Demokrasi menjadi kiblat dunia kini. Mana-mana negara yang beramal selain dengan amalan demokrasi dalam dunia peerintahan mereka akan dikecam dengan sehebat-hebatnya. Maka, berkejar-kejarlah negara seluruh dunia berjuang, demi demokrasi dan untuk demokrasi. Semua negara berlumba berjuang dan mahu membuktikan kepada AS bahawa mereka beramal dengan demokrasi. Semua mahu mendapat pengiktirafan AS bahawa barulah puas para pengamal politik negara-negara dunia.
Kini, AS menjadi tuhan demokrasi. AS mengatir dunia dan mengusai dunia. AS menjadi polis dunia. Mereka berkuasa dan berhak menghukum kepada negara yang mahu dhukum. Berabad-abad lamanya.
Selama 90 tahun Mesir bumi para anbiya. Bawah Ikhwan Muslimin (IM) berjaya memenangi pemerintahan melalui jalan demokrasi. Mursi pimpian sederhana IM berjaya menerajui negara berkenaan. Kini, episod malang IM berulang, ia diharamkan, tentera kembali ambil alih. Puak opurtunis telah mengambil peluang dan ruang. Dengan sokongan negara-negara jiran berdekatan, restu berkenaan diperolehi oleh puak pemberontak.
Kini, lebih malang seramai 256 ahli IM dihukum mati. Satu keputusan luarbiasa dalam dunia penghukumana dan keadilan.
Satu dunia membisu, hanya sebahagian negara-negara dan gerakan Islam yang ada sahaja yang membuat bantahan. Namun, masih belum memadai.
Pemimpin Islam hanya kaku, membisu'
SHAH ALAM - Isu hukuman mati Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Prof Dr Badie bersama 529 orang penyokong Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir beberapa hari lalu, seperti tidak mendapat tempat di hati pemimpin-pemimpin dunia Islam.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, perkara ini seakan berita basi dan tidak sensasi, apatah lagi mengetuk pintu hati pemerintah negara Islam untuk sama-sama bangkit melenting dengan keputusan mahkamah rimba Mesir.
Menurutnya, hanya rakyat di beberapa negara yang bangun berdemonstrasi, berarak menyatakan bantahan tanda kemarahan umat Islam.
“Hanya seorang pemimpin yang bangun mengkritik Mesir dan dunia iaitu Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
“Lihatlah betapa beraninya beliau berucap di hadapan rakyatnya tanpa mengendahkan risiko dan pandangan Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Israel yang sentiasa mengintai musuh mereka untuk diratah selepas ini.
“Sebelum ini beliau lantang bersuara membela umat Islam yang dibunuh di Syria dan Semenanjung Gaza. Ketika pemimpin Islam dunia sibuk dibuai kesenangan dan lena dengan dunia masing-masing, Erdogan bangun membela mangsa dizalimi,” katanya, semalam.
Riduan berkata, seharusnya pemimpin Islam dunia merasa malu dengan keberanian Erdogan.
Riduan turut melahirkan kesedihan kerana pemimpin Malaysia tidak merasa terpanggil untuk prihatin di atas kematian demokrasi di Mesir apabila Wisma Putra dan Kementerian Luar Negara memandang sepi isu ini, seakan-akan ia tiada kena mengena dengan umat Islam, justeru Malaysia tidak akan mencampurinya.
Katanya, jika inisiatif dilakukan oleh Malaysia, dengan perdana menteri berusaha mendapatkan sokongan negara Islam lain serta tegas dengan prinsip sebagaimana Erdogan, selain menggunakan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan lain-lain, pasti ia menjadi isu global yang hangat.
Institut Kerjasama Islam Malaysia (Ikiam) turut mengutuk hukuman mati yang dikenakan.
Timbalan Presidennya, Datuk Mustafa Idrus berkata, hukuman tersebut dianggap kejam seperti zaman pemerintahan Firaun.
“Tindakan Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman tanpa memberi peluang membela diri adalah satu keputusan tidak adil dan kejam,” katanya.

No comments:
Post a Comment