Saturday, January 11, 2014

KJ beri pelajaran kepada FAM

Biasalah KJ FAM juga macam kerajaan ayahandanya UBN , Perangai serupa kerana asal mereka sama. Jika tidak bermegah bukanlah UBN. Dan jika tidak yakin bukanlah FAM. Maka kita kira KJ adalah menteri yang bernailah menegur FAM yang mana selama hari ini depa rasa apa yang mereka rancang dan bikin betul sangat.

Prestasi yang masih takuk bergelut, kualiti yang semakin merudum berbanding dengan perkembangan dan kemajuan mutu bolasepak negara-negara jiran yang satu masa dahulu macam taraf budak sekolah kita , Namun sekarang mereka sudah ke tahap mengaibkan kita bilamana bertanding atas padang yang rata.

Hatta kita hendak mengalahkan negara kecil selatan kita punterkial-kial. Mana mahunya bolasepak kita.




Belanja besar untuk pembangunan bola sepak lebih berbaloi - Khairy

11/01/2014 7:35pm
SEPANG - Pelaburan dalam pembangunan bola sepak tempatan mungkin lebih menguntungkan daripada berbelanja besar menggaji jurulatih bertaraf dunia untuk skuad Harimau Malaya, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berpendapat ini kerana skuad kebangsaan masih belum mencapai tahap layak ke Sukan Olimpik atau Piala Dunia.
"Keperluan untuk jurulatih bertaraf dunia adalah mendesak sekiranya kita sudah layak ke Sukan Olimpik atau Piala Dunia.
"Tetapi sekadar untuk meningkatkan prestasi bakat pemain sedia ada, saya rasa lebih berbaloi kita belanjakan duit untuk pembangunan bola sepak. Ini pandangan peribadi saya,” katanya pemberita selepas menunggang motosikal bersama sekumpulan 30 pelumba Kejohanan KBS-MAM-SIC Endurance 2014 di Litar Sepang hari ini.
Khairy berkata demikian ketika mengulas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyenarai pendek beberapa ’nama besar’ bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal. - Bernama

No comments: