuan sekerjanya, jika ada yang masuk menjadi ahli kesatuan sekerja.Tetapi yang menarik itu dua perkara yang berlaku. Satu ialah kerana dalam masa pentadbiran Kerajaan Tiga Beranak menyanyikan lagu bahawa pelaburan Malaysia mencurah datang dan peluang pekerjaan akan wujud sama ada sebelum dan sesudah projek pembangunan Koridor Utara dilaksanakan, soalan kenapa pula kilang itu tutup dan gulung tikar? Dan keduanya kenapa Zainuddin Maidin dengan tiba-tiba menjadi pembela kaum pekerja yang tertindas? Walhal sama ada dalam Parlimennya di Merbok atau Sungai Petani dan Gurun yang terletak dalam Parlimen Yan, hari-hari ada orang kena buang kerja atau kilang ditutup sebelumnya ini, kenapa tak diperjuangkan?Maka pemimpin politik yang terdiri ahli Parlimen atau DUN sebenarnya bekerja untuk bermusim yang selalu dipanggil “seasonal politician” atau ahli politik bermusim. Kerana PRU sudah sangat menjengah hari, maka bermulalah orang-orang politik menjengah muka.Malaysia sudah bertahun, semenjak mula merdeka sehingga sekarang. Setiap kali PRU mendatang, mereka akan memilih UMNO/Barisan Nasional untuk menjadi pemerintah di Kerajaan Pusat. Para pengundi yang memilih UMNO/Barisan Nasional tidak pernah terasa bahawa mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Mereka mungkin bangga setiap kali Perdana Menteri meletakan jawatan atau meninggal dunia, akan ada Perdana Menteri baru, masa itu Perdana Menteri baru itu mendapat mandat besar seperti PRU 2004.Perhatikan waktu Tun Razak Hussein dalam PRU 1974 dengan gagasan Barisan Nasionalnya dan kemudian Tun Hussein Onn pada tahun PRU 1978 selepas kematian Tun Razak Hussein walau pun ada isu dalam masyarakat Melayu antaranya isu Dato Harun Idris yang ditangkap tuduhan rasuah dan keluarnya PAS dari Barisan Nasional, Barisan Nasional tetap menang besar dan seterusnya PRU 1982 yang diambil alih oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.Dan yang terbaharu ialah empat tahun dahulu, dalam keghairahan orang-orang Melayu mendapat seorang Perdana Menteri yang diberi jolokkan “Mr Clean” sokongan padu diberikan kepadanya termasuk orang-orang Melayu di Terengganu yang sebelumnya pada PRU 1999 memberikan sokongan kepada Pembangkang untuk memerintah Terengganu. Kononnya selepas Tun Dr Mahathir Mohamed berhenti, maka berakhir zaman-zaman yang dipanggil sebagai Maha firaun, Diktator dan berbagai gelaran lain.Apa yang terjadi hari ini. Berakhir kah zaman “Firaun” dengan Hamam nya, atau adakah tamat sikap diktator Perdana Menterinya. Jawapan nya tidak? Kenapa tidak? Jawapan seterusnya ialah kesemuanya rakyat/pemilih hanya sekadar menukar pemimpin tetapi tidak menukar sistem. kerana bila Firaun baru dilahirkan akan ada Hamam baru yang mendampingi firaun itu.Hari ini perjuangan parti pembangkang mestilah menjurus kepada merubah sistem dan antara sistem yang hendak di ubah di mana? Jika sekadar untuk membasmi rasuah, itu bukan mengubah sistem, itu adalah rutin bekerja, kalau hendak membuat lebih baik dari UMNO/Barisan Nasional dalam menghapuskan kroni, itu juga bukan merubah sistem.Sistem yang patut di ubah ialah menukar segalanya. Pegangan ideologi mestilah berlawan dengan UMNO/Barisan Nasional yang merupakan mengangkat sistem Kapitalis Terbuka yang mengamalkan konsep kapital atau modal sebagai penguasaan kuasa. Itulah yang terjadi sekarang dalam badan UMNO yang mengamalkan tiada wang akan tiada kuasa dan akan tiada kuasa jika tiada ada jawatan dan jika ada jawatan maka akan dengan sendiri akan ada wang.Maka berlaku dalam PRU dahulu, hari ini dan akan datang bahawa dengan orang-orang Melayu yang tidak ada wang, maka boleh dibeli dengan wang sekurang-kurang Ketua UMNO Cawangan diberikan beberapa projek, jika di bandar dengan Kontraktor Kelas F dan jika di luar Bandar dengan projek JKKK nya. Dan begitu seterusnya Ketua UMNO Bahagian, setelah mencurahkan wang, maka memerlukan jawatan pula sekurangnya menjadi wakil rakyat dan tidak berguna menjadi wakil rakyat kerana tidak punya kuasa yang baik maka bercadang menjadi Menteri, Timbalan Menteri, dan sebagainya dan peringkat negeri sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) kerana dengan jawatan maka mempunyai kuasa maka datanglah wang.Itu sebab berbagai penilaian menjadi calon mengikut cara-cara yang berlainan dan jika mengikut “Saya Perdana Menteri” bahawa dia akan mengukur apa kata repot kad yang dibuat sendiri oleh wakil-wakil rakyat itu.Sebenarnya isu terlalu mudah. Para rakyat/pemilih kena mengambil cara yang dilakukan di Australia. Bila mana para pengundi hendak memilih wakil rakyatnya, maka diketahui bahawa calon itu hanya tinggal di rumah “terrace” dua tingkat dan jika dia menang pada masa PRU akan datang jika berpindah ke rumah lain dengan sendirinya para pengundi itu tidak memilih calon itu kerana sudah tentu dia telah memperalatkan kedudukan dia untuk menjadi kaya kecuali dia mengisytiharkan secara terbuka bagaimana datangnya wang dia dengan tiba-tiba berpindah ke rumah yang lebih besar dari “terrace” ke banglo.Tetapi di Malaysia banyak terdapat wakil rakyat, semasa dipilih menjadi wakil rakyat duduk di rumah yang agak sederhana tetapi setelah sepenggal menjadi wakil rakyat dengan sendiri bertukar bentuk cara hidupnya. Dan golongan ini juga yang dipilih rakyat.Muktamadnya apa yang berlaku sekarang, segala rasuah, kroni dan penyelewengan yang berlaku dalam Kerajaan Tiga Beranak sebenarnya dibenarkan dan disokong oleh rakyat/pemilih yang berketurunan Melayu kerana semua orang arif bahawa rakyat/pemilih keturunan lain tidak bersetuju dengan sistem ini. Itu sebab rakyat/pemilih keturunan India sudah nekad tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional khasnya kepada MIC kerana sudah mula sedar yang patutnya bertanggung jawab kemunduran orang India ialah mereka sendiri kerana setiap kali PRU mereka menyokong Barisan Nasional tetapi pemimpin mereka memperkayakan dirinya dan mereka hanya sekadar alat kepada pemimpinnya.Kesimpulannya PRU yang akan datang, jika UMNO membakar semangat orang Melayu dengan kemundurannya dan mesti menyokong UMNO bagi mengelakkan orang Melayu berterusan miskin walau sudah 50 tahun dalam Kerajaan Dominan UMNO dan orang Melayu/pengundi memberikan undi kepada Barisan Nasional bererti orang-orang Melayu samalah menyiapkan keranda dan menggali kuburnya sendiri untuk ditanam hidup-hidup oleh UMNO yang berpegang kepada prinsip sistem kapital ini. Sebab itu agaknya rakyat/pengundi keturunan Kadazan di Sabah mengeluarkan slogan Lebih Baik Mati Dalam Ketawa Dari Mati Dalam Menangis. Untuk kaumnya berfikir menjelang PRU ini.Sang Kelembai: Sistem Kapital atau sistem modal yang bergantung kepada wang ini sewajarnya ditolak dan itu sebab keterlanjuran UMNO untuk menghapuskan kemiskinan di tahun 2015 menjadi satu perdebatan kerana jika UMNO berjaya menghapuskan kemiskinan di kalangan orang Melayu/Islam adakah Imam Besar Islam Hadhari -ada had dan hari akan menjadikan rukun Islam sekadar empat perkara sahaja di Malaysia kerana dalam soal membayar zakat termasuk fitrah Ramadhan sudah tidak perlu lagi kerana orang Melayu/Islam sudah mencukupi. Apa kata mufti Perlis?
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 1:01 AM 4 comments Links to this post

No comments: