LaNH menulis dalam weblognya
Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi (Durga Pooja, Lakshmi Pooja dan Deepavali) maka jelaslah ianya ada kaitan secara langsung dengan kepercayaan agama Hindu. Seluruh kakitangan (Syarikat Takaful) Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga perayaan di atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik.
Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut Hindu seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.
Demikianlah sebahagian dari nasihat yang telah dikeluarkan oleh Sdr. Mohd Fauzi Mustaffa dari Jabatan Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad berhubung perayaan agama Hindu termasuklah Deepavali. Bagi saya dengan mengambil kira komposisi masyarakat di Malaysia yang berbilang agama dan berbilang kaum, nasihat tersebut agak tidak praktikal dan boleh mencetuskan fitnah dan buruk sangka terhadap Islam sendiri.
Isu adakah ucap selamat atau greeting khasnya kepada penganut agama yang bukan Islam yang merayakan hari perayaan masing-masing itu boleh melonggarkan aqidah adalah satu isu yang boleh dibahaskan panjang lebar, tetapi sesungguhnya tidak akan membawa banyak manfaat dalam realiti masyarakat Malaysia hari ini.
Dalam BLOG ini saya pernah menulis artikel HAPPY DEEPAVALI UNCLE VELOO sempena perayaan Deepavali tahun lepas, mungkin Sdr Fauzi dan rakan-rakan yang cenderung dengan pendapatnya perlu membacanya. Saya bukanlah seorang pakar agama, tetapi saya penuh yakin seorang ulamak perlu mengambil kira realiti semasa dan impaknya terhadap Islam sebelum mengeluarkan sesuatu pandangan seumpama ini. Bayangkan anak saya yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan. Salah seorang rakan karibnya adalah Dashen, seorang bukan Islam yang mungkin merayakan Deepavali. Saya percaya mereka berdua gembira kerana perayaan masing-masing menjelang tiba. Pasti Dasheen akan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anak saya atau mungkin juga memberikannya kad Hari Raya. Takkanlah anak saya sekadar mengucap terima kasih dan kemudian berdiam diri. Tentu OUT OF RESPECT anak saya juga akan ucapkan Selamat Deepavali kepada Dasheen dan pulang berbuka puasa dan bersolat seperti biasa.
Dan bagaimana pula dengan guru-gurunya yang beragama Hindu? (Saya mengajar anak saya menghormati orang lain, takkanlah dia berdosa jika mengucapkan Selamat Deepavali kepada gurunya?)
Saya kira masyarakat Islam perlu lebih sensitif dan tidak membina tembuk disekeliling kita yang akan hanya mengasingkan kita dari golongan lain. Bagaimana pula dengan jiran-jiran kita contohnya kalau kita tinggal dalam rumah pangsa kos rendah yang berbelas tingkat itu. Takkanlah kita hanya tunduk dan menyepi diri selamba ketika kita lalu lalang di hadapan unit jiran kita yang beragama Hindu yang sedang merayakan Deepavali, pasti sekurang-kurangnya kita melontarkan senyuman dan mengucapkan selamat hari perayaan kepadanya, tidakkah itu nanti mengeratkan lagi hubungan sesama jiran dan hormat-menghormati antara yang berbeza agama?
Takkanlah tiba-tiba kita mahu menyombong diri dan keras kaku bagai batu, begitukah yang Islam mahu? Aqidah memang perlu dijaga, dipelihara dan dipertahankan, namun menghormati seorang kawan dengan mengucapkan selamat kepada hari besarnya bagi saya tidaklah sehingga mengakibatkan saya terkeluar dari landasan Islam melainkan saya betul-betul longgar dan terlalu jahil sehingga tidak dapat membuat pembezaan.
Saya difahamkan isu ini telah dipermainkan seluas-luasnya oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dalam sebuah forum di Chinese Assembly Hall baru-baru ini. Beliau menganggap tindakan ini sebagai suatu bukti betapa tidak tolerannya setengah-setengah penganut Islam terhadap agam lain. Dan kini telah ada seruan dari masyarakat bukan Islam untuk memboikot produk Syarikat Takaful.
Lihatlah betapa tindakan kita telah mengakibatkan mereka yang tidak sebulu dengan kita pantas mengambil kesempatan lalu memburuk-burukkan Islam sedangkan para ulamak dan para pejuang Islam yang prihatin sedang bergelut untuk mendekatkan Islam dengan masyarakat bukan Islam dalam berbagai segi.
Dan dalam pada itu tiba-tiba IKIM pula mengeluarkan kenyataan agar Sdr Fauzi dipecat sahaja dari syarikat tersebut. Ini pun satu malapetaka juga. Sepatutnya IKIM berhujah dan memberi pandangan secara rasional tetapi tidak. Bagi saya tindakan IKIM itu jika tidak setanding mungkin lebih malang lagi dari kenyataan Fauzi sendiri.
Bagi saya Islam sentiasa unggul, ia sentiasa memiliki penyelesaian untuk sebarang masalah dan bukannya mendatangkan masalah. Amat malang dalam pada kita mahu menyibar-luaskan pemahaman Islam dikalangan sesama Islam dan kepada yang bukan Islam, tiba-tiba kita terjerat dengan suasana seumpama ini. Islam itu indah, Islam itu adil dan Islam itu sesuai sepanjang zaman.
Abah .... saya pun ada anak murid Hindu

No comments:
Post a Comment