Sunday, May 16, 2021

PALESTIN 2 : KENALI LEBIH DEKAT

 

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OICLiga ArabNAM, dan ASEAN telah mengakui kewujudan Negara Palestin. Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Pihak Berkuasa PalestinDeklarasi Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Algiers oleh Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). [30] [3] .

Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 menunjuk PLO sebagai "wakil sah tunggal rakyat Palestin dan menegaskan kembali hak mereka untuk mendirikan negara merdeka yang mendesak." PLO telah mempunyai status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) sebagai "entiti non-negara" sejak 22 November 1974, yang memberikan hak untuk bercakap di Perhimpunan umum PBB tetapi tidak mempunyai hak suara. Selepas Deklarasi Kemerdekaan, Majelis Umum PBB secara rasmi "mengakui" proklamasi dan memilih untuk menggunakan sebutan "Palestin" bukan "Organisasi Pembebasan Palestin" ketika merujuk pada pemerhati kekal Palestin. Dalam keputusan ini, PLO tidak mengambil bahagian di PBB dalam kapasitinya sebagai pemerintah Negara Palestin. Sejak tahun 1998, PLO diatur untuk duduk di Perhimpunan Agung PBB segera setelah negara non-ahli dan sebelum semua pemerhati lain.

Pada tahun 1993, dalam Persetujuan OsloIsrael mengakui pasukan perundingan PLO sebagai "mewakili rakyat Palestin", dengan ganjaran PLO mengakui hak Israel untuk wujud dalam damai, penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, dan keengganan terhadap "kekerasan dan keganasan". Sementara Israel menduduki wilayah Palestin, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo, PLO mendirikan sebuah badan pentadbiran sementara: Pihak Berkuasa Palestin (PNA atau PA), yang mempunyai beberapa fungsi pemerintahan di bahagian Tebing Barat dan Jalur Gaza . Pengambilalihan Semenanjung Gaza oleh Hamas membahagikan wilayah Palestin secara politik, dengan Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas menguasai Tebing Barat dan diakui secara antarabangsa sebagai Pihak Berkuasa Palestin rasmi, sementara Hamas telah menjamin kekuasaannya atas Jalur Gaza . Pada bulan April 2011, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perdamaian, tetapi pelaksanaannya masih terbengkalai.

Hingga 18 Januari 2012, 129 (66.8%) daripada 193 negara anggota PBB telah mengakui Negara Palestin. Banyak negara yang tidak mengakui Negara Palestin tetap mengakui PLO sebagai "wakil rakyat Palestin". Selain itu, jawatankuasa eksekutif PLO diberi kuasa oleh PNC untuk melakukan fungsi kerajaan Negara Palestin [31]

Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza. Ini membuktikan bahawa Palestin mempunyai 2 perdana menteri.

Pemerintah dan politik[sunting | sunting sumber]

Bangunan Majlis Perundangan Palestin yang musnah di Kota Gaza, Konflik Gaza-Israel, September 2009.

Palestin ditadbir oleh sebuah pihak berkuasa bernama Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin atau Pihak Berkuasa Palestin (PNA). PNA mempunyai beberapa kaitan dengan entiti lain seperti Presiden, Majlis Perundangan Palestin dan Kabinet Palestin.

Dokumen penubuhan negara Palestin ialah Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin, dan ia perlu dibezakan dengan[5] Piagam Negara Palestin milik PLO dan Undang-undang Asas Palestin yang digubal untuk bidang tugas PNA.

Badan Pemerintah[sunting | sunting sumber]

Pihak Berkuasa Palestin (PNA) ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo 1994. Ia bertanggungjawab untuk keselamatan dan hal ehwal masyarakat di pusat penduduk Palestin. Presiden PNA (atau juga Presiden Palestin) juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan beliau bertanggungjawab untuk menetapkan dasar. PNA juga mempunyai Perdana Menteri, yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian pemerintah dan berkhidmat di bawah arahan Presiden.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diiktiraf sebagai wakil rakyat Palestin di peringkat antarabangsa dan diurus oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif[32][33].

Badan Perundangan[sunting | sunting sumber]

Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) merupakan badan perundangan di bawah PLO yang mempunyai 669 perwakilan daripada kumpulan politik di Palestin, terdiri daripada 88 orang anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC), 98 orang wakil penduduk di Tebing Barat dan Gaza dan selebihnya wakil penduduk Palestin di luar negara. Yang Dipertua PNC kini ialah Salim al-Za'nun Abu Al-Adib.

Majlis Perundangan Palestin (PLC) pula merupakan sebuah badan perundangan (sama seperti Parlimen) di Palestin. Ia terdiri daripada 132 anggota yang dipilih melalui pilihan raya di 16 wilayah mengundi di Tebing Barat dan Gaza, Palestin.

Statistik mengenai keanggotaan PLC[34]

BilPerkaraJumlahCatatan
1Jumlah Anggota132Tebing Barat (84), Gaza (48)
2Perwakilan Wanita17Tebing Barat (10), Gaza (7)
3Bilangan Menjadi Tahanan10Semua dari Tebing Barat
4Bilangan yang telah meninggal dunia4Tebing Barat (2), Gaza (2)
5Jumlah Anggota Semasa128Tebing Barat

Perwakilan Politik dalam kalangan anggota PLC[34]

BilNama Blok PolitikJumlah Perwakilan di Tebing BaratJumlah Perwakilan di Genting GazaJumlah Asal PerwakilanJumlah Semasa Perwakilan
Perwakilan PartiPerwakilan KawasanPerwakilan PartiPerwakilan Kawasan
1HAMAS (Gerakan Ubah dan Reformasi)17 (3)30 (-1)12 (3)1574 (6) (-1)73
47 (3) (-1)27 (3)
2FATAH18 (5) (-1)11 (-2)10 (3)645 (8) (-3)42
29 (5) (-3)16 (3)
3PFLP - senarai Abu Ali Mustafa213 (1)3
4Gabungan Alternatif (Al-Badeel)

- DFLP, PPP, PDU dan Bebas

2022
6Palestin Merdeka

- PNI dan Bebas

1 (1)12 (1)2
5Hala Ketiga2 (1)02 (1)2
7Bebas1344
Jumlah Keseluruhan84 (10) (-4)48 (6)132 (17) (-4)128

Nota: Nombor dalam Kurungan ialah jumlah perwakilan wanita. Nombor negatif dalam kurungan ialah jumlah perwakilan yang telah meninggal dunia.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Presiden Palestin[35] merupakan Pengerusi bagi PLO. Ia dilantik oleh Majlis Pusat Palestin (PCC)[36] yang merupakan institusi di bawah PLO. Keanggotaan PCC pula dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif PLO.

Jawatankuasa Eksekutif PLO terdiri daripada 18 orang anggota yang dipilih oleh Majlis Kebangsaan Palestin (PNC).

Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO pada 2018[37].

BilNamaPartiJawatanCatatan
1.Mahmoud AbbasFatahKetua

Pegurus Kewangan Negara

2.Kosong[38]FatahSetiausaha Agung

Ketua Jabatan Hal Ehwal Rundingan

3.Azzam Al-AhmadFatahKetua Jabatan Hal Ehwal Arab dan Parlimen
4.Tayseer KhaledDFLP
5.Bassam SalhiPPPKetua Jabatan Hal Ehwal Sosial
6.Ahmed MajdalaniPPSFKetua Jabatan Perniagaan dan Perancangan  
7.Faisal Kamel ArankiALFKetua Jabatan Pembangunan Manusia
8.Saleh RaafatFIDAKetua Jabatan Ketenteraan dan Keselamatan
9.Wasel Abu YousefPLFKetua Jabatan Organisasi Popular
10.Hanan AshrawiPNIKetua Jabatan Diplomasi dan Dasar Awam
11.Ziad Abu AmrBebasKetua Jabatan Perhubungan Antarabangsa
12.Ali Abu ZuhriBebasKetua Jabatan Pendidikan  
13.Adnan Al-HusseiniBebasKetua Jabatan Hal Ehwal Yerusalem  
14.Ahmed Bayoud Al-TamimiBebasKetua Jabatan Hak Asasi Manusia dan Masyarakat Sivil
15.Ahmed Abu HollyBebasKetua Jabatan Hal Ehwal Pelarian  
16Kosong
17Kosong
18Kosong

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Palestin dilantik oleh Presiden. Anggota Kabinet Palestin yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian PNA.

Anggota Kabinet Palestin sejak 2019.

BilNamaJawatan
1Dr. Mohammad Ibrahim Mohammad ShtayyehPerdana Menteri

Menteri Dalam Negeri

Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama

2Dr. Ziad Mohammed Husein Abu AmrTimbalan Perdana Menteri
3Nabil George Audah Abu RudeinehTimbalan Perdana Menteri

Menteri Penerangan

4Dr Riyadh Al-MalikiMenteri Ekspatriat dan Hal Ehwal Luar Negara
5Shukri BisharahMenteri Kewangan
6Dr Mohammad Fahhad Sabri Abdulrahman Al-ShalaldehMenteri Kehakiman
7Dr Ahmad Abdulsalam Hassan MajdalaniMenteri Pembangunan Sosial
8Rula MaayahMenteri Pelancongan dan Warisan
9Fadi Arafat Salim Al-HadmiMenteri Hal Ehwal Baitulmuqaddis
10Ir. Ishaq Muhammad Syarif Abdulhayy SidrMenteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat
11Amal Taufiq Abdulhadi HamadMenteri Hal Ehwal Wanita
12Khalid Zuheir Khalid Al-EsseilyMenteri Ekonomi Negara
13Riyadh Mohammed Yusuf AttariMenteri Pertanian
14Assem Ghalib Hafiz SalemMenteri Pengangkutan dan Perhubungan
15Dr Atef Talal Ibrahim Abu SaifMenteri Kebudayaan
16Ir Majdi Hafiz Abdullah Al-SalehMenteri Kerajaan Tempatan
17Dr. Mohamed Mohamed Salim ZiarahMenteri Kerja Raya dan Perumahan
18Dr Mahmoud Musa Ahmad Abu MuwaisMenteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik
19Dr Marwan Mas'ud Mohammad AwartaniMenteri Pendidikan
20Dr Mai Salem Hana Al-KailahMenteri Kesihatan
21Nasri Khalil Salem Abu JaishMenteri Pekerja
22Osama Hassan Saad Al-SaadawiMenteri Negeri bagi Pemberdayaan dan Keusahawanan
Dr. Amjed Mahmoud Mohammad GhanimSetiausaha Majlis Kabinet
Ibrahim MulhimJurucakap Kerajaan

Galeri

No comments: