MGF14122020_PC-TUN-M-DAN-KULI02
Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara selepas cadangannya untuk mewujudkan semula Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak mendapat reaksi positif.

Katanya, Majlis Pemulihan Negara bagi menangani Covid-19, ekonomi, kewangan pendidikan dan sosial dan kata bekas perdana menteri itu.

Majlis tidak diletak di bawah kerajaan tetapi akan lapor secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong dan kewujudan majlis akan tamat apabila negara mencapai kelompok immuniti atau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.

”Majlis in diperlukan untuk memastikan keputusan-keputusan pelan tindakan untuk membantu rakyat dapat dibuat dengan segera dan dilaksanakan tanpa melalui terlalu banyak proses birokrasi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Selain dari empat perkara ini, lain-lain hal tidak akan disentuh oleh majlis dan kerajaan boleh menangani urusan-urusan biasa asalkan tidak menyentuh empat perkara tadi.

Beliau menambah, ahli-ahli majlis akan terdiri daripada pakar-pakar perubatan termasuk ahli psikiatri, pakar-pakar ekonomi yang tidak partisan dan berpengalaman di dalam membantu negara mengatasi krisis, pakar pelaburan yang berpengalaman, penggerak sosial yang telah bukti keupayaan membantu rakyat ketika pandemik, tokoh-tokoh perundangan yang tidak partisan dan beberapa tokoh politik yang tidak bertindak mewakili parti.

Keahlian tidak akan lebih daripada 20 anggota.

Ahli Parlimen Langkawi ini turut memberi jaminan bahawa tidak ada politik dalam Majlis Pemulihan Negara ini.

Tambahnya, mana-mana anggota majlis yang dipilih akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenannya dan ahli-ahli ini akan berkhidmat secara sukarela, tanpa gaji kecuali diberi elaun yang perlu.

”Mereka perlu menganggap perlantikan mereka sebagai satu khidmat negara,” ujarnya.

Dr Mahathir berkata, berbanding penubuhan Mageran pada tahun 1969, keadaan sekarang adalah lebih teruk.

Walaupun ketika waktu darurat diisytihar masalah Covid-19 tidaklah begitu serius, tetapi darurat gagal.

Situasi ini menyebabkan jumlah katil di hospital tidak mencukupi sehingga pesakit terpaksa dikuarantin di rumah.

Malah, ada pesakit yang maut di rumah kerana tidak dapat dirawat, khusus dengan bekalan oksigen.

Selain daripada wabak, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ekonomi merosot dan kewangan kerajaan terhakis teruk.

Pada masa yang sama, politik menjadi kucar-kacir kerana kelemahan kerajaan.

Ini disusuli dengan banyak masalah sosial termasuk membunuh diri.

Tambah beliau, tindakan majlis ini akan dibentang kepada Parlimen namun sebarang percubaan untuk menghapuskan Majlis Pemulihan Negara tidak akan diusahakan oleh Parlimen.

”Yang menjadi masalah politik ialah percubaan merampas kuasa. Malangnya jika kerajaan ditukar, kerajaan baru juga akan menjadi lemah kerana majoriti yang tipis. Tindakan politik hanya akan meneruskan masalah,” katanya. – MalaysiaGazette