Sebahagian besar daripada waktu anda dihabiskan untuk mencari wang ringgit atau hartabenda diperolehi melalui wang ringgit. Keghairahan dan kecintaan terhadap benda-benda ini adalah merupakan fitrah kejadian manusia. "Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat (keinginan nafsu) —seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan hartabenda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman". (Al-Imran 3:14).
Kecintaan dan keghairahan terhadap hartabenda ini, harus diperingatkan, tidaklah boleh dikutuk atau dianggap jahat atau durjana. Dunia ini tidaklah pada dasarnya buruk, tidak demikian ajaran Al-Quran. Wang ringgit dan kekayaan bukanlah kekejian; ianya dipanggil Khayr (baik). Dan ini adalah manasabah. Jalan menuju Allah dan lain-lain kerahmatan di dunia, diperolehi menerusi dunia ini. Andainya kita menolak dunia ini, kita tidak akan mempunyai apa-apa lagi untuk kita memperolehi melaluinya perbendaharaan-penbendaharaan yang tidak bernilai ini. Dengan demikian, jelaslah, bahawa ia adalah satu-satunya sumber dan asas bagi memperolehi keredhaan Allah dan dunia yang satu lagi (akhirat).
Apa yang menjadikan dunia ini mungkar ialah bilamana kita melupakan apa yang telah diamanahkan untuk kita nafkahkan sepanjang kehidupan di dunia ini, sebagai suatu alat untuk mencapai matlamat sebenar yang abadi, yang lebih baik daripada segala-galanya dan apa sahaja yang boleh diberikan oleh dunia ini. Bilamana alat dijadikan matlamat, ia akan membawa kepada kesengsara-an dengan memesungkan kita daripada apa yang sebenarnya merupakan nilaian yang amat berharga untuk kita. Ayat Al-Quran yang dipetik di atas seterusnya menyambung — "Demikianlah itu kesukaan hidup di dunia, dan disisi Allahlah tempat kembaliyangsebaik-baiknya (iaitu syurga). Katakanlah: Adakah kamu suka, kukabarkan kepadamu barang yang lebih baik daripada yang demikian? (iaitu): Untuk orang-orang yang takwa di sisi Tuhan ada syurga yang mengalir air sungai di bawahnya sedang mereka itu kekal di dalamnya dan (lagi) isteri-isteriyang suci dan keredhaan Allah...... " (Al-Imran 3: 14-15).
Hartabenda dunia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dinafkahkan pada jalan Allah, ramai yang kecundang dan gagal bila benar-benar berhadapan dengan pilihan ini. Apa yang membolehkan anda untuk terus menerus memberikan pengorbanan harta benda dunia ini ialah dengan mengingati beberapa perkara secara terus menerus.
Pertamanya, tidak ada suatu apapun yang sebenarnya merupakan milik dan hak anda; kesemuanya adalah milik dan hak Allah. Bilamana anda mengorbankan sesuatu pada jalan Allah, anda sebenarnya memulangkan kepada tuanpunyanya yang sebenar. "Kepunyaan Allahlah apa sahaja yang ada di langit dan di bumi".
Kedua, bagaimana tinggi dan mahal sekalipun nilai yang anda letakkan ke atas sesuatu harta benda dunia, kesemuanya akan anda tinggalkan bilamana anda dijemput maut nanti. "Apa-apayang ada disisimu akan habis dan apa-apa yang ada di sisi Allah akan kekal". (An-Nahl 16: 96). gambarkanlah kepada mereka perumpamaan hidup di dunia ini seperti air yang Kami turunkan darilangit, lalu bercampur dengan tumbuh-tumbuhan (sehingga subur hidupnya} kemudian ia menjadi kering, diterbang-kan oleh angin. Allah Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Ingatlah ......... harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia".
(Al-Kahfi 18: 45-46).
(Al-Kahfi 18: 45-46).
Ketiga, cuma dengan menafkahkannya pada jalan Allah anda boleh menerimanya kembali, dengan hasil yang berlipatganda.
"Dan kebaikan apa sahajayang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperolehi balasanny a disini Allah sebagai balasan yang paling baik dan paling besar pahalanya". (Al-Muzzammil 73: 20).
"
"Dan kebaikan apa sahajayang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperolehi balasanny a disini Allah sebagai balasan yang paling baik dan paling besar pahalanya". (Al-Muzzammil 73: 20).
"
Perumpamaan (nafkah) yang dikeluarkan oleh orang-o rang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai, seratus biji ......... (Al-Baqarah2: 261).
Fikirkanlah sejenak: sejauh manakah benarnya dakwaan keimanan anda dengan Islam, andainya anda membelanjakan wang anda ke atas hal-hal keseronokan yang tidak bermakna, seperti merokok atau mengenyangkan perut, bukannya perjuangan anda? Apakah nilai keimanan anda terhadap janji-janji Allah, dengan mengharapkan sedikit keuntungan dunia mendorong anda untuk melaburkan semua simpanan anda di dalam sesuatu urusan perniagaan, sedangkan jaminan keuntungan tujuh kali ganda daripada Allah tidak pernah anda rebut, dan tidak pernah pula merangsang beg duit anda dibuka: Anda boleh mengukur di tahap dan peringkat manakah penguasaan Islam ke atas diri anda dengan melihat sebanyak manakah pengorbanan anda dari segi harta pada jalan Allah.
Mengorhankan harta dan kekayaan bukanlah senang. Tambahan lagi zaman kita ini ialah zaman di mana suatu taraf hidup yang tinggi, keseronokan dan kegembiraan, kepenggunaan dan perolehan-perolehan keduniaan telah menjadi matlamat dan tujuan hidup. Anda mestilah benar-benar berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalamnya.
Abah .... minta ditetapkan iman