MUSLIMAT
Wahai pelajar – pelajar muda
Apa yang dikejar
Mendung di angkasaraya
Penyakit gila-gila
Hidup sia-sia bangkai bernyawa
Hidupmu bertuah
Besarmu ditatah
Dewasamu barakah
Matimu endah
Jasamu diolah
Menjadi perawan bias pujaan
Menghadapi runtuhan syaitan
Masanya tiba menjadi mak wan
Apa persediaan ?
Lamunan tanpa menjadi kenyataan
Menuntut ilmu memang berbulu
Lumrahnya begitu
Ikut nafsu otak beku hati kelabu
Panduan iqra di puncak ilmu
Arahan dari Tuhanmu
Mahu dunia dengan ilmu
Tuntut akhirat dengan ilmu
Menempah hidup dengan ilmu
Syariah aqidah akhlak bertemu
MOKbI
011099
MUSLIMIN
Puncakmu mukminat
Nalurimu ummahat
Doronganmu dihajat
Perjuanganmu berkat
Anak dikelek
Suami ditilik
Fail dibelek
Tamrin usrah jangan pelik
Mengisi dada yang masih cetek
Mana gincu mana kosmetik
Semuanya tiada perlu
Hanya masa tertentu
Untuk menawan kalbu
Melepas rindu kecemerlanganmu
Menawan taulan dan lawan
Teruskan perjalanan
Duri dan ranjau bukan halangan
Untuk mencapai bulan di awan
Lalui perjalanan tanpa penat
Liku dan onak menjadi nikmat
Malas irihati , dengki tidak ada tempat
Tunaikan keji dan umpat
Keredaaanku dan keredaanmu perlu diikut
Keredaan jemaah perlu ditambat
Kerdaan illahi terus dihambat
Layaknya tarafmu mukminat
Nukilan pena:
MOKbI
PILIHANRAYA
Kau datang juga
Esok atau lusa
Entah bila
Tidak dapat disangkal
Hanya bersedia
Dengan peka
Kau datang tidak menentu
Arahan dari HANTU
Yang memburu
Disegenap penjuru
Mesti dinanti dengan cemburu
Kadang-kadang kau dating mengejut
Sperti orang sakit perut
Kerana takut
Pengaruh merosot
Untuk membuncitkan perut
Kau dating dengan seribu helah
Untuk mengalah jaga-jagalah
Eh.. itu semua kami tak kisah
Kami bersedia dengan gagah
Awalnya empat, akhirnya sepuluh – tengahnya lapan
Hujung tahun sembilan puluh
Itulah kebanyakkan ramalan
Mana persediaan
Jangan pasang angan-angan
Mana pendaftaran
Cukupkah kewangan
Kemaskah pentadbiran
Jelaskah penerangan
Sudah ramaikah
Mana cula
Mana tamrin pekerja
Mana usaha sepanjang masa
Tanpanya menang tidak bisa
Jangan asyik dengan jangka
Musuh bersedia dengan jerangkap samar
Persediaan kita masih samar-samar
Musuh menyamar
Kita tawar menawar
Hapuskan kelamumur
Musuh menangguk di air keruh
Kita masih berkeruh
Musuh besar pengaruh
Kita banyak buruh
Dulukan bongkar sauh
Jihad diteruskan
Kerja dikuatkan
Cakap dikurangkan ukuwwah dieratkan
Raih kemenangan dan keredaan
GURU PASTI
Kau guru
Kau ibu
Kau pemandu
Malas, culas, tiada berbisa
Getik, ngeri sudah tiada
Jemu bosan tak pernah melanda
Sombong kasar tidak bertakhta
Semua lunak menjadi penawar
Air kencing, shit menjadi mainan
Hingus dihidung tak pernah disimpan
Hanyir, busuk bukan halangan
Bingit telinga tak pernah bosan
Semuanya menjadi kebiasaan
Tugasmu dinanti
Belaian mu dipuji
Sayangmu dihayati
Jasamu sentiasa dihargai
Baktimu diingati sepenuh hati
Kehidupan berterusan
Masa berpanjangan
Memenuhi harapan
Tinggi di awan
Menjangkau bulan
PASTI
Kau sudah tentu maju
Jangan takut hantu
Singsing lengan baju
MOKbI
Nukilan:
MOKbI011099
(sahabat lama yang telah kembali ke rahmatullah2004)
No comments:
Post a Comment