Hari-hari terakhir Bulan Ramadhan, kita semua terasa sayu dan terharu. Ramadhan 1427H /2006 akan pergi terus. Dia tak kembali. Pertamanya memikirkan sempatkah kita dengan Ramadhan yang akan datang 1428H/2007. Sempatkah kita dengan kesihatan yang sama, kesungguhan yang sama. tentulah jawabnya bebeda. Umur semakain tua, kekuatannya tidak sama dari tahun sebelumnya. Malah semua perkara jadi tidak sama kerana faktor masanya.
Abah teringat, satu tazkirah yang diikuti Surah Al Asr, surah 103 yang ditunrunkan di Makkiyyah. Dalam surah ini, ALlah SWT bersumpah dengan masa. Mahfumnya 'Demi masa manusia dalam kerugian KECUALI mereka (manusia) yang beriman dan beramal soleh serta mereka yang nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihat dengan kesabaran.
Sesungguhnya manusia sepanjang masa rugi kata ALLah. namun ALlah menegaskan dengan memberi pengecuali manusia yang tidak rugi ini dengan terikat kepada 3 PRA SYARAT. Pertama manusia tidak rugi jika dia dalam kumpulan orang yang beriman dan beramal soleh. Kemudian ALlah lanjutkan syarat kedua manusia tidak rugi jika dia adalah daripada orang yang selalu/acap sering bernasihat(memberi peringatan) dengan kebenaran iaitu kebenaran Islam. Sepanjang masa dalam semua aspek bidang dan medan kehidupannya. Manakala syarat ketiga kata ALLah , manusia tidak berada dalam kerugian dalam hidupnya jika dia bersabar.
Timbul bagi kita, sejak bilakah manusia itu rugi. Kita dapat lihat manusia rugi bermula daripada Alam roh, kemudian di alam rahim. Ruginya manusia bertambah lagi di alam hidupan nya di alam dunia, dimatikan manusia masuki alam barzah (kubur), diteruskan rugi manusia dengan masanya bila berada di alam masyhar dan alam terakhir alam akhirat (syurga dan neraka)
Rugi manusia kerana masa pertama masa alam roh. ALlah jelaskan dalam surah Al Baqarah ayat 30- Perisitiwa dailog ALlah SWT dengan para malaikat, manusia masa itu berada dalam syurga ALlah rasai nikmat ALlah yang tidak terhingga sehingga Adam dikeluarkan bersama Hawa. Bermula manusia rugi. waktu itu ALlah sendiri berpesan kepada Nabi Adam supaya jangan baginda dekati pokok khuldi , pesan ALlah itu sebagai satu kebenaran iaitu kebenaran ALlah. Baginda ALlah pesankan supaya bersabar dengan ujian tetapi kerana hasutan Iblis akhir Nabi Adam kecundang. Rugilah manusia itu bermula semasa ini.
Kemudian, manusia semua hidup pula di alam rahim ibu. Di dalam rahim ibu ALlah SWT pandukan jika manusia tidak mahu rugi sepanjang2 masa jika ibu yang mengandung dia hendaklah memberi makanan2 kerohanian kepada anak yang dikandung. Nabi ALlah berpesan caranya perbanyak membaca Al Quran, berzikir, namun masa manusia oleh kerana terikat dengan nafsu masa ini dia minat tengok filem2 Bollywood, maka tak ada arah anak yang dikandung bila besar kelak akan terarah kepada benda2 seumpama ini, gila dipenuhi dengan gaya hidup yang lara, hiburannya hendonisme dan sebagainya. Jelas manusia rugi kerana masanya terisi dengan program diri seumpama ini.
Seterusnya, manusia di campakkan ke alam dunia, alam ini lebih lama sedikit ada kebiasaan 63 tahun ikut sunnah. Masa menentukan manusia itu rugi. Jika dia tidak beriman , beriman dengan islam dan beramal dengan amalan2 Islam. Sepanjang hidup kita diminta bersosial, berekonomi, berhukum, bernegara dengan Islam. Bila kita ambil selain daripada islam kita akan rugi kata ALlah.
Maka jawap kita, kita tidak bertanggungjawab nak laksana ekonomi, hukum kerana kita tiada kuasa. Bagi ALLah dia menetapkan medan-medan Islam bagi kita. Kalau di seorang ustaz medannya mengajar berdakwah secara formal di peringkat kampung, mukim, daerah dan negara. Mengikut kadar dan tahap kemampuannya. begitu juga dengan kita orang awam yang tiada ilmu, kita medan dakwah beriman dan beramal dalam lingkung setidak2 diri dan ahli kkeluarga jika dah berkeluarga. Begitu juga hak dan tanggungjawab kita memilih pemerintah 5 tahuns sekali itu dikira ALlah sebagai satu tanggungjawab kita beriman ke atau tidak, yakin atau tidak dengan amalan soleh seperti yang dituntut.
Alam seterusnya alam barzah (kubur), pesan ALlah manusia mati 3 perkara ditinggalakan , sedekah jariah dan anak soleh. Masa alam kubur penuh siksaan maka ALlah ingatkan masa ini benda2 yang disebutkan tadilah yang akan membantu. Jika manusia beriman dia akan berusaha membuat persediaan2 tersebut. maka dia akan terselamat dengan apa yang diusahakan.
Pendekata inkuri ALlah kepada manusia , manusia sentiasa rugi sepanjang masa. Itulah Allah utusan para nabi2 dan rasul2, para anbia, alim ulama supaya sentiasa memberi peringatan tentang kebenaran. Kenemaran ALlah ini hendaklah diyakini dan kita dalam kerja buat ini hendaklah bersabar. ganjaran kebaikan totalnya akan ALlah tunaikan di alam akhirat. (tunggulah masa tersebut). bagi manusia yang tidak yakin dengan masa akhirat dapat syurga mereka ini sahlah daripada kalangan rugi. ganjaran orang rugi masuk neraka.
Abah ..... Allahuakbar
No comments:
Post a Comment