Wednesday, July 18, 2007

Malaysia sama seperti Madinah’


MALAYSIA adalah negara Islam sama seperti Madinah kerana semua kaum diberikan kebebasan untuk menganut agama masing-masing dan kerajaan tidak meminggirkan orang bukan Islam dan minoriti lain di negara ini.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, berkata Malaysia bukanlah negara Islam ‘Daulah Islamiah’ seperti kerajaan Uthmaniah kerana ada beberapa elemen tidak dapat dipatuhinya.Beliau berkata, untuk menjadi Daulah Islamiah, sesebuah negara itu perlu memastikan pemerintahnya mampu menunaikan segala janji kepada rakyat dan tidak menipu.“Saya tidak setuju jika ada negara yang menggelarkan diri mereka negara Daulah Islamiah.
Ikut demo .....la, Madinah ke Mekah ke tapi judi banyak, kilang arak ada., pusat judi besar. Suko dek puak demo jeh....
Gelaran itu diberikan golongan Islam sederhana yang cuba mengetengahkan idea Barat. Golongan ini tidak tahu maksud sebenar negara Islam dan menggunakan idea Barat untuk menterjemahkan maksud negara Islam,” katanya ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Negara Islam Dalam Dunia Global anjuran IKIM, semalam. Terdahulu ketika menyampaikan ucaptama: ‘Apakah Maksud Untuk Menjadi Negara Islam’ pada persidangan itu, Syed Ali Tawfik berkata, ramai beranggapan sesebuah negara Islam itu perlu mempunyai dan mengamalkan undang-undang syariah sedangkan syariah bukanlah ciri untuk menentukan negara itu Islam atau tidak.Katanya, Madinah adalah contoh sebuah negara Islam kerana semua hak orang Islam dan bukan Islam dijamin dan tidak dipinggirkan.

No comments: