Tuesday, May 27, 2014

Pelaburan Sukan ke BAM berbaloi...

Pelaburan dalam sukan badminton berbaloi. Namun impian 22 tahun mahu menjadi juara tidak kecapaian. Peningkatan prestasi Jepun yang amat mendadak meranapkan impian Malaysia. Pengaturan strategi yang mengena. Apa-apa pun tahniah kepada barisan kejurulatihan BAM. usaha gigih anda dihargai. Tahniah Malaysia...




MSN Minta BAM Beri Keutamaan kepada Atlet Pelapis

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 9:59 PM
Pasukan Malaysia meraih gelaran naib juara selepas tewas kepada Jepun.
  (Ubah saiz teks)
ARAU:  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diminta memberi keutamaan kepada pemain-pemain pelapis dalam pasukan negara menyertai kejohanan-kejohanan utama untuk membawa cabaran negara di persada antarabangsa.  

Selain itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong juga mahu kedudukan pemain-pemain senior dalam pasukan utama dikaji semula. 

"Pemain-pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun, Lee Soon Huat dan beberapa lagi perlu diberi pendedahan bertanding di peringkat tinggi atau negara akan ketandusan pemain untuk membawa cabaran kejohanan bertaraf dunia," katanya. 

Zolkples, ketika ditemui pada majlis perasmian Perkampungan Sukan MalaysiaXVII (Sukma-17) di Universiti Teknologi Mara pada Isnin, berkata kekalahan Malaysia kepada Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi, India pada Ahad membuktikan negara memerlukan barisan pelapis yang mantap. 


Zolkples berkata beliau amat yakin peminat badminton di seluruh kecewadengan kekalahan itu namun para pemain wajar menerima penghargaan dan tahniah atas persembahan terbaik mereka. 

"Nasib mungkin tidak sebelah kita. Selain beberapa pemain bermain di luar kemampuan, mereka juga mungkin tertekan kerana terlalu menghormati kemampuan Jepun yang menewaskan China antara punca mereka tewas," katanya. 

Dalam perlawanan final Piala Thomas itu, Malaysia kalah perseorangan ketiga untuk menentukan juara selepas kedudukan terikat 2-2.


No comments: