Friday, May 16, 2014

Sandiwara Umno di Terengganu, Apa yang rakyat fikir dan dapat ?

Kata dan pandangan seorang kawan, beliau akui antara ketiga=tiga kaum di Malaysia. Orang Melayulah paling pandai berpolitik. Kaum Cina dan India tidak pandai berpolitik kerana politik mereka lurus berbanding dengan politik orang Melayu yang berbelit-belit dan banyak seninya.

Namun katanya, dalam politik wang orang Melayu kaah dan bodoh dengannya. Sebaliknya kaum Cina lebih cekap dan bijak dalam menguruskan kewangan ini.

Justeru, mari kita telusuri pandnagan Pak Aspan dalam tulisanya tentang situasi politik di Terengganu yang terkini, sesudah sandiwara Ahmad Said dan 2 ADUN keluar Umno dan menjadi Adun Bebas kurang 48 jam.



UMNO bergaduh sesama sendiri kerana 'harta rampasan' sahaja, bukan kerana isu negara.

 

Krisis UMNO Terengganu akhirnya selesai. Yang keluar parti telah kembali dan membatalkan tindakan keluar parti. Tindakan ini berlaku agak biasa dalam UMNO. Dalam tempoh dua hari sahaja Ahmad Said, dan dua orang ADUN Terengganu telah kembali kepada UMNO dan kembali ‘bersatu’ setelah Najib memohon maaf kepada Ahmad Said diatas kesilapannya (kata Ahmad Said) yang cuba-cuba hendak menjadi orang tegas dalam keputusannya. Najib telah bertegas tidak mahu menangguhkan tarikh untuk Ahmad Said bersara hanya seminggu.


Dalam rekod ahli parti keluar UMNO ialah dalam kes Datuk Yahya Lampong dari Sabah yang keluar parti tidak sampai sehari dan kembali kepangkuan UMNO semasa pilihanraya negeri Sabah suatu ketika dahulu. Yang agak lama sedikit keluar parti sebelum kembali kepada UMNO ialah Dr Mahathir semasa beliau marah-marah dengan Abdullah Badawi dahulu. Kalau tidak silap saya tidak sampai setahun beliau kembali kepangkuan UMNO setelah Abdullah meletakkan jawatan dan terus memegang nombor keahlian nombor satu.

Keluar masuk dalam UMNO ini sudah menjadi kebiasaan dan mereka yang keluar parti itu akan kembali setelah apa yang mereka tidak berpuas hati itu telah dipenuhi. Dalam kes-kes ini ia mudah diselesaikan kerana mereka bergaduh dan keluar bukan kerana perjuangan dan kepercayaan, tetapi hanya melibatkan isu persendirian. Oleh kerana isu-isunya adalah isu persendirian maka ia mudah diselesaikan kerana berikan sahaja kehendaknya atau gantian kepada sesuatu yang hilang, maka selesailah perbalahan dan kembali bersalaman dan berpelukan.

Yahya Lampong kembali kepada UMNO setelah keluar dari parti beberapa jam sahaja setelah dipujuk oleh pimpinan UMNO. Apa yang menyebabkan pujukan itu berjaya dilakukan, berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat. Yahya Lampong lebih kuat sokongan kepada UMNO setelah kembali kepada parti itu dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ahmad Said juga begitu. Beliau kembali kepada UMNO setelah pucuk pimpinan Najib melalui beberapa orang pimpinan UMNO memujuk beliau untuk kembali. Apakah dia ‘benda’ yang dijadikan alat pujukan itu, tentunya kita akan ketahui tidak lama lagi. Kita boleh lihat, jika ‘benda pemujuk’ itu besar tentulah Ahmad Said akan lebih kuat sokongan beliau kepada UMNO.

Dr Mahathir kembali kepada UMNO setelah kemahuannya tercapai, iaitu bersaranya Abdullah Badawi dari jawatan PM pada tahun 2009 dahulu. Tindakan Dr Mahathir itu juga menjadi senjata serampang dua mata kerana ia memberikan kelebihan kepada Mukhriz dan pucuk pimpinan kita memberikan anak bekas Perdana Menteri itu tempat dalam pilihanraya dan akhirnya menjadi Menteri Besar Kedah sekarang ini.

Semua yang berlaku ini berkisar disekeliling kepentingan peribadi diatas nama perjuangan. Gertak menggertak dalam UMNO ini sekarang sangat efektif kerana kelemahan pimpinan. Kelemahan Najib membuatkan seorang pemimpin seperti Ahmad Said yang tidak ber ‘consequence’ itu penting kepada beliau (Najib) dan memohon maaf kepada beliau (Ahmad Said).

Begitulah budaya dalam UMNO. Budaya ini sudah wujud selama 30 tahun dan ia masih wujud. Mereka tidak bergaduh kerana perbezaan cara dalam perjuangan, tetapi semuanya kerana kepentingan dan ego peribadi sahaja. Itu sebab mudah mendapat penyelesaiannya.

Kalau pergaduhan diantara suami isteri itu selesai kerana memikirkan anak yang sudah besar, pergaduhan dalam UMNO pula selesai kerana ada ‘benda’ yang mahal-mahal diantara mereka yang bergaduh itu. Bahagi-bahagi sahaja ‘benda’ itu selesailah pergaduhan.

Yang letih bertekak dan bergaduh ialah penonton diluar padang sahaja. Yang bermain itu dapat banyak wang ringgit dan menjadi kaya raya, yang diluar padang bergaduh, bakar-membakar kenderaan dan membaling botol dan mendapat kecederaan.

Isu-isu besar negara masih tidak terlerai dan masih terbiar tanpa ada usaha konkrit untuk penyelesaiannya. Pimpinan setiap peringkat masih bergaduh sesama sendiri dalam hal-hal ‘harta rampasan’ perang yang tidak berkesudahan.

No comments: