Saturday, March 29, 2014

Kemiskinan: Tindakan dipersoalkan, bukan kemiskinan ?

Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh. Kelmarin ulangan yang sama diperjelaskan oleh khatib melalui mimbar khutbah Jumaat. Dan kelmarin juga menteri di JPM menuar-uarkan bahawa Malaysia adalah mencontohi kewangan Islam bagi dunia.

Namun, kemiskinan adalah ada di mana-mana. Jika masing-masing ikhlas dengan pememerintah dan pentadbiran. Cerita sebegini tidak akan timbul. Kita boleh bermegah dengan apa sahaja kemegahan , tanggungjawab aula mana-mana pemerintahan adalah memberi kemudahan. 

Dalam hal ini, dipaparkan manusia yang gagal dapat kemudahan fizikal. Bagaimana dengan santapan rohani dan fizikal setiap hari. Seringkali kita sohorkan dengan cerita dua khalifah Umar dalam pemerintahan Islam.

Manusia islam gagal memanfaatkan cerita kedua, sebagai amalan ikutan hidup. Semuanya cakap tidak serupa bikin. Yang salah tetap disalahkan, tegur menegur tiada masalah.....

Kita ramai pegawai, darpada PPRT, JKM dan banyak agensi yang ditubuhkan. Saban tahun billion ringgit diperuntukkan bagi Bajet tahunan negara. Begitu juga pendapatan negara billion ringgit. Ke mana wang itu dibelanjakan ?


Rumah bertongkat buluh

Oleh Jauhariatul Akmal Johar
Pasir Mas: Kerana tidak mahu menyusahkan empat anak yang bersedih dengan perceraiannya bersama bekas isteri, seorang warga emas sanggup hidup dalam serba kedaifan di sebuah rumah usang di Kampung Jebak Puyuh, Lubuk Tapah, di sini.
Lelaki terbabit, Ibrahim Muda, 80, berkata, dia lebih rela menghuni pondok yang ibarat bangsal buruk tanpa dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih mahupun tandas asalkan kehidupan hariannya diteruskan seperti biasa.
Katanya, dia membina rumah itu sendiri walaupun kelihatan senget sedikit dan terpaksa ditongkat dengan buluh bagi mengelaknya rebah.

“Ini saja yang mampu saya bina dengan kudrat yang ada. Cukuplah asal boleh berteduh daripada panas dan hujan.
Foto
IBRAHIM tongkat rumah guna buluh elak roboh. Gambar kecil, ruang rumah terhad dan daif.

“Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak, apatah lagi selepas bercerai beberapa tahun lalu mereka kekal menetap di Pahang dan saya pulang ke sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

No comments: