Saturday, March 15, 2008

Komen pelayar umno-reformjohn_wilders@yahoo.com

Merujuk kepada artikel di dalam akhbar utama hari ini, saya teramat kecewa dan kesal dengan kenyataan wakil UMNO P.Pinang yang menggesa kerajaan pusat supaya membatalkan semua projek yang dijadualkan untuk negeri P.Pinang. Tindakan ini dikatakan perlu untuk menghukum rakyat kerana menolak BN. Sikap seperti inilah yang menyebabkan rakyat melakukan undi protes pada PRU12 baru-baru ini.
Mereka lupa, wakil ADUN & Parlimen dipilih rakyat adalah untuk mewakili suara mereka bukannya menjadi bos mereka. Mungkin mereka juga lupa bahawa walaupun BN kalah di P.Pinang tetapi masih ada penyokong setia mereka yang masih mengundi untuk BN. Sekiranya tindakan ini dipersetujui oleh kerajaan pusat, amatlah tidak adil bagi pengundi setia BN.Setelah kekalahan yang mengejutkan ini, mereka masih lagi bongkak untuk menunjukkan kuasa dan bertindak seolah-olah mengugut dan menghukum rakyat. PRU12 ini melambangkan kuasa sebenar rakyat. Kami berhak memiih sesiapa sahaja untuk menjadi wakil kami.
Kami memerlukan wakil rakyat yang boleh didekati dan sentiasa mendengar keluhan hati kami. Sedarlah bahawa 5 tahun lagi masih ada PRU dan kami sebagai pengundi akan menentukan siapa pula bakal menjadi wakil rakyat kami. Sepatutnya mereka berusaha untuk memenangi semula hati rakyat. Berkhidmatlah untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan peribadi.Rakyat kini sudah matang.
Sumber maklumat juga makin banyak dan mudah diperolehi. Kami mampu mengkaji dan membuat keputusan sendiri. PRU bukan lagi bergantung kepada banyak mana poster diperlukan atau ceramah manifesto tetapi sebaliknya sejauh mana hubungan dan perkhidmatan yang mampu diberikan kepada rakyat. Kepimpinan baru di 4 negeri semenanjung tidak boleh berasa selesa, kerana PRU12 ini bukannya bererti pengundi menyokong pembangkang tetapi sebaliknya majoriti kami memprotes kepimpinan sebelum ini. Ingatlah, kuasa sebenar adalah hak rakyat.

Komen pelayar umno-reformsonofumno@gmail.comSaya berasa amat pelik sejak kebelangkangan ini beberapa orang pemimpin Umno menyalahkan orang Melayu akibat kekalahan BN pada PRU12, Nazri umpamanya menyatakan orang melayu/PKR&PAS(rakyat) harus bertanggungjawab diatas apa yang berlaku seolah - olah menyalahkan rakyat dan bukannya pemimpin-pemimpin orang melayu termasuk beliau,woiii orang umno sendiri pun ada sokong pembangkang tak nampakker? waimah apa yang berlaku dan MALAPETAKA apa pun yang melanda orang melayu, pemimpinlah yang harus bertanggungjawab, memang kita sedia maklum DAP lahanattullah ni memang bukan parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu, Penipu!!! jika mereka mengatakan hak akan diberikan sama rata, kita semua tahu apa motif perjuangan mereka ( baruah singapore ) kesimpulannya kesalahan pemimpin Melayu (UMNO) adalah lebih besar dan kamu harus lebih bertanggungjawab kerana sebelum PRU12 kamulah pemimpin-pemimpin kami ( rakyat ) woiii bangunlah dari tidur!!! jadi nak dipendekkan cerita satu lagi TSUNAMI diperlukan iaitu didalam UMNO. sekian wasaalam ( Pemuda akar umbi Melaka )

No comments: