Thursday, May 22, 2014

Kecoh DUN PP: antara kes-kes misteri di Malaysia ?

Terkejut dengan ungkapan Umno celaka. DUN Pulau Pinang dicerobohi dan cara mudah penyelesian Umno adalah dengan meohon maaf. Apa-apa tindakan oleh Umno dan ahli Umno tidak diuar-uarkan dalam media. 

Maknanya tindakan mereka mendapat restu daripada pimpinan Umno atasan. Ulasan berkesan insiden yang cukup besar, jika dulu kita nampak dan tahu berlaku di Taiwan sahaja , kini insiden hampir serupa tetapi tidak sama berlkau dalam negara kita. Negara yang disanjungi pemimpin Umno sebagai paling beradab dab bersopan.

Maruah rakyat tercalar kerana gara-gara Umno telah terluka. Akibat Umno terluka habis semua undang-undang dan sistem dicerobohi. Masyarakat 2020 Malaysia sudah menuju ke arah babarian.

Para pakar perlembagaan dan pelindung institusi berkenaan hanya bersikap berdiam diri dan membisu sahaja. Iniah namanya Malaysia yang penuh misteri...





Isu ‘Umno celaka’ selesai, wakil BN mohon maaf ahlinya ceroboh dewan

OLEH LOOI SUE-CHERN
MAY 22, 2014
Tindakan Ketua Pembangkangkan DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mohon maaf atas tindakan pencerobohan semalam menyelesaikan kekecohan berkaitan isu 'celaka Umno'. Gambar fail.Tindakan Ketua Pembangkangkan DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mohon maaf atas tindakan pencerobohan semalam menyelesaikan kekecohan berkaitan isu 'celaka Umno'. Gambar fail.Walaupun bermula dengan kekecohan, akhirnya isu dakwaan 'Umno celaka' selesai apabila ketua pembangkang memohon maaf berhubung insiden rempuhan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan penyokong Umno.
Awalnya Barisan Nasional (BN) menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima, R S N Rayer membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan "celaka Umno" dalam ucapannya di Dewan, manakala Pakatan Rakyat (PR) mahu BN turut membuat permohonan maaf kerana ahlinya merempuh dewan.
Selepas perdebatan yang begitu panjang, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid membuat permohonan maaf atas tindakan sekumpulan individu yang merempuh masuk ke DUN semalam sekali gus mencetuskan kekecohan.
"Tindakan itu salah dan melanggar peraturan. Kami bersedia memohon maaf.
"Untuk menyelesaikan masalah ini, kita mengakui banyak kesilapan yang berlaku oleh penceroboh. Itu jelas dari mula lagi.
"Tetapi ia juga salah apabila menggunakan perkataan kasar, lalu kami meminta Rayer memohon maaf," katanya.
Muhammad Farid Saad ( BN- Pulau Betong) juga menyokong tindakannya, dan berkata penunjuk perasaan membuat permohonan maaf semalam.
Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat apabila tiga wakil daripada rusuhan bertemu Speaker Datuk Law Choo Kiang, ahli exco dan beberapa wakil BN secara tertutup.
Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP- Air Putih ) kemudian berkata, jika Jahara boleh meminta maaf, tidak ada masalah bagi penyokong BN juga menyokong usul tergempar untuk mengutuk protes dan pencerobohan di perhimpunan itu .
Lim bagaimanapun tidak akan melayan gesaan mengarahkan Rayer memohon maaf untuk kenyataannya, yang dilaporkan mencetuskan protes semalam.
Sebelum itu, Lim ketika penggulungan ucapan usul itu berkata, Umno menghidap penyakit yang perlu diubati.
Beliau berkata, Umno menjadikan orang Melayu tidak menyokong parti dan "ketuanan Melayu" sebagai pengkhianat.
Tindakan itu katanya dimanifestasikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan apabila calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud diganggu secara lisan oleh samseng.
"Di sini, ketua pembangkang memberitahu kita mempertimbangkan punca tetapi bolehkah nyatakan sebab utama bagi orang melakukan jenayah atau kesalahan," katanya menolak justifikasi wakil BN yang menuntut permohonan maaf Rayer.
Lim turut mencabar Jahara untuk memberi jaminan kejadian semalam tidak akan berulang, tetapi Jahara berkata tiada jaminan yang boleh diberikan walaupun semua 10 wakil BN di dalam dewan juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan peserta demonstrasi.
"Umno tidak mempunyai kawalan terhadap pengikutnya.
"Jika mana-mana ahli DAP melakukan sesuatu seperti ini, saya (sebagai setiausaha agung parti ) akan meminta maaf atas apa yang mereka lakukan dengan segera," katanya.
Semalam, sidang DUN kecoh apabila sekumpulan individu menyerbu masuk ke dalam dewan untuk bertemu Rayer.
Kira-kira 10 individu melepasi sekatan keselamatan dan meluru ke dalam Dewan mencari Rayer.
Mereka kemudiannya dikeluarkan 10 minit kemudian.
Apabila Dewan meluluskan usul itu, 27 wakil PR menyokongnya manakala 9 wakil BN yang hadir membantah usul itu.
Jahara dan Datuk Mahmud Zakaria (BN -Sungai Acheh ) berkata, mereka tidak bersetuju selagi Rayer tidak membuat permohonan maaf manakala Farid menggelarnya usul berat sebelah.
Jahara ketika ditemui pemberita berkata, mereka kecewa PR tidak akan mengakui kesilapan tetapi hanya memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain.
"Ia tidak adil dan mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan," katanya.
Farid berkata, semuanya bermula daripada Rayer dan apa yang diperkatakan turut didokumentasikan.
Shariful Azhar Othman (BN- Bertam) berkata, terdapat niat yang jelas melanggar peraturan di Dewan tetapi tumpuan hanya kepada BN.
"Yang Dipertua Dewan tidak diberitahu untuk meminta maaf tetapi kita diberitahu untuk meminta maaf atas tindakan orang di luar dewan," katanya. – 22 Mei 2014.

No comments: