Ini bukanlah tindakan yang dimahukan rakyat. ia tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Kerajaan cuba menunjukkan betapa jantannya mereka dan bertapa berkuasanya mereka. Mereka mahu rakyat memuji mereka dan kagum dengan apa yang mereka buat.'' Itulah maksud tindakan mereka , bila mana ada ajuan pertanya, tentu jawapan mereka , nah tengok kami sudah bertindak, jadi rakyat mahu apa lagi.
Ini semua adalah lakonan, hey para menteri kami bukan lantik kami hanya untuk itu hanya kerja yang awak pandai buat ? Kami, pembayar cukai, kami yang terseksa hidup...
Kompaun peniaga cecah RM84,800 sejak 1 Januari
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, melalui operasi penguatkuasaan sepanjang tempoh itu juga, kementerian merampas pelbagai barangan bernilai RM198,005 kerana melanggar peraturan di bawah akta sedia ada.
Katanya, operasi penguatkuasaan tersebut membabitkan empat akta iaitu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 2011 serta Akta Perlindungan Pengguna 1999.
"Namun, Kempen Penandaan dan Pelabelan akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat bagi memberi peringatan kepada para peniaga agar mematuhi peraturan sedia ada terutama meletakkan tanda harga pada semua jenis barangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Muhyiddin meninjau restoran yang menawarkan menu rakyat 1Malaysia di Kajang, dekat sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri semalam meminta kementerian dan agensi kerajaan lebih proaktif dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada bagi melindungi kepentingan pengguna selain memainkan peranan penting memastikan undang-undang melindungi pengguna dikuatkuasakan sepenuhnya.
Ini kerana menurut Muhyiddin, beliau kurang berpuas hati dengan sikap sebilangan besar peniaga yang masih ingkar arahan dan peraturan supaya melabel dan meletakkan tanda harga barang, yang menurutnya membebankan pengguna dalam memilih barang keperluan dengan harga berpatutan.
Hasan berkata, kementerian telah melaksanakan penguatkuasaan mengikut akta diperuntukkan dan usaha itu akan terus dipergiatkan sepanjang masa bagi memberi kesedaran kepada peniaga agar tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna ekoran tekanan ekonomi semasa.
"Tanda harga memang wajib untuk dipamerkan pada setiap barangan tidak kira barang murah atau mahal. Mungkin ramai peniaga yang semakin terlepas pandang perkara ini sebab itu kita akan lebih fokus kepada premis perniagaan.
"Kalau ingkar, bukan sahaja kita akan kompaun tetapi mereka akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurut beliau, kempen yang bakal dilancarkan itu juga bertujuan memberi pilihan lebih luas kepada pengguna agar dapat memilih premis perniagaan menawarkan barangan pada harga berpatutan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140205/dn_02/Kompaun-peniaga-cecah-RM84800-sejak-1-Januari#ixzz2sRamvYKs
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment