Kalau buah ada namanya buah kembang semangkuk, jika orang ada orang yang suka bertengek dan mufti pula bagaimana. Ini namanya mufti menyebok tumpang semangkuk lah. Sepatutnya mufti negeri ini selesaikan kes-kes terutama kes Tuhan Harun dan banyak lagi kes-kes seumpama inilah.
Kelmarin beliau senada menyokong isu Bughah perserta TURUN ke Dataran Merdeka tempoh hari. Macam Harussani dan kini menyibuk pula dengan tindakan JAIS atas rampasan kitab.
Justeru, orang melihat Islam macam mana. Islam sejahtera
Mufti Pahang seru umat Islam pertahan JAIS
KUANTAN 10 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas dalam serbuan di pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya, Khamis lalu kerana tindakan tersebut dilakukan mengikut undang-undang.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, tindakan JAIS adalah tepat kerana mereka bertindak atas kuasa yang telah diberikan berdasarkan peruntukan undang-undang dan tidak perlu dipertikaikan.
Tindakan tersebut tepat atas kuasa yang diberikan. Jika JAIS tidak bertindak apalah ertinya kita berada dalam sebuah negara Islam yang jelas di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Tindakan tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang dan kita perlu tegas dalam menanganinya. Seandainya terus dibiarkan pada akhirnya perkara lain yang menjadi pegangan umat Islam pula akan dipertikaikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS boleh disifatkan sebagai melampau kerana cuba mempertikaikan ketetapan dalam Perlembagaan.
Sesiapa sahaja yang diberikan kuasa seperti JAIS atau pihak berkuasa tempatan sekali pun, mereka perlu bertindak. Jika terdapat pihak lain yang mahu mencabar tindakan itu, mereka perlu melakukannya melalui undang-undang juga.
Saya bimbang jika umat Islam tidak bersatu, bersepakat dalam menangani perkara seperti ini, lambat laun kedudukan Malaysia sebagai negara Islam hanya tinggal pada nama.
Jika tidak dihalang, satu ketika nanti mungkin azan pula tidak boleh dikuatkan dan tulisan bahasa Melayu juga dilarang penggunaannya. Semua ini boleh berlaku jika kita tidak bersatu," jelasnya.
Tambah beliau, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya semua pihak perlu mematuhi perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan patuh kepada raja yang menjadi payung dalam tampuk pemerintahan.
No comments:
Post a Comment