Thursday, February 06, 2014

Terima Kasih Kerajaan BN Yang PERIHATIN ?

Rakyat kena berterima kasih lagi kepada kerajaan. Kali ini, kerajaan BN yang perihatin ini telah menyelamatkan pengguna lebuhraya dengan membayar dan berkorban bagi pihak kerajaan sebanyak RM400 juta setahun. Darab dan kiralah bagaimana dengan jumlahnya konsesi lebuhraya itu pegang selama 30 tahun. Berapa RM billion ?

Namun, jika dibandingkan dengan penyelewengan Dana 1Azam sebanyak RM690 juta, sikit sahaja tu... Dak begitu

Bayar RM400 juta elak tol naik

KADAR tol di semua lebuh raya tidak akan dinaikkan pada tahun ini.


PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini, namun terpaksa membayar pampasan lebih RM400 juta kepada 29 syarikat konsesi bagi menampung kos berkaitan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar tol itu melibatkan beberapa syarikat konsesi di Lembah Klang kecuali pihak Projek Lebuh Raya Utara-Selatan yang mengumumkan tidak menaikkan kadar tol mereka.
Katanya, pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol pada tahun ini

No comments: