Sunday, May 11, 2014

SPRM Oh SPRM..... Hebatnya Dato Subra Menteri Kesihatan !!!!!

Malang sungguh SPRM dalam negara kita. Badan yang berotoriti bagi memantapkan integriti, keamanahan, ketelusan perjalanan agensi kerajaan yg urustadbir negara sudah hilang fokus.

Satu masa dahulu Badan ini amat gah dan digeruni sesiapa sahaja, samada individu berkenaan mempunyai nama besar atau kecil. SPRM cukup berwibawa. Itu sebab tiada kes-kes penyelewengan yang berskala besar terlepas atau dilepaskan. Tiada kes diistilah berkotak-kotak menunggu minta untuk diselidiki. Tetapi kini fail kes berkotak-kotak dimiliki oleh seseorang berprofail 'rendah' Ezam Kotak , tapi satupun SPRM tiada siasat dan mahu siasat ? Kenapa dan mengapa ?

Entah dimana silapnya, kini Badan ini mudah dan boleh ditelanjangi, malah berstatus telah dipondankan oleh ramai individu yang bergelar dan berstatus. Malah Badan ini ketar lutut bilamana kes-kes berkotak-kotak itu dimiliki atau dilakukan oleh sianu siini. Para pembesar semakin membesar , segala-galanya. SPRM semakin ditikuskan ataupun menikus. salah siapa ? Tentulah rakyat kerana mereka gagal memilih pasukan yang betul dan baik agaknya ?

Kenapalah SPRM mahu membuat kerja-kerja kecil kecilan macam itu sahaja. Menyiasat dan mengejar bagaimana penyelewengan cuti sakit yang diperniagakan kalangan kakitangan awam. Cuti Sakit yang diperdagangkan paling mahal RM5 sekeping. Berbanding dengan kakitangan awam 1.4 juta. Dengan nilainya mencecah RM6 juta setahun.

Kenapalah skop pemerhatian dan kekuasaan SPRM nampak tiak berkuku jauh lagi bertaring. Apalah sangat dengan kesannya berentap dengan menangkap kucing-kucing yang manja berbanding berlawan dan menangkap sekumpulan singa, harimau dan naga-naga.

Jika dilihat, apalah sangat bandingan nilai cuti sakit dengan kerugian 1MDB yang mencecah RM40 billion. Yang baru didedahkan oleh pembangkang. Kuasa rakyat hanyalah 5 tahun sekali. Kuasa SPRM adalah amanah rakyat yang perlu dijalankan sepanjang masa.










PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia mengambil tindakan terhadap pekerja dan pengamal perubatan yang terlibat dengan pemalsuan sijil perakuan sakit.




1 Gambar. 1 Hashtag. RM5,000 ? [ klik sini untuk selanjutnya ]




Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali berkata tindakan membeli dan menjual sijil perakuan sakit melibatkan elemen jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan kedua-dua pekerja dan pengamal perubatan yang terlibat boleh dikenakan tindakan, jika ada bukti yang cukup.

Katanya, SPRM sebelum ini pernah mengambil tindakan ke atas doktor-doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan menerima bayaran tertentu. Ia juga mengambil tindakan terhadap pekerja yang mengemukakan sijil cuti sakit palsu.

"Tindakan tegas wajar diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa, dan pada masa yang sama integriti pengamal perubatan dipertingkatkan," kata Mustafa dalam satu kenyataan media.

Beliau juga berharap mana-mana pihak yang ada maklumat dan bukti mengenai penjualan sijil perakuan sakit agar menghubungi SPRM dengan segera supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan "seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya."

Jelas Mustafa, SPRM boleh menggunakan peruntukan itu kerana pemalsuan sijil sakit bertujuan menipu majikan iaitu prinsipal selain mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan terdapat unsur nilai kewangan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Jumaat mengingatkan pengamal-pengamal perubatan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika terbukti menjual sijil perakuan sakit.

Di bawah peraturan sektor kesihatan, pengamal perubatan yang terlibat boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan sekiranya terbukti bersalah sijil amalan mereka boleh dibatalkan.

No comments: