Sunday, October 15, 2006

Memada dan berpada-padalah kita ........!!!!

Ingatan dan peringatan nabi sejak 1427 tahun lalu, bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 puak. Peringatan ini lamah dah, iktibarnya walaupun nabi sendiri berpesan , manusia atas sifatnya manusia tidak akan puas sebelum dapat memuaskan hatinya.
Muktahir ini, bagi yang berminat dan yakin dengan agama, atas keyakinan mereka itu, mengaku akan dia sebagai nabi. walhal nabi dah berpesan sesudah baginda tidak ada lagi nabi. Dinegara kita hal ini tidak terkecuali.
Begitu juga dengan ahli politik mereka yang berjuang atas kelompok mereka, samada kelompok itu dinamakan UMNO ke, MCA ke, MIC ke, Gerakan .Kebelakangan ini tercuit dengan angka 45 peratus ekuiti ekonomi Malaysia dah tercapai. Maka medai arus perdana 'mainkan' lagu ini. Timbul dan keluarlah tulisan berbentuk saranan yang mewakili ramai pihak dengan hujah dan alasan tersendiri. Perasaan rakus ini bagi mereka yang mengaji agama ibarat Allah jelaskan nafsu serakah manusia yang digambarkan tidak cukup sokmo dalam kitabnya, antara mafhumnya, jika akau beri emas sebesar bukit Uhud nescaya manusia akan rasa tidak cukup, ia mahu satu bukit Uhud lagi dan seterus terusan begitu.
Justeru, atas sifat mengawal kelemahan itu Allah turunkan agama sebagai satu bentuk kawalan dalaman dan luaran. Bagi manusia beragama dan yang berpegang dengan agama, tentulah angka2 yang diletakkan itu tidaklah sampai mencemaskan dirinya. Kerana hidup bukan penamat dengan apa yang dicapai atas alam dunia, kerana manusia beragama khususnya Islam akan lalui alam-alam seterusnya. Kemuncaknya adalah Mahsyar.
I
nsaflah dan berpada-padalah, menjadi tanggungjawab kerajaan yang berpegang dengan Islam sepenuhnya, jalankan pemerintahan manusia Islam dan bukan Islam biar nampak mereka itu puas dan berpuashati. Jika paksi pemerintahan sesebuah negara itu atas dasar bangsa ke, sosialisime, komunisme, manusia tetap selama-lama tidak akan berasa puas dan berpuashati.
Oleh itu, kembalilah kita, insaflah dalam bulan yang mulia ini, jadi-jadilah yakinlah kita tidak ke mana dengan benda yang dikejar ini.
Abah... renungan dan motivasi diri . Sampaikan seruan Islam dan Islamkah Pak Keng Yik

No comments: