Monday, July 16, 2007



Jika benarlah seperti berita yang dilaporkan, iaitu KYDYMM AL Sultan Pahang berjaya mengesan tanda-tanda awal nahas Nuri tempoh hari. maka jika begitu padan dengan baginda sahaja yang mengesan, sepatutnya TPM sebagai Menteri Pertahanan patut rasa malu, maka beliau sudah gagal melaksanakan tugas dan terus letak jawatan.


Ikuti laporan perincian BH hari ini......


Helikopter dinaiki Sultan Ahmad Shah kesan pokok patah, terbakar


Operasi mencari dan menyelamat yang disertai Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menggunakan helikopter peribadi baginda semalam menemui petunjuk baru paling spesifik mengenai kedudukan helikopter Nuri yang hilang, Jumaat lalu.



Dalam tinjauan udara selama 45 minit bermula jam 9.35 pagi itu, beberapa kesan pokok patah serta terbakar dikatakan ditemui di sekitar kawasan Genting View dekat sini.GERAKAN MENCARI: AnggotaPaskau TUDM memulakanoperasi di Genting Viewselepas hujan lebatdan kabus tebal, semalam.Jurucakap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, petunjuk baru itu memperkukuhkan lagi maklumat beberapa saksi sebelum ini yang ternampak helikopter melintasi kawasan berkenaan sebelum hilang.


Berikutan itu, katanya, satu unit 18 anggota Pasukan Khas Udara TUDM (Paskau) dikerahkan ke kawasan berkenaan menggunakan jalan darat, kira-kira jam 6 petang.Operasi hari ketiga semalam juga ditumpukan di bahagian darat kerana pasukan penyelamat mengalami kesukaran mencari menerusi udara berikutan kabus tebal dan hujan.Pencarian dilakukan meliputi dua kawasan dari Genting, Bidai Ke Awana dan Klang Gate ke Genting Sempah meliputi hutan seluas 50 hingga 60 kilometer persegi.


Operasi itu disertai lebih 450 anggota TUDM, Tentera Darat, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan dua unit anjing pengesan. Pasukan pertama Senoi Praaq dan 18 anggota komando VAT69 turut menyertai operasi itu, petang kelmarin. KEMUDAHAN TAMBAHAN: HelikopterEurocopter E-C 155 milikSultan Pahang dipinjamkanbagi membantu operasimencari pesawat Nuriyang hilang.


Selain itu, Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar pesawat Sea Hawk bagi membantu operasi berkenaan, manakala teknologi imbasan yang dibangunkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mula digunakan petang semalam untuk mengimbas kawasan yang dianggap ada kemungkinan dilalui helikopter itu.Pesawat Nuri itu yang membawa enam pegawai dan anggota, dilaporkan hilang kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu ketika dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan.Selain juruterbangnya, Kapten Nor Azlan Termuzi, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof dan Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), pesawat itu turut membawa tiga lagi anggota, Sarjan Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad.


Sementara itu, Sultan Pahang yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM, turut mendengar taklimat Panglima TUDM, Tan Sri Azizan Ariffin, di markas operasi di Institut Aminuddin Baki di sini selepas menyertai tinjauan udara di kawasan berkenaan. Ketika ditemui pemberita, Sultan Ahmad Shah yakin operasi itu akan berjaya hasil berkat doa dan usaha keras semua pihak.Baginda juga mengarahkan pegawai daerah Bentong mengadakan solat hajat di setiap masjid di daerah itu pada malam tadi untuk mendoakan agar semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat.


"Ini adalah salah satu jalan lain yang perlu dilakukan sebagai umat Islam. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu dalam menjalankan operasi ini," kata baginda.Azizan pada sidang medianya pula berkata TUDM sedang berusaha mengenal pasti lokasi pesawat berdasarkan hubungan terakhir dengan pangkalan dan sedang mengkaji kemungkinan memperluaskan kawasan carian berasaskan maklumat yang diperoleh setakat ini. "Kita juga berterima kasih kepada Sultan Pahang yang sudi meminjamkan helikopter Eurocopter E-C 155 bersama juruterbang peribadinya, Kapten Meor Abd Wahab Meor Amaluddin bagi membantu operasi SAR," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berharap penggunaan teknologi imbasan yang dibangunkan UPM dapat membantu mempercepatkan usaha mengesan helikopter itu.

No comments: