Sunday, May 16, 2021

PALESTIN: KENALI LEBIH DEKAT

 

Negara Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Negara Palestin

دولة فلسطين (Bahasa Arab)
Dawlat Filasṭīn
Bendera Palestin
{{{coat_alt}}}
BenderaLambang
Lagu kebangsaan: "فدائي"
"Fida'i"[1]
"My Redemption"
MENU
0:00
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2] Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair)
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2]
Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair)
StatusNegara separa diiktirafNegara pemerhati PBB
Diiktiraf 138 negara anggota PBB
  • Ibu negara
  • Pusat Pentadbiran
Bandar terbesarKota Gaza
Bahasa rasmiBahasa Arab
DemonimOrang Palestin
KerajaanRepublik Kesatuan Separa Presiden[5]
Mahmoud Abbasa
Mohammad Shtayyeh
Salim Zanoun
PerundanganMajlis Kebangsaan (Parlimen)
Pembentukan
15 November 1988
29 November 2012
• 
Sedang berlangsungb[iii][6][7]
Keluasan
• Jumlah
6,020[8] km2 (2,320 bt2) (163rd)
• Air (%)
3.5[9]
5,655 km2
365 km2[10]
Penduduk
• Anggaran 2020
5,051,953[11] (121st)
• Kepadatan
731/km2 (1,893.3/sq mi)
KDNK (PPP)Anggaran 2018 
• Jumlah
$26.479 billion[12]
• Per kapita
$5,795[13]
KDNK (nominal)Anggaran 2018 
• Jumlah
$14.616 billion[14]
• Per kapita
$3,199[15]
Gini (2009)35.5[16]
sederhana
HDI (2018) 0.690[17]
sederhana · 119th
Mata wang
Zon masaUTC+2 (Palestine Standard Time)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (Palestine Summer Time)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+970
Kod ISO 3166PS
DPT Internet.ps
  1. Juga merupakan ketua pemerintahan negara [iv]
Kubah di Baitulmuqadis, Ibu Kota Palestin
1 Palestine Pound 1939 Obverse.jpg
Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin
PALESTINE 1900
Pelan Pembahagian PBB untuk Negara Palestin, 1947

Negara Palestin (Bahasa Arabدولة فلسطين‎, translit. Dawlah filastin), atau hanya Palestin (Bahasa Arabفلسطين‎, translit. Filastin) ialah sebuah negara berdaulat[19] [20] di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza[2] dengan Baitulmuqaddis dirancang sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Keseluruhan wilayah yang dituntut untuk Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan kemudiannya Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967[21].

Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi yang merdeka dan mengantarabangsakan Kota Baitulmuqaddis[22]. Pelan pembahagian ini diterima oleh Yahudi tetapi ditolak oleh Arab. Sehari selepas pengisytiharan negara Yahudi di Tanah Israel (Eretz Israel) yang kemudiannya dikenali dengan nama Israel pada 14 Mei 1948[23][24][25], negara Arab yang berjiran serta masyarakat Palestin telah memprotes dan bertempur dengan pasukan Israel[26][27]. Ia dinamakan dengan peristiwa Nakbah.

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir kawasan kepungan yang dikawal Mesir di Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa Kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.

Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.

Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, ia merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB[28][29]. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga ArabPertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

No comments: