Wednesday, October 18, 2006

ISLAM DAN PENGORBANAN ( Bahagian II)




Kurnia dan rahmat dari Allah bukan hanya Islam, tetapi Islam adalah rahmat yang terbaik dan paling besar dari Allah ( Al Maidah: 5:3). Allah telah menganugerahkan kita nyawa untuk membolehkan kita terus hidup dan manjalani kehidupan di ala mini dan lebih mustahak dan lebih penting lagi ialah bahawa Allah telah memandu kita kea rah keimanan dan telah menunjukkan kita kehidupan yang bermakna dan mempunyai arah tujuan.

Arab tujuan dan matlamat tersebut ialah untuk hidup demiNya sahaja, untuk berusaha dan berjihad demi mencari keredhaanNya hatta untuk mati di jalanNya. Tidak sekali-kali untuk hidup seperti haiwan diperanakkan, makan dan minum, beranakpinak dan akhirnya mati. Kita sebaliknya hidup dengan penuh bermakna. Kehidupan tidak sekadar masa yang begitu cepat beredar, peralihan waktu dan lantas menjadi detik-detik sejarah yang cuma berakhir dengan kematian tetapi kepada kehidupan yang terangkat kepada suatu yang abadi. Kehidupan ini tidak lagi diarahkan setakat mengumpul dan menghimpunkan rahmat dan keindahan di sekitar'dunia ini, bahkan segala keindahan dan milik keduniaan ini akan digunakan untuk memperolehi manafaat yang lebih menjangkaui keterbatasan masa di dunia ini untuk dinikmati di dunia yang lebih abadi (yaumul akhirat), adakalanya dengan mengguna dan menafaatkan, daft adakalanya pula dengan menyedekahkannya.

Kalaulah perkara-perkara biasapun di dunia ini tidak dapat diperolehi tanpa usaha dan kesungguhan, memperolehi suatu kehidupan yang penuh makna dan bermatlamat tentulah memerlukan suatu usaha yang lebih gigih dan bersungguh-sungguh. Ciri dan kehebatan perjuangan dan pengorbanan mestilah berkeseimbangan dengan tingkat matlamat dan cita-cita yang mahu dicapai itu.


Dan apakah matlamat dan tujuan kehidupan yang lebih bermakna, lebih berharga, lebih penting dan lebih mustahak daripada berusaha untuk membawa seluruh manusia sejagat keperibadiannya. persekitarannya, masyarakatnya, dunianya ke arah jalan Allah. Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, sekadar dengan mengharapkan, mendoakan. mengimpikan, berbicara dan berslogan, bagaimana mungkin kita mencapai matlamat yang kita tetapkan ini? Kalaulah sesuap rezeki itu tidak dapat diperolehi tanpa usaha, apakah Allah akan memberikan rahmat dan kurniaNya yang terbesar kejayaan di dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan di hari akhirat melainkan kita membuktikan bahawa kita sebenarnya layak untuk memperolehinya? Kecuali kita mempamirkan betapa pernyataan keimanan kita sebenar-benarnya berakar-tunjang di dalam jiwa kita dan bahawa kita sesungguhnya benar di dalam dakwaan keimanan kita, dan kita bahkan bersedia untuk memberikan pengorbanan apa sahaja seperti yang dituntut daripada kita. Al-Quran menyebutkan mahfumnya2:-

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah, orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar". (Al-Imran 3:142).


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan .......... "(Al-Baqarah 2:214).

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman ", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kamitelah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". (Al-Ankabuut 29: 2-3). 3."

Ini tidaklah bermakna Betapa pun besar dan hebatnya usaha dan pengorban­an kita tidak bermakna ianya sepadan dengan kurnia dan rahmat Allah s.w.t. kepada kita walaupun kelihatan menerusi tenaga dan usaha kita menyebabkan kita memperolehi makanan dari hasil pertanian kita, tetaplah kurnia Allah lebih besar dari usaha dan pengorbanan kita. Demikianlah juga sebesar manapun pengorbanan kita di dalam perjuangan pada jalan Allah, tetaplah manafaat dan rahmat yang Allah kurniakan samada dari segi manafaat untuk individu, Ummah Islam dan juga manusia sejagat lebih besar dari pengorbanan kita. Walau bagaimanapun kita hendaklah membuktikan walaupun di dalam keterbatasan kemampuan, kita tetap bersedia bukan sahaja untuk membuktikan keimanan di dalam perjuangan ini tetapi juga untuk berjihad dan berkorban apa yang kita sayangi dan kasihi untuk perjuangan yang kita dukungi.

Inilah sebabnya, di dalam Al-Quran, Iman itu diletakkan bersebelahan dengan 'amal saleh dan hijrah dan jihad. Bahkan merekalah (yang beriman,beramal, berjihad dan berhijrah) yang dianggapkan benar-benar beriman dan menepati kesaksian mereka, lantaran tanpa ragu-ragu dan syak, berjihad pada jalan Alah dengan harta dan nyawa mereka (Al-Hujurat 49: 15).


Perjuangan dan jihad seperti yang telah dihuraikan di atas boleh dilaksanakan di dalam dua peringkat. Peringkat individu, iman mengehendaki seseorang itu untuk tunduk patuh kepada Allah, bahawa seseorang mestilah mencintai Allah lebih daripada segala-gala yang lain. “ Orang-orang beriman amat mengasihi Allah lebih daripada segala-galanya”( Baqarah 2:165). Dengan lain perkataan, iman mensyaratkan bahawa tidak ada sesuatu pun ynag terlalu berharga untuk dikorbankan demi memperolehi keredhaan Allah SWT.

Tetapi di peringkat jemaah, perjuangan dan pengorbanan dituntut, demi menyeru seluruh manusia sejagat untuk bernaung di bawah Tuhan yang Maha Esa. Selalunya, Al Quran menggambarkan perjuangan ini sebagai Jihad. Iman mentut keengkaran terhadap semua tuhan-tuhan yang palsu, bangun menentang semua kekuasaan kuruf, kezaliman dan kebathilan. Jihad adalah perlu untuk menghapuskan semua pemberontakan terhadap Allah. Ia memerlukan pengorbanan berlainan yang berbeda daripada apa yang dikehendakki untuk mengawal nafsu diri sendiri.

No comments: