Maka Peperiksaan Awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dah selesai bagi tahun 2006/1427H. Para ibubapa dah mula congak..congak ke mana nak di arah alirkan anak masing-masing. Manakala warga pendidik pula menarik lepas lega ... bala yang tertanggung atas pundak mereka. Pelajar pula tersenyum riang kalu hok puashati jawabannya, hok tak kena masam berjerut...ada hok satu lagi jenis tak kisah ... Aiman.
Abah sebagai warga pendidik, zaman Islam Hadhari berbangga dengan anak didik. Sebab kita nak mengorangkan generasi ini. Bagi warga Abah yang sealiran zaman keluh mengeluh, bab korban , dikorban dan pengorbanan bagi kome ni tak usah cakap. Bak kata Ustazmuda sekolah Abah, semua orang kate dan mengaku dia aje ada masalah sokmo. Orang lain pun ingat dia juga banyak masalah.
Maka , Abah bukan mende.... nak bincang cetusan hati, sepanjang Abah menjadi warga pendidik. Abah naklah tengok anak didik Abah berjaya. Terutama akedemik dan non akedemik.
Sekolah Abah pulak, pengetua sibuk lah buat pengukuran data imperikal berapa lulus. Kuantiti dan kualiti boleh capai atau tidak. Bagi Abah kuantiiti dan kualiti boleh capai kerana kita kejor dan nak capai dia.
Bagi Abah, index akademik kita sibuk-sibukkan, tapi index akhlak dan moral kita ketepikan. Nak capai pasai index akhlak/moral... tuan-tuan sendiri tahu dan faham. Bebudak kita x pelik lalu sebab sekolah asyik tekan index akademik, mak ayah gitu juga. Masyarakat pun sama.... dia dah diterima sebagai nilai sezaman.
Mu dengan urusan mu, agamamu hok mu... kita fikir fikirkan lah. Maka kita kena ubah dasar pendidikan negara. Bunyi besor tu.... Maka kena buat same-same. Caranya tukor kerajaan lee...
Abah.... Cadang tukar baju hijau, bior demo sakit mate
No comments:
Post a Comment