Thursday, May 27, 2021

PAS : PANDANGAN MSO

 




Wednesday, May 26, 2021

Pas lebih berkesan jadi pembangkang daripada jadi kerajaan?

ANALISA

KEADILAN itu bukan bererti sama rata, seperti 50 : 50, tetapi adil itu berada ditempatnya dan memberi natijah yang baik. Itulah prinsip keadilan sejati. Apabila Pas tidak berjaya menjadi kerajaan walaupun ia ditubuhkan lebih 70 tahun, tetapi keberadaan Pas sebagai pembangkang lebih bererti dan diterima oleh umum berbanding parti itu menjadi suku daripada kerajaan 2L1G kini. 

Perbezaan dari segi peranan dan fungsi Pas semasa menjadi pembangkang dengan menjadi suku daripada kerajaan 2L1G jelas dan jauh bezanya. Ia boleh dianalisa satu persatu tanpa prejudis atau taksub apa lagi irihati serta niat jahat. Tengok dan tilik secara adil dan rasional.  

Pas dilihat komited, serius dan rajin memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan serta berusaha untuk menegakkan prinsip Islam sewaktu jadi pembangkang sejajar dengan apa dimaktubkan dalam kitab hidupnya - perlembagaan parti. Suara Pas lebih lantang dan kuat ketika jadi pembangkang. 

Namun prinsip itu kian terhakis dan menipis sedikit demikian sedikit apabila parti itu menjadi suku daripada kerajaan 2L1G hari ini. Kuasa dan kedudukan meniruskan, api jihad Pas juga menguncup. Perubahan dan perbezaan semangat jihad Pas ini sebenar berlaku lebih awal khususnya selepas ketiadaan Almarhum Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi.  

Pas juga lebih diyakini oleh masyarakat umum sebagai parti pembangkang daripada menjadi parti suku daripada kerajaan. Pilihan Pas untuk jadi kerajaan tumpangan seperti membunuh imejnya. Penyertaan Pas ke dalam kerajaan yang dibentuk secari curi memburukkan Pas. Nasib Pas seperti orang terkena nangka getah yang dicuri. 

Sewaktu Pas jadi pembangkang orang ramai obses untuk melihat ia menjadi kerajaan dengan mengira Pas akan dapat melakukan lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.  Sudah berdekad orang merasai dan melihat apa yang berlaku dalam kerajaan BN yang ditunggak Umno. Paling menyedihkan amalan kronisme dan korupsi dalam parti itu. Kerana sudah lemau dengan kerajaan itu maka Pas diletakkan sebagai tempat menggantung harapan. 

Peranan sebagai pembangkang.

Kita lihat beberapa peranan atau tanggungjawab dimainkan Pas sewaktu parti itu menjadi pembangkang dalam konteks kerajaan Malaysia yang sungguh menyeronokkan dimana kerana tanggungjawab dan peranan itulah menyebabkan ia muncul sebagai parti masa depan yang menyakinkan sesuai dengan naluri orang Melayu dan Islam. Kerajaan Kelantan semasa dibawah pimpinan Nik Aziz dijadikan model dan impian umum. 

Sebelum Pas menjadi kerajaan orang menghimpun seribu impian dan harapan kepadanya. Kalau dengar kepada bual cakap Pas, parti itu lebih hebat daripada Umno dari sudut keagamaan (Islam) nya. Semua Istilah pentadbiran, pengurusan, politik, pendidikan Pas guna istilah atau terminologi Islam yang lebih sedap dan sinonim dengan jiwa orang Islam berbanding dengan Umno yang lebih mesra memakai terminologi Inggeris.  Bagi Melayu yang kolot dengan menggunakan istilah Arab dan agama itu mereka sudah mengira Pas parti Islam yang tulen. 

Perjuangan Pas semasa menjadi pembangkang.

1. Hukum Hudud. Merupakan piala utama yang direbut oleh Pas. Pas beria berjanji dan berusaha serta mempengaruhi rakyat agar menyokongnya untuk membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan di negara ini. Pas mencanang Hukum Hudud ke seluruh dunia.

Bagi Pas tanpa pelaksanaan Hudud negara ini dalam keadaan batil dan perjuangannya tidak sah. Sampai ada yang membuat fatwa negeri yang tidak laksanakan Hudud penduduknya tidak wajar membayar zakat. Hukum Hudud adalah agenda utama Pas. 

Untuk mencapai hasrat itu juga, Pas jadi kreatif dan agresif menggoreng bertih ratiban kepada Hudud sampai dicadang untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah kemudian membolehkan Hudud dilaksanakan. 

Pas telah membawa usul persendirian (RUU 355) di Parlimen sebagai persiapan ke arah itu. Untuk menunjukkan seriusnya Pas, parti itu menganjurkan kempen menyokong RUU 355 dan mengadakan himpunan RUU 355 di Padang Merbok. Para penceramah dan ustazah Pas menggoring orang ramai dalam ceramahnya sekiranya tolak Hudud, akan jadi kafir.

Bukan main lagi, usaha Pas itu turut disokong oleh Umno. Umno yang selama ini membenci dan melawan Pas turut tergoda sama. Seorang ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Umno menangis (gembira dan sedih) mengenangkan usaha Pas untuk laksanakan Hudud itu. Adun itu malahan berjanji dia akan meletak jawatan kalau usaha menggubal Hudud gagal. 

Akhirnya RUU 355 dapat dibawah ke parlimen atas restu dan janji akan disokong oleh Umno. RUU 355 dibawa oleh wakil Pas dari Marang bernama Abdul Hadi Bin Awang. Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia memberi laluan usul itu dibawa, tetapi tidak dibahas atas kehendak wakil berkenaan juga. Why? 

2. Kerja sama dengan Umno. Sebelum jadi kerajaan Pas juga sedia menjalin hubungan dan kerjasama politik dengan Umno ia dibuat kononnya demi Hukum Hudud. Satu Piagam Mufakat Nasional antara Pas dengan Umno ditanda-tangani di PWTC tanggal 13 Mei 2019. Itulah kali pertama para pemimpin muktabar Pas memijak kaki atas karpet di Dewan Merdeka PWTC. Hudud seperti menjadi tali pengikat kasih antara Umno dengan Pas. 

3. Royalti Petroleum. Pas membuat desakan dan tuntutan untuk mendapat royalti Petroleum khasnya di Kelantan. Tidak cukup setakat mendesak dalam ceramah diadakan kempen dan tunjuk perasaan, Pas membawa perkara itu hingga ke mahkamah menyaman Petronas berhubung perjanjian usahasama carigali Petroleum 1976. Pas beranggapan perjanjian itu menyimpang. Pas rela membayar peguam ternama (Tommy Thomas) untuk mewakili kerajaan Kelantan (Pas).

4. Perjudian. Mendesak aktiviti perjudian dan kilang minuman keras dihapus dan dimusnahkan. Salah satu ialah kilang Carlsberg di Shah Alam menjadi ikonik tentangan Pas dalam isu ini. Pas meratib, dan bertasbeh hari-hari agar kilang arak itu dimusnahkan. Pas memberi gambaran sekiranya mereka berkuasa kilang itu akan dimusnahkan pada hari pertama memerintah lagi.  

Pas juga naikkan sepanduk dan perwakilan menjerit dalam muktamar menuntut agar perjudian nombor ekor, Toto, dan sebagainya dihapuskan. 

5. Bela Anggota Bomba.  Membangkit dan mempersoalkan isu kematian seorang anggota Bomba Mohd Adib. Pas mendesak diberikan keadilan kepada arwah anggota Bomba berkenaan. Desak membuka semula kertas siasatan dan menghukum pihak bertanggungjawab. Dalam mata Pas kematian anggota Bomba itu ada kaitan dengan sikap rasis atau perkauman. 

6. Pakaian Tutup Aurat. Pas mendesak pelaksanaan pakaian menutupi aurat yang patuh syariat kepada wanita. Mendesak pramugari syarikat penerbangan Kerajaan (MAS) mengenakan pakaian tutup aurat. Bersama itu mendesak agar penjualan minum keras dalam pesawat Mas dihapuskan. Bagai Pas aurat sebahagian daripada agenda perjuangan besar. 

7. Tunjuk Perasaan di Padang Merbok. Pas bersama Umno dan Ngo perjuangan Islam lain membuat tunjuk perasaan memperjuangkan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan kempen seputar Malaysia. Turut sama hadir seorang Mufti yang kini Mufti berkenaan menjadi menteri. Usaha dan gerak kerja itu benar-benar merujakan para pencinta Islam, yakin dan percaya dengan apa diusahakan itu.  

8. Tuduh Umno Kafir. Pas mempersoalkan kerajaan Umno dan BN yang mengguna pakai perlembagaan penjajah yang sekular. Dimana penggunaan perlembagaan itu menyebabkan Umno dianggap kafir oleh Pas. Pas kata mereka menentang Umno bukan kerana nama Umno tetapi kerana masih pakai Perlembagaan penjajah. Selagi BN menggunakan perlembagaan itu (tidak pakai Hukum Islam), Pas akan menentang selama-lamanya. 

Kerana Umno dianggap kafir maka sembelihan orang Umno nikah diakad oleh imam Umno, sembahyang dengan imam Umno sebagai tidak sah. Bahkan berlaku ada dua cangkul menggali kubur disediakan di sebuah negeri, satu cangkul untuk kubur orang Pas satu cangkul untuk kubur orang Umno. 

9. Janji Pas untuk tidak bermewah. Pas kata kalau mereka jadi kerajaan para pemimpinnya tidak akan bermewah dan akan menggunakan kereta Proton Saga sahaja sebagai kenderaan rasmi. Mereka akan mengutamakan kebajikan rakyat bukan membuat atau melaksanakan sesuatu yang membazir kerana pembaziran itu perbuatan Syaitan. Mereka berjanji tidak akan meneruskan amalan membazir kerajaan BN. 

10. Kepentingan Melayu.   Pas juga berjanji untuk menjaga kepentingan Melayu terutamanya hartanah, rezab Melayu akan dipulih pada kedudukan asal. I

Itulah antara janji, komitmen dan perjuangan Pas semasa mereka tidak menjadi kerajaan. Tetapi apa jadi setelah mereka menjadi suku daripada kerajaan 2L1G hari ini. Cuba kita tengok dan perhatikan.

1. Hukum Hudud. Sudah senyap tumpas. Sepatah arang tidak kedengaran lagi dari mulut orang Pas. Begitu juga dengan RUU 355 yang diperjuangkan juga sudah tidak disebut lagi. Untuk menjustifikasikan tindakan dan sikap itu, Pas mengakui bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud dalam negara ini. 

Apa yang diberitahu kepadanya sebelum bahawa untuk meminda Akta 355 memerlukan banyak perkara dan rumit, ditolaknya mentah-mentah. Hari ini sebagai hendak menghalalkan sikap barunya Pas mengambil balik apa yang diberi tahu lalu. Pas menjilat balik apa yang diludahinya sebelum ini. 

Walhal dengan menjadi suku daripada kerajaan 2L1G lebih mudah untuk mana-mana wakil Pas membawa RUU 355 ke parlimen, bukan atas nama usul persendirian lagi, tetapi ditukar dengan nama usul daripada kerajaan, apa lagi menteri undang-undang dan hal ehwal Parlimen hari ini daripada Pas bernama Takiyuddin Hassan. Tetapi sayang Hudud dan RUU 355 sudah jadi hikayat dan dibuang ke laut Cina Selatan dekat Marang, Terengganu. 

2. Kerjasama dengan UmnoPas telah memutuskan hubungan dengan Umno dan melihat Umno bukan penting lagi. Umno telah ditinggalkan apabila Pas berjumpa dengan Bersatu dan para pemimpinnya diberi imbuhan dan ghanimah berupa jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC. Persetiaan sehidup semati dengan Umno sudah ke laut Cina berdekatan dengan Dungun, Terengganu. 

3. Royalti Petroleum. Selepas mendapat royalti minyak untuk Kelantan sebanyak RM400 juta, tidak nampak Pas gunakan wang itu untuk keperluan rakyat. Yang nampak adalah para pemimpin Pas bermewah dengan memiliki rumah besar, kereta besar dan tambah isteri sampai tiga. Saman terhadap Petronas juga sudah ditarik balik.  

4. Perjudian. Perkara ini juga tidak menjadi agenda Pas lagi. Apabila Casino di Genting beroperasi di sepanjang PKP tidak ada apa-apa suara bantahan dan kritik daripada Pas. Lidah orang Pas jadi terpotong dan putus. Pemuda mujahid Pas juga sudah kepatahan pedang, kuda mereka juga sudah sakit kaki. Pas jadi tidak reti atau "telor" untuk bercakap mengenai perkara tu. Cabutan perjudian daripada 8 kali semasa kerajaan PH menjadi 22 pada zaman kerajaan 2L1G, Pas juga membisu. Lidah pemuda Pas sudah terjilat air liur syaitan barang kali. 

5. Bela Anggota Bomba. Kematian ahli Bomba, Mohd Adib yang diperjuang dan dibela selama ini juga sudah entah ke mana. Tidak kedengaran lagi mana-mana pemimpin membangkitkan perkara itu. Harapan keluarga arwah Mohd Adib terkapai-kapai tanpa pembelaan Pas lagi. Belum ada sepatah haram penjelasan dan jaminan daripada Menteri Undang-Undang bersabit kes Adib. Kain sepanduk solidariti untuk keluarga Adib juga sudah hangus. 

6. Tutup aurat. Kempen dan kewajiban ini sudah tidak juga kedengaran. Menteri bersangkutan tidak lagi rancak bercakap mengenai penutupan aurat ini. Isu ini juga jadi seperti isu perjudian dan minuman keras. Tidak ada sebotol arak pun yang dipecah oleh Pas walaupun sudah jadi suku daripada kerajaan. Yang mungkin ada arak hanya ditukar ke dalam botol budu sahaja. 

7. Tunjuk Perasaan RUU 355. Tunjuk perasaan untuk memastikan hukum Hudud terlaksana di Padang Merbok juga tidak ada lagi. Pas berdiam diri seperti Hukum Hudud sudah terlaksana. Atau pun ia tidak perlu diperjuangkan lagi setelah berada dalam kerajaan PN. 

8. Tuduh Umno Kafir. Sudah tidak ada tuduhan berkenaan ke atas Umno. Yang tuduh kapir kini adalah bekas-bekas rakannya yang meninggalkan Pas dan menubuhkan parti bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Kalau dahulu Pas menegaskan jangan ambil orang bukan Islam menjadi pemimpin, tetapi hari ini, Pas boleh memberi dan menyeru agar mengundi calon MCA seorang Cina yang belum pun memeluk Islam. Apa yang berlaku dalam Pirake Tanjung Piai, sangat jelas sampai presiden Pas berpantun meminta orang Melayu undi calon Cina masih kafir.  

9. Janji Untuk tidak bermewah. Pas mulanya berjanji untuk tidak bermewah-mewahan seperti pemimpin Umno. Apa yang berlaku hari ini, ambil contoh di Kelantan. Sebanyak 14 buah Mercedes baru dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan para Exco kononnya untuk keselesaan dan keselamatan. Tidak cukup itu dinaikan elaun para wakil rakyat. Pemimpin hidup selesa, tetapi rakyat Kelantan masih minum air paip yang berwarna warni, air pelangi. Ke mana Proton Saga yang dibanggakan sebelum ini? 

Ironisnya wakil rakyat dan pemimpin kerajaan mendapat kesenangan dan kemewahan rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah air kotor yang masih belum diselesaikan. Kononnya masalah air di Kelantan akan selesai dalam tempoh 40 tahun suatu unjuran menggambarkan kelemahan pemimpin Pas. 

10. Kepentingan Melayu. Janji Pas untuk jaga kepentingan Melayu masih disangsikan. Tidak ada pelan pembelaan secara menyeluruh ke atas nasib orang Melayu. Selama menjadi suku daripada kerajaan tidak ada apa-apa perancangan dan agenda diketengahkan Pas untuk tujuan itu. 

Itulah 10 perkara yang boleh dinilai dan dianalisis yang berlaku sekitar Pas sebelum dan selepas menjadi suku kerajaan. Selain perkara disebut itu ada beberapa perkara lagi membawa dan menunjukkan perubahan akidah perjuangan Pas. Sepatutnya mereka yang berpegang (tahkid) dengan apa disebut Pas sebelum ini tidak terus menyokong kerana Pas sudah pun mengubah pegangan politiknya. 

Dua perkara lain yang menyebabkan menjadi perhatian umum kepada parti agama itu, apabila mereka sanggup bersekongkol dengan Umno bagi menjatuhkan kerajaan PH. Tindakan itu dilihat Pas mula berpolitik lebih buruk daripada Umno. Selama ini Pas sangat menyanjung dan menghormati prinsip demokrasi, tetapi akhirnya Pas tidak dapat menahan nafsu ikut sama melakukan apa yang dikeji olehnya selama ini. 

Selain itu apabila Pas menjadi suku kerajaan, ia tambah memburukkan. Pas boleh dimaaf dan dilihat sebagai masih konsisten dengan perangai dan prinsip lamanya. Tetapi apabila Pas juga mula tergila-gila kepada jawatan, disinilah orang mempersoalkan ketulusan Pas. Apa lagi beberapa pemimpin Pas memegang jawatan dalam keadaan yang tidak bersedia menyebabkan Pas itu dilihat memiliki kelemahan fata. 

Sebenarnya apa sedang berlaku sekarang ini, dengan tindakan, perubahan dan politik baru ala Pas matlamat menghalalkan cara Pas yang sedang memusnahkan dirinya sendiri. Proses self destruction sedang berlaku dalam parti itu dan ia sangat membahayakan Pas jika tidak dikenkang.  [wm.kl.10:06 24/05/2021]

Glossori:

Telor = pelek.
2L1G = Lemah, Lembab dan Gagal.

Wednesday, May 26, 2021

OPERASI JUDI GENTING : GANTUNG OPERASI ?

 Operasi Kasino Di Genting Highlands Di Arah Tutup Sepenuhnya Mulai Tengah Malam Tadi

 

KUANTAN - Pengoperasian kasino di pusat peranginan Genting Highlands di Bentong, dekat sini telah diarah ditutup sepenuhnya bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihak polis sudah mengarahkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemantauan dengan segera.

“Walaupun selepas dikaitkan dengan beberapa kes positif Covid-19, buat masa ini memang (kasino) itu masih lagi beroperasi.

“Namun kita akan memastikan pihak terbabit mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Abd. Jalil berkata, kebanyakan premis lain di sekitar pusat peranginan itu sudah menghentikan operasi sejak seminggu lalu.

“Kita tidak mengeluarkan kompaun kepada mereka (pengendali kasino) kerana mereka mempunyai kebenaran untuk beroperasi sebelum ini.

“Kementerian Kesihatan pada 7 Mei lalu telah mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah mengunjungi Genting Highlands dan telah didapati positif Covid-19.

“Namun kita tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan pelancong terbabit mengunjungi kasino terbabit atau tidak,” katanya.

Jumaat lalu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP lebih ketat dikenakan terhadap sektor ekonomi, berkuatkuasa esok.

Difahamkan, operasi pusat perjudian berlesen termasuk kasino terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. #sumber

Saturday, May 22, 2021

PALESTIN: MARI JENGAH PBB

 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (disingkatkan kepada PBB) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya sebagaimana yang ditetapkan dalam piagamnya adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, namun bertukar operasinya ke Kota New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946 sehingga kin


Piagam PBB[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,

DAN UNTUK TUJUAN INI

  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI

Asal-usul dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Tempat persidangan PBB

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di MoscowKaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada PerancisRepublik ChinaUnited KingdomAmerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.m jnkj.

Ibu pejabat[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat PBB di New York.

Bangunan ibu pejabat PBB terkini dibina di sebelah Sungai East (East River), New York City pada tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia dibina di atas tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5 juta, dan direka bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya Le Corbusier (Perancis) yang termasyhur, Oscar Niemeyer (Brazil), dan wakil-wakil daripada banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh Wallace K. Harrison, pengetua Harrison & Abramovitz (NYC).

Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. Sedangkan ibu pejabat PBB yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang terletak di GenevaHagueViennaMontrealBonn, dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu pejabat PBB ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.

Oleh sebab bangunan utama PBB telah lama, PBB adalah dalam proses mengubah suai serta memperbesar bangunan ini. Untuk kegunaan sementara waktu, sebuah ibu pejabat yang direkabentuk oleh Fumihiko Maki telah dibina di antara Jalan Ke-41 dan Jalan Ke-42 (41st dan 42nd Street) di New York.

Struktur organisasi[sunting | sunting sumber]

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

Bagaimanapun, terdapatnya juga banyak agensi khas untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Untuk nama agensi-agensi PBB yang lain, sila lihat bahagian: Senarai badan-badan PBB yang lain.

Perhimpunan Agung[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.

Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

Majlis Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial[sunting | sunting sumber]

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".

Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan[sunting | sunting sumber]

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdekaPalau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace PalaceHagueBelanda.

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat[sunting | sunting sumber]

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

Bahasa rasmi[sunting | sunting sumber]

PBB mempunyai enam bahasa rasmi iaitu bahasa ArabCinaInggerisPerancisRusia, dan Sepanyol. Manakala bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung ialah InggerisPerancis dan Sepanyol (dalam Majlis Keselamatan PBB ia terhad kepada dua bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Perancis sahaja).

Kegiatan

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

Persidangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

  • "Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
  • "Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di CopenhagenDenmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.
  • "Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di BeijingChina, pada September 1995;
  • "Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di IstanbulTurki pada Jun 1996.

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata[sunting | sunting sumber]

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Penjagaan keamanan[sunting | sunting sumber]

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang KoreaPingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

Hak asasi manusia[sunting | sunting sumber]

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan MileniumProgram Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan SeduniaUNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDSTuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa[sunting | sunting sumber]

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:

  • Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;
  • Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Pembiayaan[sunting | sunting sumber]

Kompleks Pusat Antarabangsa Vienna di Austria. Pejabat-pejabat PBB mengambil sebahagian besar daripada kompleks ini.

Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka rela daripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa dan menentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan keupayaan relatif setiap negara, sebagaimana yang diukur oleh statistik pendapatan negara, bersama-sama dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan agensi-agensi khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.

Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu bergantung kepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB mengenakan had maksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember 2000, Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia yang terkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan daripada 25% ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had maksimum ini, tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar (sila lihat: Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah skala taksiran yang diamalkan pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika Syarikat) untuk peruntukan PBB yang biasa bagi tahun 2001 adalah seperti berikut: Jepun (19.63%), Jerman (9.82%), Perancis (6.50%), United Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%), Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).

Rancangan-rancangan untuk agensi-agensi PBB yang khas (seperti UNICEFUNDPUNHCR, dan WFP) tidak termasuk dalam peruntukan biasa, dan dibiayai secara suka rela oleh kerajaan ahli-ahli. Sehingga tahun 2001, sumbangan ini daripada Amerika Syarikat sahaja dianggarkan berhampiran AS$1.5 bilion pada jumlahnya. Sebahagian daripada ini adalah dalam bentuk barangan pertanian yang diderma kepada penduduk-penduduk yang menderita, tetapi sebahagian besarnya masih merupakan sumbangan dalam bentuk wang.

Kritikan dan perbalahan[sunting | sunting sumber]

Membuat reformasi pada PBB[sunting | sunting sumber]



Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuah mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung PBBKofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:

  • penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan hubungan kuasa 1945);
  • menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;
  • menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan
  • mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia.

Kegagalan dalam isu-isu keselamatan[sunting | sunting sumber]

Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidang keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman[sunting | sunting sumber]

Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah menganiayai dan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan Kealpaan Dalaman PBB". [2][3]

Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah diatur kedudukan, termasuknya BurundiCôte d'Ivoire dan Liberia[4]

Keahlian jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.

Skandal Minyak untuk Makanan[sunting | sunting sumber]

Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluan kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim daripada penyiasatan PBB menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq.[5]

Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandal ini.

Senarai badan PBB yang lain[sunting | sunting sumber]

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :

  1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
  2. Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
  3. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
  4. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
  5. Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
  6. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
  7. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
  8. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
  9. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
  10. Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
  11. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  12. Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
  13. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Agensi-agensi sementara termasuk:

  1. Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
  2. Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
  3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)