Friday, July 04, 2014

Bravo Kerajaan Selangor !!!!

Rakyat tidak faham dengan politik dan kemelut kerajaan PR Selangor. Tetpi fahami dengan permainan politik. Dalam politik musuh boleh menjadi kawan dan kawan pula bolh menjdi musuh. Apa yang rakyat mahu dalam mereka berpolitik, utamakan kepetingan dan kesejahteraana rakyat.

 

 

Selangor Arah Audit Perbelanjaan Peruntukan Program MES

Selangor Arah Audit Perbelanjaan Peruntukan Program MES
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program-program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Tujuan audit ini untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program-program kebajikan yang telah dijalankan sejak 2008. Ia juga bagi memantau peruntukan yang telah dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan dan memastikan bantuan yang diberikan diterima oleh penerima yang benar-benar layak.
Kita menyeru semua ADUN, Pengawai Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan untuk program-program kebajikan MES memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan kerja-kerja audit ini.
Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
2 JULAI 2014

2 comments:

minda sabina said...

Kerja-kerja sebibeginilah yang sangat ditakuti oleh YB-YB yang hendak sangat TSKI turun dari kerusi MB tu sebab mereka tidak dapat habuan-habuan peruntukan yang telah diberi untuk kepentingan rakyat jika adalah lagi seorang macam TSK i nie aku rasa Selangor akan selama-lamanya berada ditangan PR tapi kalau beginailah keadaan yang berlaku aku percaya PR u14 nanti PR Selangor akan bungkus bawa tempurung macam Negeri Kedah, sebab musuh sentiasa jaga dan pemimpin dalam PR pula terlena dan sedang dialam enak bermimpi dengan gila hendakkan kuasa untuk menjadi cepat kaya dengan menipu rakyat konon mereka berbuat demikian untuk rakyat,tunggu dan lihat.

XUMNO said...

Kalau PKR banyak sangat cerita dan songel, dicadangkan TS Khalid lompat masuk Pas.Biar melopong puak2 dalam PKR yang kebulur nak cepat kaya.