Saturday, April 19, 2014

MB Kelantan Lawat Mendiang Karpal Singh


MB Kelantan ziarah mendiang Karpal Singh, puji beliau sebagai pembela rakyat

OLEH MD IZWAN
APRIL 19, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 19, 2014 04:23 PM
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakop bercakap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiand Karpal Singh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakop bercakap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiand Karpal Singh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.
Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.
Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan rakyat sepanjang hayatnya.
"Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.
Ketibaan Ahmad yang berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.
Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.
Selepas selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ahmad juga berkata kehilangan Karpal pasti dirasai di Parlimen kerana banyak memperjuangkan isu dan membela rakyat.
"Kita kehilangan pemimpin yang banyak berjasa terutamanya di Parlimen dan membela rakyat dalam banyak perkara, terutama melibatkan soal keadilan.
"Kita semua bersedih dengan pemergiannya," kata Ahmad.
Sebelum itu, pemimpin Katolik juga hadir sama bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Lihat sahaja mereka yang hadir menziarahi mendiang. Ini adalah jawapan sebenar kepada mereka yang mahukan 1Malaysia," kata bekas Uskup Pulau Pinang, Anthony Selvanayagam selepas menziarahi mendiang.
Beliau menyifatkan Karpal sebagai seorang pejuang semua kaum tanpa mengira agama dan kaum serta menolak perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia.
Sementara itu, Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (gambar), yang juga rakan sejak mendiang di bangku sekolah menyifatkan beliau sebagai seorang insan hebat.
"Saya gembira dapat sampai dari Kuala Lumpur walaupun terlalu sibuk sengan sambutan Easter.
"Kami kenal sejak zaman persekolahan. Beliau seorang insan yang hebat dan memang perlu menghargai individu sebegini," kata beliau.
Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan pada Khamis lalu kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak apabila kenderaan Toyota Alphard beliau melanggar sebuah lori.
Pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius Selvam Vellu, turut meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala anaknya Ramkarpal dan pemandu terselamat dengan kecederaan kecil.
Sejak Khamis lalu, ribuan orang melawat rumahnya di Pulau Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang dianggap oleh pelbagai pihak sebagai salah seorang daripada ahli politik terbaik di negara ini.  – 19 April, 2014.

No comments: