Saturday, July 26, 2014

Bagaimana nasib kerajaan PR di Selangor ?

Kekalutan dan kekusutan kerajaan PR di negeri Selangor memasuki fasa yang mengusutkan. Bagaimana perjalanan kerajaan pilihan rakyat ini ? Apa pandangan rakyat erhadap isu ini ? Sokongan rakyat adakah masih kekal semacam pada PRU 13 lagi ?

Persoalan-persoalan ini, tidak sukar untuk dirungkaikan ?

Khalid Hargai Sokongan Presiden PAS

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 9:37 PM
  (Ubah saiz teks)
KAPAR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Abdul Hadi pada Jumaat mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

No comments: