Thursday, October 12, 2006

Ubah dan Berubah masa mude-mude...!!!

Rata-rata orang muda-muda mudah menerima. Begitu juga dengan abah, kita bukan pandai tengok cermin. Cermin refleck cepat, kita rata2 lambat refleck dengan situasi. Sesungguhnya barang apa aje yang hok baik sebenarnya generasi muda tak tolak mentah2. La ni...Kerajaan tengah gendangkan lagu Islam Hadhari. Rakyat diminta memiliki minda kelas pertama. Generasi muda sebenor terima belako. Alasanya barulah wawasan , halatuju negara di bawah kepimpinan negara dapat cernaan suntikan modal bukan sekadar modal insan ke pacuan pundak negara maju dan bertambah maju.

Slogan dan program utama ,'rakyat Malaysia harus dan patut berminda kelas pertama,' tak ada cacat-celanya. Macam2 dulu2 slogan kerajaan Bersih, cekap,Amanah (BCA), Kepimpinan Melalui Teladan.Semuanya hebat mengegarkan. Waktu itu Abah, tengah muda ,Abah nampak benda ke arah kebaikan 'lambung' kepimpinan UMNO/BN kerana membawa rakyat Malaysia dengan Program Utama kepada membina sebuah negara bangsa terkelas. Mana ada kepimpinan sebelum itu dapat mencipta slogan yang semurni itu, ditambahkan pula dengan program sokongan nye buku Malay Delima*, abah tabik habih lee...

Sebenarnya, bila dah mula jadi Abah....abah mula berfikir kembali. Abah dua minggu lepas tercuit dengan satu perisitiwa yang menimpa atas anak saudara Abah kat KL, dia ditimpa kemalangan...siasatlah macam edisi siasat, macam mana boleh kemalangan , kan KL banyak lampu isyarat, ramai polis trafic, kawalan 24 jam, lampu jalan terang benderang 24 jam. Daripada penjelasan dia kat abah kate..nya , dia buat kerja part time balik jam 4 pagi, lalu dia ngantuk terlanggar pokok dan terbabas. Abah mula percaya terus aje...sebab abah dilatih gitu dek bapak Abah ..maklumlah orang kampung.

Lepas, tu berborak dengan adik Abah yang berkerja kat KL, kebetulan ada bersama Abah sebab Abah tak tau jalan nak gi ke Hospital Universiti. Kata dia.......abang kat KL kalu pukul 4 pagi tu time kaki-kaki mabuk keluar daripada pub2 balik, sebab tu katanya banyak accident langgar pokoklah, rempuh kedai lah dan macam-macam lagi.

Teringat , Abah kat Ku Nan, Menteri Pelancongan dia nak tambah masa operasi pub dan kelab sampai ke pagi. Eloklah tuu....... teruskan jahanamkan anak bangsa. Kalu gitu dalam filem P Ramlee cuma ada 6 sahaja penjahanam. Tak taulah .....Ku Nan nak lahirkan bangsa jahanam kot...... maaf keras sikit. Dia nak tumpang semangkuk menjahanamkan anak bangsa agak nye.

Macam mana Mawi....


Abah.... suka tengok filem 6 jahanam aje.

No comments: