Tuesday, March 18, 2008

Wang Bukan segalanya

Wang bukan segala-galanya. Bagi merungkai pepatah moden khasnya oleh Kerajaan UMNO BN. Pepatah Moden bagi masyarakat Malaysia moden, tidak menjadi. Bagi UMNO BN , mereka yang berjuang bertuhankan wang dengan menteraskan serta agendakan wang adalah segala-gala dalam hidup. Baru-baru rakyat bangun dan bangkit menolak kuasa wang, apatah lagi janji kemajuan serta pembangunan fizikal setaipkali pilihanraya. Di mana janji wang untuk kemjauan dan pembagunan menjadi ratib rasmi UMNO BN.

Walaupun Pepatah Melayu mengatakan jika ada padi semua boleh jadi. Maksudnya padi boleh dijadikan pelbagai sumber iaitu wang, harta dan takhta. Namun selesai PRU 12 , UMNO dan BN ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Pak Lah selaku PM harus insaf dan sdar dan wajar memilih jalan sepertimana jalan yang dipilih oleh Presiden MCA dan MIC.

Justeru demi maruah bkan marah. Mantan PM bersidang media minta Abdullah bertanggungjawab 100% atas kejayaan 2004 dan bertanggungjawab 100% juga dalam pilihanya kali ini.

Kemudian , desakan oitu diteruskan secara rasmi oleh MP Jelrun Mukhriz Mahathir , meminta Pak Lah berundur dan memberi aluan kepada aorang lain bagi memimpin UMNO dan BN.

Seperti biasalah, bermua selepas pengisytiharan PRU 12, sokongan demi sokongan dibuat oleh UMNO bahagian itu dan ini agar Pak Lah terus memimpin Negara. Ini jugalah seperti kata pepatah Melayu sokong yang membawa rebah belaka.

Soal sokongan yang membawa kepada rebah Pak Lah, maka Pak Lah wajar sedar dan jangan magli dengan lakonan sokongan UMNO. Kerana kaedah sama berlaku benda yang sama setiap kali pilihanraya ramainya ahli-ahli PAS atau PKR baru-baru ini keluar parti dalam tempoh 13 hari rasa-rasa puluh ribu ahli PAS masuk UMNO dan PKR dah tentulah jika ia benar ;’alah’lah PAS di Kelantan dan Terengganu.

Jsuteru kita ingatkan Pak Lah, inilah penipuan terancang oleh para penasihat PM yang menyokongnya dihadapan, tapi dibelakang masing-masing merebahkan beliau.


Janganlah ambil sikap tak pa… biaq ..la… tengokkk dulu !!!!

Paling bermaruah adalah Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon, yang terus mengumumkan pelertakan sebagai pemangku presiden. Moralnya, dia merasakan dengan mengambilalih selepas beberapa bulan rakyat amnya khasnya di Pulau Mutiara bertindak bangun membenrontak dan menunjukan jalan keluar kepada Gerakan.

Jika kita anndaikan, adakah kerajaan P Pinang tiada wang, jika tiada wang boleh dapatkan dana daripada kerjaan Pusat, jika kerajaan Pusat enggan memberinya mereka boleh minta daiut taukeh-taukeh yang bukan kecil rangkian perniaagaan. Atau ringkasnya mendapatkan dana daripad pelabur2 lluar. Maknaya apa yang dikendakkki semua boleh jadi.

Namun, kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Jika rakyat bangun menolak projek pembangunan dengan mengalih daripada kuasa tuan bawa projek kepada tuan yang lain.

No comments: