Sunday, October 15, 2006

Mengapakah Perlunya Pengorbanan ?

Islam: Satu Jalan Perjuangan: (Bahagian 1)

Pertama, marilah kita melihat satu soalan yang mustahak. Kenapakah Islam harus dihubungkaitkan begitu erat dengan perjuangan? Apakah kaitannya di antara satu dengan yang lain? Apakah tidak boleh seseorang itu menjadi seorang Muslim yang baik tanpa melibatkan diri dengan perjuangan yang memerlukan kepada pengorbanan pula? Javvabannyaadalah: tidak. Danalasan-alasannya adalah jelas.

Islam bukanlah sekadar penyataan keimanan yang dibuat sekali seumur hidup. Keimanan mempunyai dimensi yang sangat luas. la memerlukan suatu reorientasi radikal di dalam kehidupan peribadi dan dunia seluruhnya? Pengakuan ini tidak harus di dalam bentuk pengucapan semata-mata; ia mestilah suatu tindakan yang menyaksi dan kemudian membuktikan bahawa seluruh kehidupan disesuaikan dengan penyataan keimanan tadi. Anda memasuki Islam dengan melafazkan Syahadah (memberikan kesaksian). Tetapi anda boleh hidup di bawah naungan Syahadah cuma bilamana anda secara berterusan melakukan Syahadah. Al-Baqarah 2: 143; Al-Hajj 22: 28. Melaksanakan Syahadah akan membawa anda ke dalam suatu pertarungan dengan tuhan palsu samada di dalam atau di luar diri yang tidak akan ada sempadan dan penghujungnya. la sekaligus memerlukan suatu perjuangan berterusan untuk membina dan membentuk semula diri dan masyarakat bersesuaian dengan apa yang telah disyahadahkan.

Menjadi Muslim menghendaki anda menjadi Muslim yang hakiki. Menjadi Muslim setelah benih keimanan telah disemaikan di dalam hati, melibatkan dua proses utama: Pertama, rnengajak diri sendiri, dan kedua, mengajak manusia sejagat agar hidup bernaung cuma di bawah Kedaulatan ALlah Yang Maha Esa. Kedua-duanya berkaiterat di antara satu sama lain, kedua-duam a harus dijalankan secara serentak.

Menyeru manusia sejagat bukanlah suatu seruan yang pasif. la adalah suatu panggilan dan seruan aktif, proses yang dinamis sekaligus berupa suatu pergerakan. la mesti melancarkan jihad dengan segala tenaga dan kekuatan yang ada agar semua yang bathil yang menuntut kedaulatan taghutdtoncurkan, penindasan, kezaliman dan korupsi dikalahkan dan keadilan iill flirt k in di kalangan manusia sejagat. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah s-a-w. di dalam hari-hari pertamanya di Mekah mengisytiharkan:

"Terdapat orang-orang yang sebelum kamu yang ditangkap kemudian sebuah lubang akan digali yang ke dalamnya ia akan dilemparkan,, gergaji akan di bawa ke atas kepalanya dan ia akan digergajikan dibelah dua, dagingnya akan diasingkan daripada tulangnya dengan sisir besi tetapi tidak ada sesuatupun yang boleh memalingkannya daripada agamanya. Demi Allah, Ia akan menyempurnakan risalah ini sehingga akan muncul seorang pemgembara yang menunggang dari San'a ke Hadramaut dan dia tidak akan takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah dan tidak, akan khuatirkan apa-apa melainkan terhadap serigala yang mungkin memakan ternakanya". (Bukhari).


Jalan Mam dengan demikian tidak boleh merupakan jalan yang lain melainkan jalan perjuangan dan pengorbanan.

Seseorang itu mungkin berhujjah: Bukankan Islam in anger ah Allah? Ya, memang benar. Tanpa pertolonganNya dan iradatNya nescaya kita tidak akan berjalan di atas jalan yang lurus ini (Siratul-Mustaqim) yakin jalan Islam. Walaupun begitu cuma dengan ketekunan yang bersungguh-sungguh yang disertakan pula dengan keikhlasan niat baharulah kita berhak memperolehi kurnia yang amat besar ini, mempertahankannya, menyuburkannya dan seterusnya memperolehi manafaat yang penuh daripadanya. Anugerah ini. tidak syak lagi, cuma diberikan mengikut kepemurahan dan IhsanNya, tetapi ianya bukanlah tanpa sebarang syarat. Andainya diberikan juga samada seseorang itu mahu atau tidak, diusahakan atau tidak, tentulah ia akan menjadi suatu yang murah, tidak berharga. Inilah sebabnya mengapa Al-Quran menyebutkan: Allah "memberikan petunjuk kepada orang-orang yang kembali mencari petunjuk) kepadaNya ". (Asy-Syuura 42:13). Berpaling kepada Allah memerlukan kedua-dua niat dan usaha; ia juga memerlukan penjauhan diri dari semua Tuhan-Tuhan yang bathil selain dari Allah. Ia adalah satu perubahan yang menyeluruh dari segala arah dan matlamat dalaman atau luaran. Hasil dan kejayaan adalah bergantung kepada usaha; “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”. (Al Ankabut : 29:69)
Abah .... mohon Allah campakkan roh pengorbanan kepada ku

No comments: