Thursday, July 17, 2014

MP Shah Alam , jangan terburu-buru ....

Kelantangan MP Shah Alam Khalid Samad yang mengkritik secara terbuka atas tindakan MAIS terhadap beberapa perkara di Selangor, mengundang reaaksi balas Sultan Selangor yg murka terhadap beliau.

Khaid Samad sebagai seorang MP yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera menulis kepada pihak istana bagi memperjelaskan maksud dan pandangan beliau selaku wakil rakyat kepada rakyat. 

Sehingga ke hari ini, pihak istana belum memberi reaksi balas. Dan Khalid mengambil tanggungjawab tersebut dengan bercadang untuk melepas jawatan sebagai MP Shah Alam, jika itulah jalan terbaik bagi mengekalkan keharmonian dengan pihak istana. Itupun jika PAS Pusat menginginkan beliau berbuat demikian.

Bagi rakyat kita minta Khalid Samad jangan terburu-buru dengan tindakan. Beliau kena ingat pilihan dan lantikan ke atas beliau adalah pilihan rakyat Shah Alam, beliau bukan dipilih oleh rakyat.

Setidak-tidak beliau kena kekal berada di kerusi berkenaan sehingga habis penggal. Musuh-musuh akan tersenyum dengan tindakan berkenaan, Dan perletakkan jawatan menandakan atau membenarkan diri anda memang bersalah.

Tindakan meletakkan jawatan , adalah bukan jalan pintas ke arah penyelesian isu ini. Melainkan beliau diamanahkan seperti di Korea atau Jepun , feri karam pelajar mati dan beliau menteri bagi portfolio berkenaan, maka tindakan beliau meletakkan jawatan adalah wajar ...

3 comments:

Haji Jamaludin Haji Ariffin said...

Dengan Nama Allah SWT
Sepatutnya kita sebagai rakyat kena tanya dengan Sultan Selangor . Adakah Sultan Selangor yang mengenankan ( meluluskan atau membenarkan ) segala tindak tanduk MAIS dan JAIS dalam segala tindakkan????

[O] X said...
This comment has been removed by the author.
[O] X said...

Aku Sayangi yb Khalid Samad.