Saturday, January 11, 2014

Lain Padang Lain Belalang, Lain Parang Lain Ulunya ? Guru ku

Cabaran baru guru-guru di Malaysia. Berdepan dengan pelbagai risiko. Jika berkelakuan baik akan diinjak dan dipijak oleh pelajar. Berkelakuan ganas akan mejadi guru yang terlampau. Bersikap tak apa akan bakal menghancurkan umat dan umah serta anak bangsa.

Apapun kita kena terima hakikat dan realiti  zaman suah berubah.Bercakap soal guru dahulu dan sekarang pun sekadar ulangi unggkap sejarah serta pengkisahan sahaja  tetapi sejarah tetap akan berulang dan diulangi/

Sebelum berserah dan terserah sahaja, masyarakat madani yang diimpikan hanya atau bakal tinggal ilusi/








Pendedahan Cikgu Kena Kerambit Pelajar Punk
Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis dekat sini telah ditahan polis gara-gara tindakannya mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan rambut ala punk pada hari pertama persekolahan Rabu lalu. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi kelmarin di rumahnya di Kuala Perlis.
 
"Turut dirampas bersama suspek ialah gunting kecil yang diubah suai menjadi senjata kerambit untuk mencederakan guru terbabit,"
Tindakan ganas itu dilakukan pelajar itu di hadapan ibunya sendiri, sebelum pelajar berkenaan meninggalkan lokasi kejadian. Pelajar tersebut akhirnya berjaya ditahan polis dan direman selama emapt hari.
Guru Kena Kerambit Pelajar Punk

No comments: