Sunday, August 03, 2014

Bila MSO bermadah dengan tulisannya tentang PR


Nasib PR terjawab dalam tempoh tujuh hari dari sekarang

KETUPAT MANIS KETUPAT LEMAK                                           

Pemimpin Pakatan melafaz ikrar. Foto Mso.
Kehilangan pesawat Mas MH370 bersama 239 dan bencana menimpa MH17 yang mengecaikan 295 penumpangnya tidak lagi menjadi sebutan dan sesuatu yang difikirkan. Kehilangan MH370 yang sudah memakan masa lima bulan, sudah dipasrahkan begitu sahaja.

Pun begitu juga dengan berkecainya MH17 dimana pengecaman mayat masih dilakukan, tidak lagi menjadi topik perbualan, dan minat ke atas kedua peristiwa itu juga tidak penting. Kecualilah waris warah mangsa ke atas kedua-dua kejadian itu. Di desa dan kampung-kampung juga orang tidak ramai menyebut dan mengimbau kepada dua tragedi itu, ia seolah sudah dialpakan dengan meletak ianya sebagai takdir Allah sepenuhnya.


Pemerhatian umum khususnya dalam kalangan orang politik kini ialah kepada senario politik di Selangor, mengenai jawatan MB negeri itu yang diusahakan untuk ditukar ganti dengan muka baru kerana parti (PKR) telah hilang kepercayaan kepada sang MBnya Abdul Khalid Ibrahim. Penungguan orang ramai apakah rancangan untuk menobatkan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai pengganti Khalid menjadi realiti atau tragedi? Sehingga kini ia masih misteri.

Ataupun keriuhan disebalik menamakan Azizan itu sebagai satu lagi testimoni dilakukan Anwar terhadap sejauh mana kematangan dan kelicitan berfikir orang Malaysia terhadap politik?

Kasus MB Selangor ini berpanjangan, dari sebelum puasa membawa kepada sepanjang Ramadhan dan terheret ke hari ini. Berbagai ulasan, pandangan, tafsiran, tenguran baik dari segi moral politik, undang-undang politik yang menyentuh mengenai masa depan PKR dan Pakatan Rakyat berhubung perkara itu dibuat. Pandangan bukan saja dari sarjana, pemerhati politik tegar, bahkan dari kalangan pemain media baru juga yang ada kalanya sangat dangkal dan cemar mengenai assessment politik turut sama bercakap.

Kewujudan media baru hari ini telah menjadikan isu pertukaran MB Selangor menerawang menjadi kelam kabut serta sangat mencemaskan mereka yang menyayangi Pakatan Rakyat. Ia juga merumitkan keadaan. Musuh PKR dan Pakatan Rakyat tidak perlu berkerja keras lagi dengan meletusnya isu itu. Mereka menjadi serigala atau pun beruang air yang menanti mudiknya anak-anak ikan dari hilir menuju ke hulu di pergentingan untuk ditangkap dan diratah mentah-mentah.

Segala macam nasihat, pandangan, spekulasi tidak mengubah keadaan. Para pemain dan watak utama dalam krisis di Selangor itu terus galak dan excited dengan agenda masing-masing. Ia kontras dengan orang bawah yang bermunajat dan berdoa kepada Allah agar Pakatan diselamatkan. Mereka yang rindukan perubahan ke atas negara obses mengenai hal ini. Para pemimpin seakan degil daripada mendengar segala rintihan dan nasihat.

Khalid walaupu diasak bertubi-tubui dan bertubi-tubi, tetapi tetap tidak mahu mengaku kalah, bahkan dia juga sudah nekad dan mengambil semangat dari slogan atau taglineLawan Tetap Lawan kandatipun sesama sendiri yang akan membawa menang jadi abu kalah jadi arang. Kesungguhan Khalid jelas apabila mencari suaka politik hingga berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sesudah dia mendapat restu daripada presiden Pas.

Begitu juga pihak yang menentang tidak bersetuju dengan Khalid, Mohamed Azmin Ali. Walaupun beliau dilihat lebih diam dan terbuka, tetapi para anak buahnya yang mengharapkan Azmin jadi MB terus memainkan peranan. Serang menyerang sesama sendiri berterusan dan media baru berkebut dan bercepuah dengan lontaran puluru, mortar dan bedilan antara satu sama lain.

Sang hakim pula, Anwar Ibrahim hilang kekuatan dan idea bagaimana untuk meredakan keadaan. Anwar tentu sekali terkaget dengan keliaran dan keliatan anak-anak buahnya. Cadangan agar isterinya Dr Wan Azizan Wan Ismail mengambil tempat Khalid sukar menjadi kenyataan. Apa yang dibayangkan saya, formula itu sangkut nampaknya akan menjadi kenyataan. Dalam menaikkan Azizah sebagai MB, Anwar nampaknya masih mendengar nasihat orang yang sama agar projek Kajang Move digerakkan walaupun projek itu sangat meragukan mengenai dan kemunasabahan dan kesuksesannya.

Kenapa keadaan politik PKR Selangor begitu semrawuk dan kucau barai sekali? Dimanakah punca dan silapnya? Inilah yang patut dikaji dan diselidik sekiranya semua pihak ingin mengatasi masalah itu dan jujur ikhlas untuk berjuang demi rakyat. Tetapi selagi semuanya berpegang kepada benang basah masing-masing ia tidak akan selesai masalah.

Jalan terbaik semua pihak perlu insaf, sedar dan ikhlas dalam janji untuk membawa pembangunan dan membantu rakyat. Kerana kalau ditanya kenapa mereka berperang, semuanya memberi alasan molok untuk kebaikan, menentang kemungkaran dan membela nasib rakyat. Kebaikan apa kalau dunia bakal jadi padang jarak padang terkukur. Kemelut dan perang merebut kuasa sesama sendiri yang natijahnya menderitakan rakyat. Perjuangan sebegini adalah munafik.

Masa masih ada untuk melakukan perdamaian. Mentari politik masih belum naik di sebelah Barat, ertinya pintu taubat masih terbuka. Semangat Aidifitri sepatutnya menginsafkan semua pihak dalam PKR, terutamnya dua anak Ibrahim, Khalid dan Anwar. Kenapa saya kata Khalid kerana beliaulah puncanya. Sama ada tindakan benar dan betul, tetapi kalau beliau akur dengan tuntutan majoriti parti, keadaan akan selamat.

Khalid tidak sewajarnya bergantung kepada sokongan rakyat yang digumba oleh pihak lain termasuk orang yang sering membetulkan songkok dan mengikat sampingnya di pejabat, kerana dia dilahirkan oleh PKR bukan lahir seperti Isa yang dilahirkan Maryam tanpa bapak? Khalid kena insaf tanpa PKR tidak ke mana beliau mungkin beliau kini sudah tidak diingati orang lagi selepas bersara dari Guhtre atau PNB.

Kemelut PKR yang seharusnya diserah dan diselesaikan oleh parti itu secara anak beranak menjadi panjang atau melelahkan lagi apabila ia juga dicampuri sama oleh Pas. Pas tidak perlu mencampuri urusan PKR. Atas perjanjian (konsensus lisan) bahawa MB Selangor adalah untuk PKR, Pas seharusnya memerhati sahaja sebagai seorang rakan yang akan memberi teguran secara berhemah bukannya cuba hendak menangguk di air keruh. Telatah dan sikap sesetengah ahli Pas termasuk pemimpin seakan-akan ada nawaitu tidak baik untuk menahan lukah di pergentingan, menjadikan masalah ini parah. Segelintir ahli Pas harus kawal nafsu tatkala melihat harta rampas perang di hadapan mata.

Sikap inilah menunjukkan Pas tidak mempunyai keperihatian dan semangat setiakawan yang boleh dipertikaikan. Pas tidak semacam DAP. Walaupun ada alasan sendiri tetapi bagi saya Pas tetap kena dipersalahkan. Walaupun ia dilakukan oleh segelintir ahli Pas yang merasakan mereka ideal, tetapi pemimpin tertentu termasuk presiden perlu dipersalahkan kerana kurang bijak dalam melayan dan menangani gelagat anak buahnya.

Semua pihak yang bergeladak dalam krisis di Selangor tidak menyedari mereka digumba dan dihalak oleh musuh tradisi politik mereka, yakni Umno. Umno begitu bijak menyusuk masuk, menyamar sebagai pembela. Segala senjata, peluru dan hujah-hujah (idea psywar) untuk antara satu sama lain berlawanan sesama sendiri dibebalkan oleh Umno. Majalis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah saluran digunakan oleh Umno untuk mengharu birukan keadaan dan mengabui mata rakyat. Malang sekali dua institusi yang cukup suci ini seakan direstui oleh tuan empuntanya Sultan dipergunakan untuk menjadi alat kepada Umno merampas Selangor.

Sepentasnya orang-orang Pas, PKR atau DAP menyedari akan muslihat ini. Pemimpin Pakatan seharusnya lebih bijak daripada pemimpin Umno kalau hendak memerintah Putrajaya. Mereka tidak perlu mudah terpesona dengan peranan musuh ini yang menggunakan nama agama dan bangsa untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Sifat bersangka baik dalam konteks ini tidak tepat dan kena pada masanya. Umno bagaikan persis sebuah jerat yang tidak pernah melupai pelanduk. Manakala Pas dan PKR adalah seekor pelanduk yang sering melupai jerat yang mengekorinya. Sesetengah pelanduk dalam Pas kerana begitu terpesona meragut daunan hingga termasuk ke taman larangan.

Paling merewelkan lagi krisis dalam PKR itu melecer ke luar dan disambar oleh Pas dan memberi kesan negatif. Tanpa dipinta dan diharapkan Pas berpecah dua gara-gara krisis jawatan MB itu. Satu pihak menyokong dan menghormati tindakan PKR mahu menukarkan Khalid atas persefahaman politik, dan sepihak lagi yang tidak bersetuju kerana sudah dipanah dengan rasa keangukuhan disebabkan diulik mimpi bangsawan. Penentangan inilah menghasilkan konflit baru dalam Pas yang kesannya merebak ke seluruh negara.

Kondisi dalam Pas jika tidak diatasi ia boleh membawa bala dan musibah yang membimbangkan. Diharap Abdul Hadi membuat banyak istikharah untuk meletakkan Pas pada tempat sewajarnya.

Seminggu dua ini orang tidak bertanya lemang, ketupat atau nasi himpit, tetapi akan bertanya soal apa yang berlaku di Selangor itu. Orang kini menanti apakah nasib Khalid Ibrahim yang dilihat dihenyah begitu rupa, dan dalam masa melihat bagaimanakah nasib PKR. Ironisnya juga melihat apakah akan terjadi kepada Pas. Kekal dalam Pakatan atau pun mengambil denai sendiri dengan penuh keyakinan kononnya akan dibantu Allah.

Apakah Khalid akan terus kekal menjadi MB, atau ia disalinkan dengan Azizan atau tokoh lain? Dan bagaimana kesudahan dengan kekacauan dan pertelagahan dalam Pas yang membawa kepada soal mazhab dan kabilah, aliran fikrah dan budaya? Semua akan terjawab pada 10 Ogos ini. Di sini saya ingin memberi sedikit indikator kepada permasalahan ini yang seterusnya boleh dijadikan formula untuk melihat masa depan Pakatan Rakyat.

Sekiranya Anwar dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman, dan dalam masa sama Khalid tetap menjadi MB, maka masa depan PKR suram temaram. PKR tidak akan bersemangat. Nasib dialami itu akan turut sama menimpa Pas. Sebaliknya kalau Khalid ditukar walaupun Anwar di dalam Pakatan Rakyat akan terus hidup. Manakala Pas pula kalau majoriti menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB, Pas akan retak yang mungkin akan membawa belah.

Segalanya kini tergenggam ditangan pucuk pimpinan PKR dan Pas. Dipihak PKR tangan yang menggengam jawaban ini ialah tangan Anwar dan Azmin, manakala dipihak Pas tangan yang menggengam jawaban ini adalah tangan Abdul Hadi. Apakah Abdul Hadi akan mengulangi tayangan filem perpecahan Pas yang membawa kepada penubuhan parti baru bernama Hamim pada tahun 1980-an, iya akan terjawab seminggu dari sekarang.

Rakyat yang baik, rakyat yang cintakan damai, rakyat yang ingin perubahan, teruslah berdoa kerana Allah mendengar doa golongan yang daif dan lemah. Ditegaskan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat, bahawa hari ini orang Umno dan BN sedang memegang cangkul, sikul dan sebagainya untuk menggali kubur bagi menguburkan Pakatan. Mereka melihat penyakit dialami Pakatan kini merupakan kanser yang sukar untuk disembuhkan.

Namun yakinlah kepada kepada kata hukama dan juga janji Allah s.w.t. bahawa setiap penyakit itu diturunkan bersama penawarnya sekali. Carilah dan usahalah.[wm.kl.12:09 pm 03/08/14]

Saturday, August 02, 2014

Gaza Oh Gaza .....


Gambar bayi kembar empat yang lahir dari rahim seorang ibu Gaza pada Khamis, 4 Syawal 1435 H/31 Julai 2014  
GAZA CITY (SOL): Pepatah ini sangat tepat untuk Gaza saat ini: ‘mati satu tumbuh seribu’. Ternyata benar, Allah subhanahu wa ta’ala akan memperbaharui dan selalu menambahkan jumlah generasi Palestin dengan jumlah yang sangat signifikan.

Tak dapat dinalar oleh akal sehat manusia, tetapi ini benar-benar kenyataan. Saat perang baru berlangsung 23 hari (hingga hari ini perang sudah berlangsung 26 hari), pihak Kementerian Kesehatan Palestin merilis laporan yang sangat mencengangkan.

Pada saat perang berlangsung 23 hari dengan korban jiwa lebih 1400 orang warga Gaza, namun dalam waktu yang sama juga telah lahir lebih 1400 bayi di Gaza. Allahu Akbar!

Dan, ini bukan pertama kalinya. Pada perang-perang sebelumnya juga terjadi hal serupa. Dari detik ke detik korban jiwa bertambah, tetapi dari detik ke detik juga generasi Palestin selalu bertambah. Subhanallah. Allahu Akbar! (Abdillah Onim melaporkan dari Gaza)

Saturday, July 26, 2014

Pandangan Sisi -MSO terhadap kerajaan PR


Abdul Hadi yang membingungkan

ULASAN MALAM                                                                                

Kenyataan Abdul Hadi Awang yang dilaporkan Bernama hari ini sesuatu yang menyedihkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Pendirian songsang yang diambil Abdul HAdi berhubung politik Anwar Ibrahim bukan pertama kali berlaku.

Abdul Hadi: Sangat mahir fikh politik?
Hari ini Abdul Hadi dilaporkan menyokong Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor. Kenyataan yang bertentangan dan bercanggah sekaligus menempelak Anwar Ibrahim yang ingin menukarkan MB Selangor dengan menamakan isterianya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ulah-ulah sebegitu, percanggahan dan nada tidak seirama beliau dengan Anwar sudah kerap berlaku. Penerimaan Pas kepada Anwar sejak Abdul Hadi menerajui Pas tidak selendik dan seindah zaman Fadizil Mohd Noor menjadi presiden. Mungkin perkelidahan atau percanggahan Pas dengan Anwar tidak akan berlaku kalau pemikiran dan siasah Fadzil dihayati.

Sebelum ini keadaan yang sama wujud beberapa kali dan inilah menyebabkan kenyataan "lailatu qadar" Abdul Hadi itu tidak begitu mengejutkan lagi. Bahkan orang akan merasakan pelik kalau Abdu Hadi tidak koner perahu di hujung pelayaran. Kalau anda seorang penganalisa kepada politik Abdul Hadi tidak akan merasa ganjil sedikit pun, jauh sekali akan terkejut dengan aksi politik fikhnya. Beliau seorang yang tidak konsisten dan selalu berkhilaf dalam politik sehingga merugikan parti.

Sewaktu Anwar Ibrahim melancarkan psywar politik menerusi projek 16 September, disaat orang menyakini dengan projek untuk mengambil alih kerajaan menerusi "lompat parti" itu, dan ia telah mengelamkabutkan pihak UBN sehinggakan UBN terpaksa membawa ahli Parlimen melawat Korea, Pas menerusi Setiausaha Agungnya Mustapa Ali muncul dengan "buah tangan" yang sangat busuk menafikan projek berkenaan.

Mustapa membuat kenyataan umum dalam Harakah menafikan projek 16 September dengan mengatakan projek itu gagal. Kenyataan Mustapa itu kenyataan yang tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan langsung dan seolah-olah satu pengkhiatan kepada strategi politik Anwar. Walaupun ia diluahkan Mustapa tetapi hakikatnya pengkhiatan itu direstui oleh Abdul Hadi.

Selepas itu Pas terus membuat tindakan politik songsang dan mengilankan PKR khasnya Anwar apabila membelakangkan semangat dan janji yang sudah dinyatakan kepada umum untuk menobatkan Anwar sebagai perdana menteri. Sepanjang kempen pilihan raya ke-13 Anwar diistyharkan sebagai bakal perdana menteri. Pakatan telah meletakkan Anwar sebagai PM yang sekaligus menjadi aset atau daya tarikan kepada pengundi agar bersama Pakatan Rakyat.

Menjelang saat pilihan raya umum ke-13 Pas membuat pusingan "U" dengan menukar nama perdana menteri kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Secara senyap-senyap Pas telah bertemu dan berunding dengan Tengku Razaleigh agar menjadi pak sanggup bagi mengganti Anwar. Tindakan dan sikap Pas itu sangat mengilankan Anwar dan gara-gara itu menyebabkan semangat dan mood pengundi jatuh mendadak. Kosentrasi pengundi kepada Pakatan juga musnah dan terganggu.

Ramai orang tidak tahu Pakatan mengalami krisis calon perdana menteri beberapa hari menjelang hari mengundi. Menjadi tanda tanya apakah Abdul Hadi sengaja melakukan ini kerana dengki apabila beliau tidak dinamakan sebagai calon perdana menteri? Beliau memang ada hajat untuk jadi PM apabila semasa berucap dalam muktamar Pas di Kota Bharu menyatakan; syok juga kalau jadi PM.

Dan kenyataan Abdul Hadi hari ini yang memberi sokongan kepada Khalid adalah kesenimbungan sikap politik yang tidak konsisten dan khianat yang diamalkannya selama ini. Kemungkaran ini bukan saja kepada PKR tetapi kepada pemimpin Pas juga. Dua tiga hari lepas timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu membuat kenyataan Pas akan membuat pendirian berhubung cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah itu. Pas bersetuju cuma akan menentukan calonnya dalam mesyuarat tertinggi Pas selepas hari raya.

Kenyataan Mohamad Sabu itu adalah kenyataan rasmi bagi Pas selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden. Mesyuarat itu tidak dihadiri oleh Abdul Hadi, tetapi diganti oleh Mohamad Sabu. Katanya Abdul Hadi telah diberi taklimat hasil mesyuarat berkenaan dan telah setuju dengan sikap yang diambil. Tetapi hari ini alih-alih Abdul Hadi membuat kenyataan songsang yang memalukan Mohamad Sabu dan juga pimpinan Pas lain yang telah menerima konsensus PKR untuk menukar MB Selangor itu. Sikap Abdul Hadi itu menyebabkan integriti Pas sebagai parti Isalam jatuh bercelabak.

Setiausaha Agung Mustapa Ali pun memperakui soal jawatan MB Selangor adalah hak PKR, dan Pas tidak akan menganggu. Jadi apabila hari ini Abdul Hadi menjadi "kemamai" membuat kenyataan songsang meyebabkan semua orang akan jadi bingung kelu dan tidak faham dengan politik Abdul Hadi. Apakah kenyataan itu setelah Abdul Hadi menemui dengan malam seribu malam pada malam semalam?

Kenapa Abdul Hadi berbuat begitu? Apakah dia dipengaruhi kuasa luar yang mengawal minda politiknya? Kenyataan hari ini menjelaskan kunjungan tengah malam beliau bersama Mustafa Ali ke rumah Khalid Ibrahim dua minggu lepas jelas ada motif dan agendanya. Kebenaran akhirnya terserlah juga, semutar serban tidak dapat membaluti bangkai kejahatan apa lagi bila ianya sudah berbau busuk.

Saya tidak mahu "membelebel" panjang mengenai Abdul Hadi ini. Bagi kenyataan sonsang itu kenyataan orang lepas segar demam. Mungkin orang sudah faham pemikirannya atau akan faham selepas semuanya hancur berkecai menjadi debu. Mereka yang taksub dan menganuti pemikiran politik ortodok akan selama-lamanya melihat Abdul Hadi maksum dalam politik.

Cuma saya membuat catatan ini sebagai respons kepada beberap pemanggil daripada penjengok blog saya yang bertanya dan mengeluh kesal dengan kenyataan Abdul Hadi itu. Sejak tengah hari tadi hingga ke saat ini puluhan yang bertanya dan mengemailkan persoalan itu. Semua menyatakan kebingungan serta kekesalan dengan tindakan Abdul Hadi itu dan menganggap kenyataan itu dibuat dibawah sedar politik sihat.

Sama-sama kita tunggu apa yang akan berlaku esok. Kata Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar kenyataan Abdul HAdi itu bukan kenyataan Pas. Jadi ianya bersifat personal Abdul Hadi yang tidak perlu dipegang dengan kemas. Pas bukan hak presiden tetapi hak ahli juga. Alasan Abdul Hadi dia sudah mendapat maklum balas akar umbi samalah dengan bahasa dan kata-kata favouritenya pada setiap kali sessi media massa selepas muktamar; kita ambil keputusan secara "kolektif".

Khabarnya DAP tidak senang dengan kenyataan "mamai" Abdul Hadi itu dan akan membuat kenyataan esok sebagai respons kepada kenyataan Abdul Hadi yang tidak profesional dan jahil mengenai politik. Khabarnya DAP akan meminta Abdul Hadi patuh kepada keputusan majlis presiden yang tidak dihadirinya. Sesungguhnya sikap Abdul Hadi itu boleh memecah belahkan Pas dan meretakkan Pakatan Rakyat. [wm.kl.12:31 am 26/07/14]

Bagaimana nasib kerajaan PR di Selangor ?

Kekalutan dan kekusutan kerajaan PR di negeri Selangor memasuki fasa yang mengusutkan. Bagaimana perjalanan kerajaan pilihan rakyat ini ? Apa pandangan rakyat erhadap isu ini ? Sokongan rakyat adakah masih kekal semacam pada PRU 13 lagi ?

Persoalan-persoalan ini, tidak sukar untuk dirungkaikan ?

Khalid Hargai Sokongan Presiden PAS

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 9:37 PM
  (Ubah saiz teks)
KAPAR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Abdul Hadi pada Jumaat mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Saturday, July 19, 2014

Tragedi MH17 : Satu Jenayah Terancang ...


Tragedi MH17 satu jenayah - PM Australia

ABBOTT


SYDNEY - Tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di Ukraine bukan satu kemalangan tetapi jenayah, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam.
Pesawat jenis Boeing 727-200 itu yang dinaiki 298 orang termasuk 28 rakyat Australia jatuh di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine kelmarin.
Terdahulu, beberapa pegawai Amerika Syarikat berkata, pesawat tersebut kelihatan ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara.
"Ini bukan kemalangan, ini satu jenayah," kata Abbott.
Beliau menyatakan, Menteri Luar, Julie Bishop telah menemui duta Rusia untuk mendapatkan jaminan bahawa Moscow akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebuah badan siasatan bebas yang akan menyiasat insiden tersebut.
"Maklum balas awal Duta Rusia menyalahkan Ukraine berhubung tragedi ini dan saya perlu menyatakan bahawa jawapannya langsung tidak memuaskan," ujar Abbot.
"Kita semua tahu Ukraine dilanda krisis. Kita juga tahu pihak yang patut dipersalahkan berhubung krisis itu (Rusia).
"Alasan Rusia bahawa ia tiada kena mengena dalam insiden ini kerana ia berlaku di ruang udara Ukraine langsung tidak boleh diterima," tambahnya.
Australia kini mendesak satu resolusi penuh oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya satu siasatan penuh insiden MH17 dilancarkan.
"Adalah penting untuk kita tidak membenarkan Rusia menghalang siasatan penuh dan menyeluruh ini supaya kita dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Menurut Abbott, beliau berang dengan tragedi tersebut dan mahu pihak yang bertanggungjawab didedahkan.
"Pesawat ini tidak jatuh kerana kemalangan. Ia ditembak jatuh. Ia tidak terhempas. Ia jatuh ditembak. Dan ia ditembak di wilayah yang dikuasai pemberontak yang disokong Rusia," ujarnya. - AFP

Thursday, July 17, 2014

MP Shah Alam , jangan terburu-buru ....

Kelantangan MP Shah Alam Khalid Samad yang mengkritik secara terbuka atas tindakan MAIS terhadap beberapa perkara di Selangor, mengundang reaaksi balas Sultan Selangor yg murka terhadap beliau.

Khaid Samad sebagai seorang MP yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera menulis kepada pihak istana bagi memperjelaskan maksud dan pandangan beliau selaku wakil rakyat kepada rakyat. 

Sehingga ke hari ini, pihak istana belum memberi reaksi balas. Dan Khalid mengambil tanggungjawab tersebut dengan bercadang untuk melepas jawatan sebagai MP Shah Alam, jika itulah jalan terbaik bagi mengekalkan keharmonian dengan pihak istana. Itupun jika PAS Pusat menginginkan beliau berbuat demikian.

Bagi rakyat kita minta Khalid Samad jangan terburu-buru dengan tindakan. Beliau kena ingat pilihan dan lantikan ke atas beliau adalah pilihan rakyat Shah Alam, beliau bukan dipilih oleh rakyat.

Setidak-tidak beliau kena kekal berada di kerusi berkenaan sehingga habis penggal. Musuh-musuh akan tersenyum dengan tindakan berkenaan, Dan perletakkan jawatan menandakan atau membenarkan diri anda memang bersalah.

Tindakan meletakkan jawatan , adalah bukan jalan pintas ke arah penyelesian isu ini. Melainkan beliau diamanahkan seperti di Korea atau Jepun , feri karam pelajar mati dan beliau menteri bagi portfolio berkenaan, maka tindakan beliau meletakkan jawatan adalah wajar ...

Monday, July 14, 2014

Istana mulakan tranformasi .....

Muktahir ini, PM amat bersungguh-sungguh mahu lakukan tranformasi dalam urustadbir negara. Banyak agensi dan institusi menyahut cabaran berkenaan, Namun ada yag masih terkial-kial melakukan tranformasi

Bagi kita, apa yang palin mengembirkan adalah tranformasi istana kepada Islam. Hal ini berlaku di istana Perak. Dan diharap ia akan menjadi kenyataan sikit masa lagi.




Al-Quran Sumber Rujukan Utama Bagi Pemerintahan & Pentadbiran - Sultan Nazrin Shah

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 8:51 PM
Sultan Nazrin Shah.
  (Ubah saiz teks)
SUNGAI SIPUT: Pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama serta kompas dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa memperoleh rahmat dan reda Ilahi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah.

"Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.

"Dengan keinsafan bahawa setiap perkataan yang diucapkan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar," titah baginda di sini hari ini.

Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak dan merasmikan Masjid Ghufraniah di sini.

Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Baginda mengingatkan seluruh rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru itu, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu berani dan bersedia melakukan pembaharuan serta perekayasaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran supaya roh kitab suci itu berjaya disemai dalam jiwa sekali gus menghargai al-Quran sebagai sumber utama untuk dijadikan panduan.

Titah baginda ini memandangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan oleh majoriti umat Islam ketika ini mungkin antara faktor yang menyebabkan kurangnya pemahaman serta penghayatan selain aspek apresiasi dan aplikasi roh al-Quran dalam hidup insan kurang terserlah.

"Anak-anak diasuh sekadar boleh membaca, anak-anak didorong berlumba untuk segera dapat dikhatamkan. Ada yang digarap potensinya hingga diangkat ke status qari dan qariah terkenal kerana kehebatan cara bacaan dan merdu suaranya. Ada yang berupaya menghafal ayat-ayat untuk kegunaan bersolat dan berzikir, ada yang mendapat rahmat menghafal seluruh kandungan al-Quran," titah baginda.

Titah baginda hanya sebahagian kecil yang melanjutkan pengajian ke peringkat menghafal sementara bilangan yang benar-benar memahami, menghayati dan berupaya memberikan apresiasi sehingga ke peringkat menerapkan roh al-Quran dalam budaya kerja dan budaya hidup adalah lebih kecil.

"Jika mutiara berharga yang terkandung di dasar al-Quran itu mahu ditemui untuk dijadikan pakaian insan, amatlah perlu pengajaran al-Quran memberikan tumpuan lebih utama kepada aspek fahaman, penghayatan, aspresiasi dan amalan," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah bertitah pengajaran dan pembelajaran al-Quran perlu mengatasi peringkat ritualisme, merentasi tahap bacaan dan hafalan selain menegaskan aspek-aspek pemahaman, penghayatan, apresiasi dan aplikasi.

"Pengajian dan pembelajaran al-Quran tidak harus terhenti selepas tamat membaca 30 juzuk, tetapi hendaklah disemaikan budaya mempelajari al-Quran sepanjang waktu, sepanjang hayat," titah baginda.

Titah baginda pemahaman dan penghayatan kepada inti pati al-Quran diharap dapat melahirkan muslimin dan muslimat sejati yang dapat membawa ummah dan negara sentiasa dilimpahi keredaan dan rahmat Ilahi.

Tuesday, July 08, 2014

ASPAN: PKR dan masalah di Selangor ?

Pandangan

Parang bengkok sedang menebas, siapa yang menghayun parang itu?

Jika benar TS Khalid akan diberhentikan kerja sebagai Menteri Besar Selangor, iatidak boleh diselesaikan dengan menggantikan orang lain dalam PKR untuk memegang jawatan penting itu dengan begitu mudah. Pengguguran Khalid itu merupakan kemuncak kepada kemelut PKR dan ia akan membawa masalah sampingan yang leboih besar setelah beliau dilucutkan jawatan itu.

Ia bukan setakat menggantikan dengan Wan Azizah atau Azmin misalnya kerana ia berlaku diatas permainan politik pucuk pimpinan parti itu. Yang bercakap meminta Khalid berhenti ini hanyalah mereka yang di rancang untuk berkata seperti yang kita dengar sekarang. Baik kata-kata dari Rafizi atau pun sesiapa seperti Shamsul Iskandar Akim serta beberapa yang lain itu, ubarat parang bengkok untuk menebas belukar sahaja.

Rafizi dan Shamsul Iskandar itu hanyalah ibarat parang bengkok itu. Yang menghayun parang bengkok itu ialah Anwar sendiri. Maka yang akan menjadi tirus dan nipis mata parangnya ialah Rafizi atau Shamsul setelah begitu hebat hayunan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu untuk menebas Khalid dan sesiapa yang bersama dengan Khalid.

Yang boleh memberhentikan hayunan dan tebasan parang-parang bengkok tadi hanyalah yang menghayun parang-parang bengkok itu, iaitu Anwar sendiri. Jika Khalid ditebas licin maka yang menebasnya ialah Anwar pada hakikatnya. Jika Anwar mahu menyimpan parang-parang bengkok itu mudah sahaja, tetapi Anwar mahukan parang bengkok itu terus menebas belukar yang bernama Khalid itu.

Tetapi berjayakah usaha menebas Khalid ini tanpa menghadapi risiko kepada parti itu sendiri? Kalau hendak menebas atau membersihkan belukar ia perlu di hapuskan urat-urat belukar itu sekali, kerana urat-urat yang masih hidup itu akan kembali bercambah dan merimbun.

Sedikit sebanyak TS Khalid telah membina dan mempunyai sokongan akar umbi yang bertambah kuat. Kenyataan PAS yang parti itu tidak terlibat dengan memaksa Khalid berhenti itu adalah tindakan yang bertepatan, kerana jika timbul penolakan kepada PKR itu ia akan membawa padah kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga. Shamsul Iskandar telah menempelak Khalid yang Khalid menjadi MB itu ialah kerana sokongan parti-parti dalam PR maka Khalid harus akur kepada kehendak PR jika beliau terpaksa berhenti kerja kali ini.

Apa pun dan siapa pun bersetuju dengan kata-kata Shamsul itu tidak penting kerana hakikatnya Pakatan Rakyat telah mendapat kekuatan dengan rekod Khalid mentadbir Selangor dan itu pun sebabnya PAS dan DAP mendapat sokongan padu sehinggakan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu.

Memberi notis berhenti kerja kepada Khalid merupakan usaha yang bukan mudah untuk dilakukan. Jika tidak dilakukan dengan cara yang baik, kehilangan sokongan kepada Pakatan Rakyat di Selangor itu akan terjejas dan ia merupakan peluang untuk UMNO dan BN kembali bertapak kembali di Selangor.

Jika akhirnya Khalid diketepikan maka sesiapa dari PKR mengambil alih akan menghadapi masalah besar. Jika benar ada kejujuran dikalangan komponen Pakatan Rakyat maka sesiapa yang menggantikannya tidak perlu datang dari PKR. Ia boleh datang dari PAS kerana di Selangor PAS mempunyai ahli-ahli legislatif yang mempunyai ketokohan besar. Yang perlu seseorang yang mengambil alih jawatan MB itu seorang Melayu Islam seperti yang dikehendaki oleh undang-undang tubuh negeri Selangor itu.

Saya tidak nampak bagaimana PKR boleh memperkuatkan kedudukannya di Selangor dengan mengalih dan menganjak Khalid Ibrahim. ‘Consequence’ nya dikalangan rakyat akan menjadi besar dan belum tentu ia boleh memperkuatkan PKR jika sokongan akar umbi terjejas. Ia bukan sahaja menjejaskan sokongan terhadap PKR malahan ianya juga menjejaskan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri di Selangor, malahan ia akan juga membabitkan sokongan terhadap PR di seluruh negara sedikit sebanyak.

Tetapi selalunya apabila sudah bergaduh dan bersalah-salahan jarang diantara mereka yang bersalah-salahan itu mahu dan mampu berfikir sampai ketahap itu. Keegoan dan sifat amarah itu susah untuk dibendung dan lazimnya pertubuhan itu akan jatuh merudum akhirnya.

Mungkin dalam PKR itu ramai yang berpelajaran, tetapi harus diingat, dalam politik itu seperti kata-kata orang tua-tua dahulu, ilmu tanpa akal tidak mencukupi. Akal itu lebih penting. Ada perbilangan ‘biar ilmu itu sebelit, asalkan akal itu dua belitnya’. Kita telah melihat dari dulu sehingga sekarang betapa ramainya pemimpin yang berpelajaran yang tinggi  jatuh tersungkur kerana tidak mempunyai ‘wisdom’ yang tinggi semasa memegang kuasa.

Kita yang ramai-ramai di Selangor sedang melihat pimpinan PKR yang mana satu yang lebih, akal atau ilmu semata-mata.
politi ASPAN terhadap kemelut dalaman PRK dan kerajaan PR Selangor....


Sunday, July 06, 2014

CEO dan nasib PM Malaysia..sedih sangat gayanye ..


[TERKINI] Gaji CEO-CEO Dan Orang Pangkat Besar Di Malaysia | INFO TERKINI


[TERKINI] Gaji CEO-CEO Dan Orang Pangkat Besar Di Malaysia | INFO TERKINI |Berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2014, berikut nilai gaji pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia:

orang kaya malaysia

baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

  • Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :
  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong – $3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama – US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon – £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd – AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)
Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu.

Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
  • Elaun Hiburan : RM1,500
  • Elaun Istimewa : RM1,500
  • Elaun Pengangkutan : RM1,500
  • Elaun Telefon : RM900
  • Elaun Pemandu : RM1,200
  • Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Diantara CEO syarikat GLC negara dengan gaji yang paling banyak sekali..

1. NAMA : DATO’ SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH
JAWATAN : CEO TNB
GAJI : RM 1,107,280,00

2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL
JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING
STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51

BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA

Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99.

Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

Benarkah Khalid atau Anwar ?


MB tempelak Anwar kritik Selangor

MB tempelak Anwar kritik Selangor


DARI KIRI: Abdul Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.
"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.

Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.
Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.


"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

Friday, July 04, 2014

Bravo Kerajaan Selangor !!!!

Rakyat tidak faham dengan politik dan kemelut kerajaan PR Selangor. Tetpi fahami dengan permainan politik. Dalam politik musuh boleh menjadi kawan dan kawan pula bolh menjdi musuh. Apa yang rakyat mahu dalam mereka berpolitik, utamakan kepetingan dan kesejahteraana rakyat.

 

 

Selangor Arah Audit Perbelanjaan Peruntukan Program MES

Selangor Arah Audit Perbelanjaan Peruntukan Program MES
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program-program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Tujuan audit ini untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program-program kebajikan yang telah dijalankan sejak 2008. Ia juga bagi memantau peruntukan yang telah dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan dan memastikan bantuan yang diberikan diterima oleh penerima yang benar-benar layak.
Kita menyeru semua ADUN, Pengawai Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan untuk program-program kebajikan MES memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan kerja-kerja audit ini.
Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
2 JULAI 2014

Wednesday, July 02, 2014

Selangor Bonus dan Sebulan Gaji, Najib pula bagaimana , ada berani ?

Dikala kawan dan lawan membelasah beliau kiri dan kanan. Khalid MB Selagor bagi mewakili PR, telah umumkan tentang gaji dan bonus raya kepada kakitangan negri Selanagor. Najib pula bagaimana , ada berani ?


Selangor Umum Bonus Raya Sebulan Gaji

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 6:01 PM
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian bonus itu melibatkan seramai 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dengan peruntukan sebanyak RM32.7 juta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lepas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Jabatan Audit negeri itu akan menjalankan audit terhadap pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri dan pejabat Anggota Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Katanya, tujuan audit ini adalah untuk memudahkan kerajaan negeri menilai keberkesanan program-program kebajikan yang dijalankan sejak 2008, selain memantau peruntukan yang dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan.

"Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan memperbaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini," katanya.

Tuesday, July 01, 2014

Jenayah Intelektual Malaysia : UM jadi mangsa ?

Negara kita sentiasa berada dalam kedudukan berkrisis. Selepas krisis penerbangan, krisis kewangan, krisis kepimpinan, krisis budaya, krisis nilai, dan krisis perlembagaan. Kini, negara berada dalam pula krisis akademik pula. Kedudukan laporan akademik yang dinilai melalui program PISSA dan TISSA negara kita  tidak tersenarai langsung.

Terbaru intelektual di Malaysia dibunuh....

PROF REDZUAN: MALAPETAKA BESAR MENIMPA KEINTELEKTUALAN NEGARA

Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan diarah meletak jawatan. Ini  ‘cerita’ besar yang  boleh menggemparkan negara. Banyak kesan dan implikasi yang boleh ditimbulkan ekoran daripada tindakan yang sebegini. Banyak persoalan yang tidak terjawab yang juga boleh timbul ekoran daripada peristiwa demikian.
Pemberhentian Prof. Datuk Dr. Ridzuan ini memberikan gambaran kepada masyarakt bahawa sesiapa sahaja tokoh akademik yang tidak selari dan sependapat dengan pihak kerajaan akan ‘digugurkan’ dari jawatan. Bermakna juga bahawa professor yang tinggal dan masih berkhidmat di university Malaya khususnya dan di university lain amnya adalah terdiri dari mereka yang semestinya menyokong kerajaan walaupun secara ‘membabi buta’. Sekiranya ingkar maka nasib mereka adalah sama dengan nasib Prof Ridzuan. Mungkin begitu anggapan masyarakat kini.
Mengikut Dato’ Saifuddin Abdullah yang juga telah meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) bahawa Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan. Selanjutnya beliau menyatakan bahawa, "Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.
Ini boleh dianggap sebagai satu malapetaka besar yang menimpa bidang kenintelektualan negara, yang membolehkan seluruh keluarga university terpanggil untuk menyatakan sesuatu mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai kementerian pendidikan bekenaan. Amat tidak wajar pegawai berkenaan melakukan tindakan sedemikian yang pada pendapat ramai telah melakukan ‘saya yang menurut perintah’ secara membabi buta. Apakah pegawai berkenaan tidak langsung memikirkan kesan dan akibat daripada tindakannya itu? Dan yang lebih penting lagi bahawa tidakkah piak yang mengarahkan pegawai berkenaan juga memikirkan lebih juah tentang tindakan yang dilakukan itu.
Yang menyedihkan kita lagi ialah pihak tertentu telah menunjukkan ‘kehebatan’ pada tempat yang salah. Sepatutnya phak Kementerian Pelajaran menunjukkan kehebatan mereka meletakkan University Malaya di tempat yang ke 10 teratas sebagai university terbaik di rantau Asia yang boleh setanding dengan University Tokyo atau National University of Singapore atau University of Hong Kong. Sepatutnya begitu. Apatah lagi apabila mengenangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat peruntukan sebanyak  RM 38.7 billion pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 54 billion. Itu sudah merupakan peruntukan yang cukup besar sedangkan hasilnya tidak ada sebuah university pun di negara ini yang dapat meletakkan diri di tempat 100 teratas ranking university di Asia. Tentulah amat malang sekali. University Kebangsaan Malaysia yang menduduki tangga ke 87 pada tahun lepas telah ‘terjatuh’ entah di mana sehingga tidak tercatat dalam senarai penarafan unviversity itu. Ini merupakan malapetaka yang menimpa bidang pendidikan negara.
Kini timbul pula satu malapetaka lagi ciptaan sendiri.Rakyat tentu akan bertanya. Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Pihak University atau pihak kerajaan. Dan ekoran daripada peristiwa pemberhentian (pemecatan) Prof Ridzuan itu jelas menampakkan bahawa kita menunjukkan ‘kehebatan’ kita di tempat yang salah.
Keadaan di Malaysia kini sudah seakan-akan menjadi keadaan yang berlaku apabila Singapura dilanggar todak dan kaitannya dengan kisah pembunuhan Hang Nadim. Seolah-olah negara kita akan ‘membunuh’ siapa sahaja yang dianggap pintar dan berkata benar dan akan memuja ‘tokoh-tokoh’ yang boleh bertindak ‘ganas’ memecah masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ataupun ‘tokoh-tokoh’ yang boleh memijak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan di Selangor. Mungkinkah begitu pilihan pemerintah yang ada sekarang.
Aku setuju dengan kenyataan Saudara Azmi Sharom selaku Presiden Universiti Malaya's Academic Staff Union (PKAUM) apabila beliau menyatakan bahawa,’It is wholly "unacceptable" if Umcedel director Redzuan Othman was asked to leave his post because of interference from the Education Ministry……If Prof Redzuan were to be removed, it has to be purely on academic reasons. Any other reason, especially if it comes from outside the university, is an unacceptable intervention,….This indicates that the government has no idea what makes a good university, it has no respect for academic autonomy and freedom."
Dan sekiranya dilihat kenyataan YB Lim Kit Siang pula menampakkan satu kenyataan yang agak keras apabila beliau mempersoalkan, "What has Muhyiddin to show in more than a year as the powerful Education Minister gobbling up  the former Ministry of Higher Education, in the field of tertiary education apart from the latest disgraceful episode of interference with and violation of academic freedom resulting in the resignations of Redzuan and Saifuddin from the University of Malaya?"
Tidak mampu aku mengulas kenyataan YB Lim Kit Siang itu kerana aku takut mati tersepit antara dua ‘ekor gajah’ yang sedang bertempur. Sebagai seekor ‘pelanduk’ aku taku mati terhimpit. Cuma aku dapat paparkan keadaan di Korea dan Jepun sekiranya berlaku keadaan ‘malapetaka’ sebegini. Pihak yang bertanggungjawab akan meletakkan jawatan ataupun membunuh diri.
Tidak berapa lama dulu kita telah mendengar kisah ferry karam yang menyebabkan begitu ramai kanak-kanak sekolah di Korea tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada peristiwa itu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan beliau berkaitan dengan peletakan jawatan itu amat menarik sekali.
"As I saw grieving families suffering with the pain of losing their loved ones and the sadness and resentment of the public, I thought I should take all responsibility as prime minister….I offer my apology for having been unable to prevent this accident from happening and unable to properly respond to it afterwards…I believed I, as the prime minister, certainly had to take responsibility and resign."
Kerana bersikap sedemikian rupalah agaknya bangsa Korea dan Jepun begitu maju dalam apa juag tindakan yang mereka lakukan. Bukan sahaja dalam lapangan pendidikan tetapi dalam lapangan bola sepak juga. Kini kedua-dua negara ini telah menyertai pertandingan bola sepak dunia sedangkan pada tahun-tahun 1970an dulu, kedua-dua negara ini pernah ditewaskan oleh Malaysia.
Rakyat Malaysia harus berfikir dan bukan bertindak membabi buta…
abuhassanadam