Wednesday, October 18, 2006

Pengorbanan dan Disiplin ( Bahagia III)


Pengorbanan dan Kekuatan Dalaman


Pengorbanan akan menghasilkan kejayaan di dalam perjuangan kita melalui dua cara. Pertama, ia memperkuatkan ketahanan rohani dan moral di dalam jiwa dan memperkembangkan kualiti-kualiti akhlak yang amat penting di dalam setiap peringkat perjuangan. Keduanya, ia memperkembang dan menguatkan semangat kesatuan dan kerjasama secara jemaah, memberikan kekuatan dan sumber-sumber untuk melaksanakan jihad di peringkat kemasyarakatan yang lebih luas.

Setiap tindakan dan perbuatan berkorban menyuburkan dan meningkatkan keimanan; kerana ia akan menterjemahkan pengucapan dengan lidah dan keyakinan di hati kepada suatu kenyataan dan hakikat di alam nyata. la mengesahkan dan sekaligus mempertingkatkan kecintaan anda kepada Allah s.w.t. kerana di setiap peringkat dan tahap kehidupan anda memberikan pengorbanan untuk membuktikan kecintaan anda terhadap Allah. Al-Imran 3:172-3; Al-Ahzab 33:22. Ia memperkuatteguhkan kesetiaan dan keimanan anda terhadap Allah, kerana kesetiaan dan kecintaan kepada segala sesuatu yang lain daripada Allah diletakkan di tepi, semuanya dikorbankan demi kesetiaan ini (kepada Allah).


Ringkasnya pengorbanan akan mendekatkan diri anda kepada Allah. Proses ini adalah merupakan interaksi dua hala: lebih kuat dan teguh keimanan; lebih besarlah semangat dan kesanggupan untuk berkorban; lebih besar pengorbanan, lebih teguh dan mendalam pula keimanan.

Pengorbanan adalah perlu bukan sahaja ke arah memeprtingkatkan ke semua kualiti-kualiti moral, tetapi juga ke arah memperkembangkan kesabaran, istiqamah, iltizam, cekal, tabah dan giih. Kesemaunay ini dapat dirumuskan di dalam sepetah perkataan - sabar. Setiap pengorbanan memperkuatteguh kualiti kesabaran, membajai dan menyuburkannya. sabatr akan berfungsi pula ke arah menambah dan mempertingkatkan kesanggupan untuk berkorban seklai lagi proses ini bertimbal balik.
Semua janji-janji daripada Allah, smeua jamnian kemenangan di dunia ini dan balasan akhirat, adalah bersyarat yakni dengan kekuaytan iman dan sabar ( Al Imran 3:139), Al Anfal 8:46, Al Araf 7:137, Al Zumar 39:10) dengan perjuangan dan dengan segala dugaan-dugaan keimanan)
Abah... tazkirah kepada diri sendiri

No comments: