Wednesday, July 18, 2007

Hari ini dalam sejaraH - NUri dalam KeNaNgaN ?



Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari beberapa sumber akhbar dan internet. Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.


1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban

1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.

1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.

1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.

1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.

1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang terkorban.

1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.

1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.

1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang.

1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.

2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.

2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.

2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka






Pada masa kini helikopter Nuri digunakan di Markas Bantuan Udara seperti berikut:
No. 3 Skuadron Butterworth S-61A-4 Pengangkutan Nuri
No. 5 Skuadron Labuan S-61A-4 Pengangkutan Nuri
No. 7 Skuadron Kuching S-61A-4 Pengangkutan Nuri
No. 10 Skuadron Kuala Lumpur/Sungai Besi S-61A-4 Nuri/AS-61N-1 VIP

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan tentera lain, di seluruh dunia.


Helikopter Nuri telahpun dinaiktaraf dengan pelbagai keupayaan seperti Radar Cuaca, “Doppler dan Doppler GPS”, Sistem Perkakasan Pendaratan ( Instrument Landing System ) dan, Keupayaan Penglihatan Malam ( Night Vision Capabilities ). Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga 2018.


Setiap Nuri akan melalui pemeriksaan “Check One” bagi setiap pesawat mengambil masa sekitar 2 atau 3 hari manakala “Check Two” lebih kurang dua minggu dan seterusnya “Check 4” dan “Check 5” yang memakan masa di bawah enam bulan sahaja.


Penyelenggaraan Nuri kini diserahkan kepada AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh terbang diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Alatganti yang diperlukan akan dibekalkan selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh ianya berstatuskan “Aircraft On Ground”.


Info ringkas


Direka oleh Sikorsky, helikopter Nuri pertama terbang pada tahun 1959, dan beroperasi dengan tentera laut Amerika Syarikat pada Jun 1961. Ia direka untuk beroperasi di atas geladak kapal. Kipas lima bilahnya boleh dilipat untuk mudah disimpan. Kegunaan utamanya adalah untuk peperangan anti-kapal selam, tetapi juga berfungsi sebagai pesawat udara anti-kapal, cari dan menyelamat, pengangkutan, komunikasi, pengangkutan eksekutif dan peranan Amaran Awal Di Udara (Airborne Early Warning). Dalam tentera laut Amerika Syarikat, peranan pesawat udara anti-kapal selam dan cari dan menyelamat telah digantikan oleh SH-60 Sea Hawk sekitar 1990-an, tetapi kekal berkhidmat dalam peranan lain, sebagai pesawat udara anti-kapal selam simpanan, dan sekeliling dunia. Semua pesawat udara H-3 yang masih berada dalam perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat masih digunakan dalam peranan sokongan logistik, sokongan jarak jauh, cari dan menyelamat, ujian, dan pengangkutan VIP.


Variasi Westland Sea King dihasilkan di bawah lesen oleh Westland Helicopters, Ltd. di United Kingdom, yang menghasilkan versi khusus untuk Royal Navy. Ia dikuasai oleh sepasang Rolls-Royce Bristol Gnome turbin British, dan mempunyai peralatan anti-kapal selam dan penerbangan British. Variasi ini mula terbang pada 1969, dan memasuki perkhidmatan pada tahun berikutnya. Ia juga digunakan oleh Royal Air Force dan telah dijual ke seluruh dunia. Pesawat ini juga dihasilkan di Jepun bawah lesen.


Negara yang menggunakan helikopter Nuri (Sea King) termasuk Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Mesir, Jerman, India, Japan, Malaysia, Norway, Pakistan, Qatar, Sepanyol dan United Kingdom.


Persenjataan dan peralatan helikopter Nuri berbeza sesuai dengan peranannya. Persenjataan biasa bagi tugasan anti-kapalselam termasuk empat torpedo, empat depth charges atau peluru berpandu anti-kapal (Sea Eagle atau Exocet). Dalam peranan Cari dan Menyelamat kabin helikopter Nuri mampu memuatkan 22 orang atau sembilan anduh dan dua pegawai perubatan. Dalam peranan pengangkut tentera, 28 tentera boleh dibawa.


Helikopter Nuri (Sea King) juga digunakan sebagai helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat, beroperasi di bawah kawalan Marin Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Marine One apabila beliau berada di atasnya.

No comments: