Pengorbanan akan menghasilkan kejayaan di dalam perjuangan kita melalui dua cara. Pertama, ia memperkuatkan ketahanan rohani dan moral di dalam jiwa dan memperkembangkan kualiti-kualiti akhlak yang amat penting di dalam setiap peringkat perjuangan. Keduanya, ia memperkembang dan menguatkan semangat kesatuan dan kerjasama secara jemaah, memberikan kekuatan dan sumber-sumber untuk melaksanakan jihad di peringkat kemasyarakatan yang lebih luas.
Setiap tindakan dan perbuatan berkorban menyuburkan dan meningkatkan keimanan; kerana ia akan menterjemahkan pengucapan dengan lidah dan keyakinan di hati kepada suatu kenyataan dan hakikat di alam nyata. la mengesahkan dan sekaligus mempertingkatkan kecintaan anda kepada Allah s.w.t. kerana di setiap peringkat dan tahap kehidupan anda memberikan pengorbanan untuk membuktikan kecintaan anda terhadap Allah. Al-Imran 3:172-3; Al-Ahzab 33:22. Ia memperkuatteguhkan kesetiaan dan keimanan anda terhadap Allah, kerana kesetiaan dan kecintaan kepada segala sesuatu yang lain daripada Allah diletakkan di tepi, semuanya dikorbankan demi kesetiaan ini (kepada Allah).
Ringkasnya pengorbanan akan mendekatkan diri anda kepada Allah. Proses ini adalah merupakan interaksi dua hala: lebih kuat dan teguh keimanan; lebih besarlah semangat dan kesanggupan untuk berkorban; lebih besar pengorbanan, lebih teguh dan mendalam pula keimanan.
Pengorbanan adalah perlu bukan sahaja ke arah mempertingatkan kesemua kualiti-kualiti moral, tetapi juga ke arah memperkembangkan kesabaran, istiqamah, iltizam, cekal, tabah dan gigih. Kesemuanya ini dapat dirumuskan di dalam sepatah perkataan: Sabar. Setiap pengorbanan memperkuatteguh kualiti kesabaran, membajai dan menyuburkannya. Sabar, akan berfungsi pula ke arah menambah dan mempertingkatkan kesanggupan untuk berkorban sekali lagi proses ini bertimbal-balik.
Semua janji-janji daripada Allah, semua jaminan kemenangan di dunia ini dan balasan di akhirat, adalah bersyarat yakni dengan kekuatan iman dan sabar (Al-Imran 3:139, Al-Anfal8;46, Al-A'raf 7:137, Al-Zumar 39:10) (dengan perjuangan Islam dan dengan segala dugaan-dugaan keimanan).
Pengorbanan dan Disiplin Jama'ah
Sabar adalah suatu nilai yang amat luas. Satu aspek daripadanya ialah disiplin. Disiplin dan pengorbanan; kedua-duanya adalah berkaitrapat di antara satu sama lain. Di dalam pengertian yang menyeluruh ia meliputi disiplin diri, disiplin rohani dan moral, disiplin organisasi dan sosial ia tidak dapat dicapai melainkan anda bersedia untuk mengorbankan sesuatu yang anda amat cintai. Tidak juga anda mampu mengorbankan sesuatu yang anda cintai atau sayangi tanpa memperkembangkan suatu sikap berdisiplin di dalam diri atau disiplin dalaman. Di samping disiplin, hidup berjama'ah juga memainkan peranan di dalam mengukuhkan semangat dan kecintaan untuk berkorban. Sementara pengorbanan adalah penting ke arah menggerakkan dan mencapai kehidupan berjama'ah yang.penuh berdisiplin.
Mari kita perhatikan mengapa demikian.
Adalah jelas bahawa di samping memperdekatkan diri anda secara individu kepada Allah anda akan memerlukan lebih banyak dan lebih besar pengorbanan dan disiplin diri di dalam mencari keredhaanNya. Tetapi bilamana anda mengambil keputusan dan bertekad untuk berjuang secara berjama'ah untuk membawa dunia ini tunduk di bawah kekuasaan Penciptanya, anda akan dihadapkan dengan tuntutan pengorbanan yang lebih besar. Tanpanya, usaha anda secara berjama'ah itu tidak akan mempunyai tenaga dan mencapai tahap yang dikehendaki, tidak juga dapat anda impikan kejayaan di dalam perjuangan tersebut. "Sesungguh-nya Allah mengasihiorang-orangyang berperang pada jalanNya dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka bangunan tembokyang tersusun kukuh".As-Saft 61:4.
Betapa indah dan tepatnya saranan Al-Quran ini. Kukuh dan teguh, padu dan jitu, tidak goyah dan tanpa sebarang keretakan dan ketempangan, inilah caranya anggota-anggota masyarakat Islam diikat dan disatukan, bersama-sama berusaha dan berjihad pada jalan Allah.
Sekarang bagaimanakah bangunan tembok ini harus dibina? Apakah ia dibina dari batu-bata yang kekal dengan sifat kesendiriannya? Bagaimanakah caranya batu-bata ini dipertautkan menjadi tembok kukuh, pejal dan tahanuji? Satu batu-bata diletakkan di atas batu-bata yang lain atau satu diletakkan bersebelahan dengan batu-bata yang lain, dengan demikian tembok tersebut akan terbina dengan kukuhnya bilamana ia disiminkan, memperolehi ketahanan. kekuatan dan ketinggian serentak. Batu-bata itu boleh jadi kelihatan serupa. sepertilah juga dengan manusia ini, tetapi setiap manusia mempunyai keperibadiannya sendiri. Tidak ada batu-bata yang perlu mengorbankan keperibadiannya. Bahkan kekuatan dan ketahanan diperolehi melalui kesatuan seluruh individu-individu ini yang tampil ke hadapan berganding bahu.
Tetapi di dalam anda membina tembok, andainya setiap batu-bata berkeras mengikut kemahuannya sendiri dan tidak bersedia untuk menerima bebanan yang akan diletakkan ke atasnya atau bersedia menyediakan bantuan bagi batu-bata di bawahnya, andainya batu-bata yang mahu diletakkan di penjuru tidak bersedia untuk dikerat agar muat dengan tempat ia akan diletakkan. satu tembok atau dinding yang pejal dan kuat sudah pasti tidak akan dapat didirikan. Bukankah banyak batu-bata yang terpaksa diletakkan di bawah sebagai batu asas, tidak lagi akan kelihatan (not noticed) bilamana bangunan itu sudah siap.
la berfungsi memikul semua bebanan di atasnya. dan tanpa pengorbanan-nya, bangunan itu tidak akan berdiri menegak burrii. Banyak batu-bata yang terpaksa dipecahkan, supaya dinding yang kukuh teguh dapat dibina.
Tanpa sebarang pengorbanan dari setiap batu-bata. dinding atau tembok kukuh pejal pasti tidak akan menjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment