Saturday, March 29, 2014

Bolasepak Malaysia: Urus Macam Urus Parti Politik Ke ?

Acuan atau 'templet' sukan kita sukar diubah, mahupun dicorakkan. Ini kerana campurtangan politik dan orang politik dilibatkan sama. Adakah ini juga dinamakan perkembangan bolasepak Malaysia, mengikut acuan kita. Sebagaimana kemerdekaan negara sering disinonimkan dengan ,'istilah kemerdekaan negara atau pembangunan negara kita mengikut acaun kita. Perkataan keramat yang sukar diubah dan kini diterimapakai oleh ramai.

KPI meletakkan sasaran bolasepak Malaysia ke peringkat dunia menjelang 2020 atau seterusnya. Kini, menampakkan asap sahaja. Sebagai bukti pasukan liga Malaysia  gagal menempatkan diri dalam Liga AFC. Hatta pasukan liga Malaysia, gagal saingi pasukan darpada Liga Maldives sendiri. 

Banyak masa, banyak kemudahan, banyak wang telah dilaburkan bagi membangunkan pembangunan sukan ini. Bakat yang dicungkil peringkat bawahan sering 'diperkasamkan'. 

Ramai bakat yang ditunaskan mati begitu sahaja, yang berlaku bakat yang diketengahkan adalah bakat daripada pasukan kroni. Ini antara keluhan para jurulatih dan pembimbing peringkat akar umbi. Jika ada yang melawan atau bangkit lawan pimpinan peringkat pertengahan, mereka ini akan disejukbekukan. Walaupun kalangan yang bersuara ini adalah terdiri daripada mereka yang betul-betul mencintai sukan ini.

Inilah senario yang berlaku dalam sukan di negara kita. Tidak terkecuali juga dalam semua jenis displin sukan. Jadi janganlah terlalu berharap sangat impian ke Piala Dunia. Jika hal ini masih lagi ujud




‘Saya terkejut dicalonkan’

MUKHRIZ (dua dari kanan) menerima replika cek bernilai RM250,000 daripada SM Nasarudin (dua dari kiri) pada majlis penyerahan tajaan Kumpulan Syarikat-Syarikat Naza kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah di pejabat Naza TTDI Seksyen 13, Shah Alam, Selangor semalam.


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan sahaja terkejut tetapi turut menolak nama beliau untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres badan induk bola sepak negara itu 25 Mei nanti.
Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, beliau sendiri tidak tahu mengenai pencalonan itu, malah percaya ia bukan datang dari Kedah dan tidak tahu negeri mana yang mencalonkannya.
Beliau merupakan antara dua nama yang dicalonkan ahli gabungan FAM untuk bertanding jawatan kedua tertinggi FAM selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Jawatan Timbalan Presiden FAM sekarang disandang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Saya sebenarnya agak terkejut dengan pencalonan itu, saya tak tahu negeri mana yang mencalonkan nama saya.
"Baru sebentar tadi (semalam) saya menandatangani surat menolak pencalonan tersebut, saya rasa lebih ramai lagi tokoh yang layak daripada saya untuk memegang jawatan Timbalan Presiden FAM,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Tajaan Kumpulan Syarikat-Syarikat Naza berjumlah RM250,000 kepada KFA di Shah Alam semalam.
Cek disampaikan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan tersebut, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin dan Naib Presiden KFA, Datuk Jeffrey Low.
Mengulas mengenai penajaan itu, Mukhriz berkata, penajaan seperti itu penting buat mana-mana pasukan bola sepak memandangkan kos perbelanjaan yang semakin meningkat.
“Untuk mengurus sebuah kelab bola sepak, ia memerlukan belanja yang agak besar.
“Bukan hanya untuk menjamin supaya pemain tidak ke mana-mana, tetapi juga kerana kita berbelanja dalam soal latihan, untuk pastikan bahawa kemampuan mereka menghadapi saingan yang semakin sengit sentiasa pada tahap tertinggi,” ujarnya.
Melalui penajaan ini, logo syarikat Naza akan dipaparkan pada baju setiap pemain pasukan sepanjang berlangsungnya Liga Premier 2014.
Sebelum penajaan kepada KFA, Kumpulan Naza turut menaja Piala Sultan Selangor pada 2012.
Kedah kini menduduki tangga keenam liga dengan 13 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2xIiQRnet 
Hakcipta terpelihara

No comments: